Tanda migrain, punca migrain pengalaman dan petua

Posted on 4 min read 136 views

​Baru-baru ni teman kena migrain untuk kali kedua yang baru disedari yang ianya adalah migrain. Pertama kali langsung tak sangka yang ianya migrain walaupun isteri cakap itu adalah simtom dan tanda migrain. Mana kita nak sangka sebab dari kecik teman bukan jenis yang pening-pening atau sakit kepala. Kalau nak sakit kepala pun time demam atau selsema(resdung). Dari apa yang dberitahu oleh doktor simtom yang teman alami merupakan tanda migrain yang tak ramai orang alami.

​Tanda-tanda migrain

Tanda yang teman alami adalah berbeza antara pertama kali kena dengan yang kali kedua. 

Kali pertama masa nak bangun subuh dalam pukul 4.30. Masa tu kat rumah mak teman di kampung. Bila duduk dari baring pandangan mata jadi tak stabil. Bila lihat dinding dan almari macam almari dan dinding tu bergerak ke sebelah kiri.

Pinit

Bertambah kuat bila mata teman memandang ke sebelah kiri tanpa menoleh sehingga rasa nak muntah. Tetapi awal-awal kena tu takde la sakit kepala pun. Time tu risau ingatkan kena heart attack ke sebab apa yang teman selalu baca antara simtom heart attack kita akan rasa berpinar dan rasa nak muntah tiba-tiba. 

Teman terpaksa baring terlentang, sebab baring terlentang je yang boleh  hilangkan rasa berpinar dan berpusing serta loya nak muntah.

Masa tu teman rasa pelik sangat sebab bila baring terlentang je terus normal

Masalah penglihatan ketika migrain

Kali ke dua ketika teman kat tempat kerja. Tanda migrain kali kedua teman kena ni yang dikatakan tak ramai sangat orang alami. Waktu tengahari lebih kurang pukul 12.30, tengah teman menulis tiba-tiba rasa hairan sebab teman hanya nampak tulisan yang ditulis tetapi tak nampak tangan dan pen yang menulis. Maknanya time teman menulis tu terus nampak tulisan je keluar tapi tak nampak tangan teman sendiri. Punyele terkejut...dah ada hantu ape ke pulak mengacau tengah-tengahari tu.

Tapi teman tak kisah sebab takde pun sakit kepala ke ape. Tengahari tu teman keluar pergi ambil anak di tadika. Masa tu lah ujian paling dasyat bila teman bawak kereta teman hanya nampak kereta di hadapan tapi teman langsung tak nampak kereta dari arah bertentangan disebelah kanan. Punye risau masa tu takut-takut eksiden sebab hanya nampak bila pandang tepat je. Kalau tak pandangan tu semua macam lutsinar. 

​Masa anak masuk kereta bila tengok muka dia lagi hairan. sebelah je mukanya nampak sebelah kanan jadi lutsinar atau hampir-hampir hilang. Sampai je kat rumah dengan jangkaan mungkin sebab hari terlalu panas teman terus masuk bilik pasang aircond baring terlentang. Teman anggap boleh hilang kalau sama macam kena yang dikampung sebelum tu. Malangnya tak yang datang adalah sakit kepala yang melampau. Ambil panadol dan cuba tidur dan akhirnya tertido la juge. Bangun je dari tidur alhamdulillah pandangan normal balik cuma sakit kepala tu yang masih sama Ambil masa 2-3 hari baru sakit kepala tu beransur hilang.

​Punca migrain

​Yang ini teman mendiagnosis diri teman bukan mengambil faktor pengalaman orang lain. Balik je dari klinik terus teman terpikir apa sebab teman kena migrain. Doktor banyak sebut tentang punca migrain tapi macam takda satu pun yang berkaitan dengan teman. Tetapi...bila dipikir-pikir semula akhirnya teman berjaya mendiagnosis punca migrain yang teman alami.

PinitBila duduk dari baring pandangan mata jadi tak stabil. Bila lihat dinding dan almari macam almari dan dinding tu bergerak ke sebelah kiri.

Doktor ada sebut tentang alahan kepada makanan kekacang. Teman takda pun masalah alahan apa-apa makanan sebelum ini. Bila difikir dan dikaji semula puncanya adalah salah satu makanan kegemaran teman iaitu bubur kacang. Ini bubur favourate teman sejak kecik. TETAPI..bukanlah sebab bubur kacang sahaja yang menyebabkan teman migrain. Punca migrain ni kerana teman makan BUBUR KACANG DURIAN.. bila teman kaji balik baru ingat pertama kali kena pun sebab malam tu makan bubur kacang durian kat kanpung.

PinitTanda migrain dan punca migrain pengalaman dan petua

Ihsan google

​Teman buat kajian semula dengan meminta isteri buatkan bubur kacang tanpa durian, Tetapi alhamdulillah tak kena lagi migrain. Jadi sejak tu walaupun tekak ni teringin sangat nak makan bubur durian, terpaksalah ditahan-tahan. Tak sanggup rasa nak alami lagi sekali migrain.

​Petua nak kurangkan migrain

​Ada 2 petua yang agak berkesan untuk mengurangkan sakit kepala migrain dalam banyak-banyak petua yang teman buat.

PinitTanda migrain dan punca migrain pengalaman dan petua

Pertama baring dalam bilik yang gelap atau kurang cahaya. Teman tutup langsir pasang kipas pasang aircond rilex dan jangan buat apa-apa aktiviti. Petua ni mengurangkan sakit kat bijik mata. Sebab teman migrain bukan kepala je sakit dengan bijik mata pun berdenyut sakit.

Kedua balut dua-dua tangan dengan kain yang basah. Ni kawan yang bagi petua, dia suruh masa rehat baring tu balut tangan dengan kain bersih dan basah supaya dapat kurangkan sakit kepala yang berdenyut tu. 2 petua ni memang teman rasa keberkesanannya.

Kalau mike atau kome adala masalah migrain cubalah 2 petua di atas tu manalah tau berkesan bantu masalah kome.

Pinitolaoli

Migrain yang teman alami ni tidaklah seteruk berbanding dengan pesakit yang terus menerus mengidapi migrain. Migrain teman ni sementara sebab alahan kepada makanan. Jadi tak pastilah samaada petua yang teman beri tu sesuai atau tidak untuk orang lain.

(Visited 42 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit
  • Bagus ada petua mcm ni.. saya tiada migrane tp pernah ada housemate yg migrane dulu. Mmg teruk klu dia migrane, smpi tak boleh bangun. Mudah2an tips ni dpt membantu mereka yg lain utk meredakan migrain.

    • ya tuan. kalau kena migrain ni memang ape kerja pun tak boleh nak buat

  • kesian juga diuji dengan kesakitan begini dan ada 3 jenis sakit yang tiba-tiba boleh menyerang..

    1.Gastrik
    2.Sakit perut
    3.Migrain

    semoga bro kembali segar bugar dan rajin-rajin bersedekah..

    paling kurang pun sedekahkan doa untuk saya supaya dapat jodoh yang solehah..

    aamiin

    • saya bro kalau bab doakan orang dapat jodoh ni selalunya mustajab hehehe..

  • >
    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

    Enjoy this blog? Please spread the word :)