Keburukan makan maggi secara keterlaluan

Posted on 3 min read 53 views

​Kesan buruk makan maggi

Dulu satu ketika teman bergelar seorang budak U.

Belajar di UiTM Arau tahun 2000-2003 course diploma in plantation industry management.

Course ini membekalkan graduan untuk bekerja di sektor perladangan. Kebanyakan Pengurus-pengurus ladang di Malaysia yang berbangsa Melayu adalah dari course ini.

Course DPIM ini hanya ditawarkan di UiTM sahaja.

Pinitbahaya makan maggi

Salah satu course yang tough dari segi fizikal dan mental.

Semua student Dpim perlu buat praktikal setiap semester kecuali part 6 sahaja.

Maknanya setiap kali cuti semester ketika student course lain balik kampung kami akan berpraktikal samaada ladang Uitm sendiri atau masuk mana-mana ladang di seluruh negara.

Pelajar part 1 wajib untuk jalankan praktikal di ladang UiTM sahaja. Part 1 ini adalah masa untuk pendedahan kepada akan datang yang mana kami wajib untuk cari tempat praktikal sendiri.

Disebabkan cuti maka semua kedai makan dan cafe yang ada dalam kampus tutup. Time tulah kami pelajar part 1 DPIM sangat kritikal untuk mencari makanan. Kalau ada pun kami perlu berjalan berkilometer keluar dari pintu pagar UiTM. Di era tu pelajar part 1 tidak dibenarkan bawa motor atau kereta ke dalam kampus. Memang tidak dibenarkan oleh pentadbiran UiTM tetapi mungkin sekarang dah berubah.

​Pagi petang siang malam makan maggi

​Minggu akhir sebelum cuti tu, kami pelajar part 1 beli maggi berkotak-kotak untuk bekalan sebulan praktikum. Sejak start praktikum pagi makan maggi, tengahari balik ladang penat-penat tu makan maggi malam pun makan maggi. Maggi tu adalah maggi kari. Sebab dalam banyak-banyak mee segera maggi karilah paling murah. Murah adalah pilihan kami hehehe...

Tak lama, cuma 3-4 hari mula terasa badan tak bertenaga walapun sekali makan 2 peket maggi. Maklumlah praktikal kat ladang perlukan tenaga yang banyak mengcangkul, bina kompos, clearkan plot ladang tengah-tengah panas.

Pinitbahaya makan maggi

Ihsan google

​Tapi kami masih teruskan makan maggi cuma ada sekali dua untuk makan malam kami berjalan keluar beramai-ramai. UiTM Arau had keluar masuk hanya hingga pukul 10. Jadi mau atau tidak kena keluar awal lepas maghrib. kalau terlewat sikit nanti siap la kena ngan pak guard.

Sikit-sikit ambik nombor matrik. Lepas tu naik courts. Sampai la nak akhir minggu ke dua. Masa tu mula rasa sedikit kelainan kat badan dan mental teman.

​Kesan buruk makan maggi secara keterlaluan

Ok kat sini teman nak kongsikan kesan nyata makan maggi terover.

Pertamanya badan akan rasa lemah dan menggeletar. Dari kolej ke ladang kena berjalan hampir-hampir 1 kilometer jugak walaupun masa tu sebenarnya tak terasa sebab kita berjalan dicelah-celah bangunan kolej.

Masa berjalan tu rasa badan sejuk je dan susah nak berpeluh. Teman yakin punca utama adalah kekurangan zat hehe..maggi mana ada zat untuk badan. Tambah pulak aktiviti banyak menggunakan tenaga. Memang kurus time tu.

Pinitbahaya makan maggi

Ihsan google

​Kesan kedua teman jadi lembap dan susah untuk faham arahan penyelia ladang sedangkan ketika tu teman seorang kg. Penyelia hanya bagi arahan kepada kg dan kg akan sampaikan arahan kepada ketua-ketua unit. Lain yang penyelia cakap lain yang teman sampai kan. Lain yang diterang lain yang teman faham hahaha…aduhai parah..

​Ketiga teman jadi pelupa tahap gaban..asal letak je satu barang, 2-3 minit lepas tu teman tercari-cari dimana teman letak tadi. Padahal masa tu baru umur 19 tahun. Kadang-kadang terpaksa balik ke ladang bila kawan tanya dah kunci ke tidak stor.

Memang masa tu teman seperti seorang budak berIQ rendah. Asalnya ingat teman sorang je jadi sedemikian rupe, padahal ada lagi 2-3 orang kawan yang bersimtom sama. Bila keadaan dah sampai macam tu rupe, barulah kami nak bermesyuarat. Akhirnya diutuskan 1 group untuk keluar cari mana-mana makcik-makcik kedai makan yang boleh sediakan makanan tapau dan dihantar ke dalam kampus. Tempoh depa pergi cari tu, kami yang lain bersama-sama cover tempat mereka kat ladang.

Cari punya cari dapat jugak. ​Kitaorang cari yang paling rendah kosnya almaklumlah budak yang kebanyakan bergantung dengan duit ptptn.

​Lepas tu memang rasa perbezaan, fizikal dan mental semua kembali seperti sediakala huhu.. itulah penangan maggi kalau kita makan berlebihan atau ekstrim. Tapi time tu bukan saja-saja nak makan tapi memang dah berada dalam keadaan 'darurat' dah. Sejak dari tu sehingga sekarang, mungkin setahun ada la 1-2 kali je kot teman makan maggi.

la ni bila tengok anak-anak gila makan maggi teman terasa risau. Nak dilarang takut kempunan. Tapi anak-anak makan maggi bukanlah setiap hari cuma sesekali teringin.


Pinit

Maggi merupakan salah satu dari jenis makanan ringan. Ia tidak berbahaya jika kerap dimakan seperti yang admin pernah buat seperti post di atas. Tetapi tidak salah jika dimakan sesekali kerana maggi ni memang disuaki ramai tambahan sekarang ni pelbagai perisa maggi ada di pasaran.


(Visited 153 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit
  • inilah makan yang terdesak…makan untuk survive atau untuk alas perut..

    memang ada logik juga cerita bro kerana komposisi mee segera tersebut cumalah tepung gandum dan perencah yang pelbagai rasa..

    saya ada juga cerita dengan mee segera ini..

    belum kesampaian untuk ditulis dalam blog lagi.

    • ya bro memang dalam mee segera ni tak banyak zat. cerita yang macam mana bro

      • adalah..

        cerita sedih dan kadang-kadang terasa segan nak tulis dalam blog..

        mungkin belum tiba masanya untuk diceritakan dalam blog kot.

  • zaman jadi budak U, selamba pulun hari-hari…sebab murah. sekarang dah tahu tak elok, cuma kadang-kadang teringin. nak kurangkan rasa bersalah makan meggi, letak telur & sayur selambak.

  • Walaupun kita telah dididik tentang keburukan maggi sejak sekian lama, tapi tu lah, susah nak singkirkan maggi ni dalam kehidupan. Lagi-lagi saya yang kerja sebagai guru dikawasan pedalaman ni.

    Sebab dia makanan paling mudah nak dapat dan paling cepat nak sediakan, 2 minit dah siap.

    Tapi benar seperti yang tuan nyatakan tu, kesan buruk dia memang terjadi sama, saya jadi macam pelupa sikit. Kurang daya tumpuan.

    Harap-harap lepas ni boleh melupakan terus maggi ni, dan ada alternatif menggantikannya.

  • >
    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

    Enjoy this blog? Please spread the word :)