Beli kereta baru atau terpakai mana pilihan anda
Persoalan nak beli kereta baru atau terpakai banyak bermain kat kepala terutama orang-orang yang first time nak pakai kereta. Aku dulu pun begitu jugak. Setakat ini aku dah pernah beli 4 buah kereta, 2 buah beli kereta baru dan 2 buah kereta terpakai. Gen 2 terpakai 2008, wira terpakai 2010, avanza 2012 dan iriz yang terkini(tapi sebenarnya isteri yang beli bukan aku). Kat post ni aku nak share tentang pengalaman tentang kelebihan dan kekurangan beli kereta baru atau terpakai untuk jadikan rujukan kat korang yang merancang nak beli kereta.
Kelebihan beli kereta baru
Yang pertama, seperti biasa kalau dah namapun baru maka harganya adalah lebih mahal. Misalanya Proton Iriz wife aku adalah 59k berbanding secondhand masa pada tu lingkungan 40k++..banyak tu bezanya. Walaupun begitu, kereta baru akan diberi warranty oleh pengeluar selama 3 tahun minimum dan ada yang sehingga 5 tahun mengikut brand dan model. Jika dalam tempoh itu berlaku kerosakan yang bukan disebabkan kesilapan pengguna maka kita akan di cover oleh warranty. Ianya berbeza dengan kereta secondhand yang tiada warranty dan kalau ada pun mungkin sekitar beberapa bulan sahaja.
Kedua pula kos penyenggaraan adalah murah. Kebiasaanya kereta baru tidak perlu kos yang banyak untuk membaiki kerosakan. Avanza aku sejak dibeli sehingga kini tidak ada sebarang masalah yang memerlukan kos pembaikan selain penggantian tayar dan bateri. Selain itu kos yang diperlukan hanya servis 6 bulan sekali.
Kos penggunaan petrol juga lebih rendah berbanding ketika menggunakan gen2 dan wira terpakai. Kegunaan wira sebulan dengan kadar penggunaan yang sama, cc 1.5 dan minyak yang lebih murah ketika itu adalah rm250 sebulan berbanding iriz cc 1.6 sekitar rm170-200 sebulan ketika ini. Kat situ kita boleh tau engine baru minyaknya lebih ekonomi berbanding engine lama.
Selain itu mudah nak pilih dan dapatkan spec yang kita mahu walaupun spec itu terhad kepada beberapa pilihan. Iriz exec 1.6a, bila confirm nak jenis tu, isi form bank dan bila lulus, kemudian keluar kereta. Berbeza dengan kereta terpakai yang terpaksa jenuh mencari di mudah.my dan tak semua used car ada kereta spec yang kita mahu. Misalnya masa beli wira terpakai terpaksa pergi ampang sebab kat area teluk intan takda spec yang aku nak tu. Bila kita beli kereta terpakai bukan kita tengok spec kereta sahaja, kita juga perlu tengok tahun keluar, owner lama dan bermacam-macam lagi.
Kelebihan beli kereta terpakai
Semestinya kereta terpakai harganya lebih murah berbanding kereta baru sehingga perbezaan berpuluh ribu mengikut tahun keluaran. Makin lama usia sesebuah kereta , makin rendahlah harga. Lazimnya kereta yang berusia 5 tahun nilainya tinggal setengah daripada harga asal. Wira aku tahun 2005 dibeli tahun 2010 dengan harga RM24k sahaja. Bila harga murah maka ansuran bulanan pun rendah.
Susut nilai kereta terpakai juga adalah rendah berbanding kereta baru. Kereta yang sudah berumur 4 tahun keatas peratus susutnilai akan adalah kecil. Kalau kereta baru, sebaik je keluar gudang mungkin susut nilai sehingga 10%.
Kadar penyenggaraan dan membaiki kerosakan sememangnya untuk kereta terpakai lebih kerap dari kereta baru. Tetapi sparepart mudah dicari dan harganya lebih murah. Disebabkan kereta model lama maka spare part pun semakin banyak. Pernah tahun lepas gearbox wira rosak, tak susah pun nak cari pergi je bengkel baiki kereta terus boleh dapat. Siap pasang setting semua dalam RM1100 je.
Kalau tadi tentang kebaikan, sekarang tentang kekurangan pulak.
Kekurangan beli kereta baru
Seperti yang aku cakap tadi, harga kereta baru lebih mahal. Dengan harga yang mahal maka korang kena sediakan deposit yang besar dan bersedia membayar jumlah ansuran bulanan yang tinggi. Biasanya 10% korang perlu ada untuk bayar deposit. Katakan harga kereta RM82k, maknanya korang kena sediakan RM8200.
Perlu bersedia dan menerima hakikat susut nilai yang tinggi. kalau korang dah pakai 5 tahun memang kemungkinan harga dalam lingkungan 50-55% je dari harga asal. Aku pernah tanya pihak proton dan toyota masa nak survey kereta untuk isteri, toyota bersedia untuk menerima avanza aku untuk trade in kereta lain pada nilai 0. Maksudnya tolak avanza ni tanpa aku dapat sesen pun, dan pulak aku kena bayar lagi deposit kereta yang mahu diambil. Pergh!! rugi siot kalau buat macam tu. Berbeza dengan proton yang beri aku lebihan RM2k untuk dijadikan deposit kereta yang baru.
Satu lagi yang biasa terjadi ialah kalau beli kereta baru agak sukar untuk loan approve jika pendapatan bawah RM2k. Ekonomi sekarang tak menentu mana-mana bank kenakan syarat yang sedikit ketat berbanding 5-6 tahun yang lepas. Semua komitmen kita dikira termasuk komitmen luar.
Kekurangan beli kereta terpakai
Pertama adalah kekerapan untuk membaiki kerosakan. Biasanya beli kereta baru ni 3-5 tahun pertama boleh free dari sebarang kerosakan insyaallah. Kalau kereta terpakai pakai 2-3 bulan silap gaya mula la keluar duit baiki itu dan ini. Gen-2 aku ketika baru pakai 8 bulan kerosakan pertama adalah kunci jem. Nak ganti satu set hangus RM400+..Wira lagi best, baru seminggu pakai semua lampu dan signal tak berfungsi. Nasib baiklah dia bagi warranty 2 minggu.
Kos minyak yang tak ekonomi. Maklumlah engine dah 4-5 tahun dan dah jalan berpuluh ribu km. Kita pulak bukanya tahu macam mana owner lama jaga kereta tu. Kos minyak kereta terpakai auto lebih tinggi berbanding manual. Lebih teruk kalau tempat kita tinggal jalanya berbukit-bukit. Jenuh press minyak.
Satu lagi seperti yang aku dah mention sebelum ni, nak cari kereta terpakai mengikut spec dan tahun yang kita mahu agak susah berbanding beli kereta baru. Terpaksa menjelajah mencari sehingga ke luar kawasan.
Untung beli kereta baru atau terpakai?
Samaada untung atau tidak beli mana-mana satu antara baru atau terpakai bergantung kepada keperluan dan kemampuan. Kalau kita baru kerja dan ada banyak lagi perkara yang perlukan duit maka pilihan terbaik adalah guna kereta terpakai je. Deposit murah ansuran pun rendah, lebih banyak kita dapat simpan duit. Masa aku mula-mula kerja dulu memang niat dihati nak ambil spectra baru keluar masa tu. Dah pergi berkali-kali ke show room untuk lihat dan belek Spectra. Tertelan air liur wei..maklumlah baru kerja, slip pun dah keluar. Dari sekolah menengah lagi teringin nak bawak kereta hehe.. tapi bila baring sebelum tidur, masa tu terpikir – sorang adik masih kat kolej, mak aku nak kena bagi setiap bulan, tunang aku dah meruap-ruap ajak nikah huhu..so..akhirnya gen-2 secondhand je. 2 tahun kemudian beli wira pulak sebab susah sebuah kereta nak pergi kerja di tempat berasingan. Itu pun terpakai.
Kemudian bila anak dah bertambah, gen-2 pun dah meragam sebab dah ‘monopos’ dan ketika itu 5 tahun dah bekerja dan ekonomi keluarga pun stabil, barulah aku berkira-kira beli kereta baru. Masa tu la tarik Avanza dan jual Gen-2 pada adik. Begitu jugak baru-baru ni ambil iriz untuk isteri dan tolak kereta tu pada adik ipar untuk sambung bayar setahun lagi.
Nasihat nak beli kereta
Kat sini bukan nak menunjuk yang aku ni beli macam-macam kereta, tetapi nak bagi idea dan pandangan daripada pengalaman sendiri tentang kelebihan/kekurangan membeli kereta terpakai dan baru. Korang yang baru kerja perlu pikir banyak sebelum buat keputusan nak beli kereta.. Sebab ramai sekarang ni muda-muda lagi dah kena isytihar bankrap sebab tak mampu nak maintain bayar ansuran bulanan kereta. Ada yang baru kerja setahun dah tarik wish ada yang beli vios TRD Sportivo..Sebulan RM1k nak bayar. Kalau gaji RM3k, maknanya korang dah hilang 1/3 setiap bulan. Belum lagi minyak dan services. Kan ke tak bijak begitu. Kerana kereta nama kena blacklist.
Jadi rilex-rilex jer. Sabar dan kukuhkan kewangan anda terlebih dahulu walaupun mengambil masa bertahun-tahun. Gunakan duit kepada perkara yang lebih perlu. Jangan ikutkan sangat keinginan hati, takut kelak merana.
Bagi mereka yg baru bekerja saya nasihatkan beli kereta terpakai dulu… duit selebihnya boleh kumpul buat beli rumah..
Masih lebih berbaloi ambil kereta terpakai
repair sana sini pun lebih jimat dari beli kereta baru
ada duit…kereta baru boleh loan dalam masa yang singkat je..
bayar 2 tahun lum sump..
kereta second hand pula boleh beli cash..
yang penting banyak duit bro