Hosting Netkl Terbaik

Hosting Netkl Terbaik

Hosting Netkl Terbaik

Assalamualaikum

Page dibina adalah untuk mempromosikan hosting Netkl kepada mana-mana blogger yang tercari-cari hosting samaada baru nak berblogging ataupun nak bertukar hosting. Kenapa aku syorkan hosting dari Netkl?

Ada beberapa sebab/faktor kenapa korang perlu dapatkan hosting dari netkl. Pertama, harga hosting dari Netkl adalah mampu milik bagi yang kurang budget ataupun tidak bersedia untuk melaburkan kos dengan jumlah yang besar. Sebenarnya banyak pilihan di Netkl seperti gambar di bawah.

netkl hosting review

Tetapi sebagai seorang blogger atau sesiapa yang nak bina blog pada aku cukup sekadar guna shared hosting dan rasanya itulah kebiasaan yang digunakan oleh kebanyakan blogger. Ada 2 pilihan shared hosting di netkl iaitu for beginners user dan advanced user. Beginner user yang paling mahal adalah myPlatinum X dengan harga RM200 setahun dan termurah adalah mySilver pada harga RM 60 setahun. Korang boleh lihat pilhan di bawah ni.

netkl hosting review

 

Blog olaoli.com ini juga hanya menggunakan mySilver X sahaja dengan hanya 500MB. Setakat ni masih banyak lagi space yang boleh digunakan. Insyaallah jika di izinkan ALLAH S.W.T, mungkin akan bertukar pakej ke myGold X sebab dalam perancangan untuk bina beberapa blog yang lain. Bagaimanapun setakat ini masih berada pada peringkat awal perancangan.

Jika korang beli hosting mySilver X bersama domain di Netkl, kos cuma RM 60 sahaja. Kalau beli asing kos akan jadi RM60(hosting) + RM45(domain) = RM 105. Beza jauh tu RM 60 dengan Rm 105. Berdasarkan saiz 500MB yang dan bandwith 10GB sebulan, harga tersebut adalah lebih murah berbanding penyedia hosting yang lain. Dibawah adalah invois pembelian hosting dan domain untuk olaoli.com. Harga tersebut selepas ditambah whois protection dan charge yang dikenakan sebab buat payment pakai paypal. Kalau guna transfer online je korang takkan kena charge tu.

netkl hosting review


Netkl hosting support

Ok, berdasarkan pengalaman aku banyak kali blog aku jadi huru hara akibat test pelbagai jenis plugin sehingga paparan jadi putih. Sebagai seorang yang ‘noob’, memang aku tak boleh nak selesaikan masalah tu. Terpaksa hubungi Netkl support untuk bantuan. Yang best, pihak support netkl respond memang cepat dan pantas. Setiap emel yang aku hantar biasanya akan direspon lingkungan 3-5 minit. Dan alhamdulillah kesemua masalah yang pernah aku alami telah diselesaikan dengan bantuan pihak support netkl.

 

Cara nak buat pembelian netkl

Ok aku tunjuk tutorial ringkas cara pembelian hosting domain netkl. Mula-mula pilih pilihan hosting yang korang nak sebagai contoh adalah mySilver X. Klik pada button order now

netkl hosting review

Kemudian anda perlu masukkan nama domain yang anda mahu dan klik button check. Tujuan button check untuk mengetahui samaada nama domain yang anda masukkan itu sudah digunakan orang lain atau belum.

netkl hosting review

Jika domain yang anda pilih masih belum digunakan ia akan keluar seperti di bawah. Korang klik continue button untuk dibawa ke step seterusnya.

netkl hosting review

Step seterusnya korang perlu memilih sama ada bayar untuk setahun atau terus 2 tahun. Jika buat payment untuk 2 tahun, harga yang diberi adalah sedikit murah jika dibandingkan dengan setahun. Tapi dalam tutorial ni aku pilih setahun. Selepas tu klik continue ke step seterusnya.

netkl hosting review

Kat step ni korang boleh pilih samaada mahu dapatkan servis id protection ataupun tidak. Id protection ni tujuanya kita tak mahu data kita diketahui oleh orang lain seperti nombor telefon ataupun mungkin kita tak mahu orang mengetahui nama sebenar kita. Walaupun korang tak ambil servis ini, ia tak jadi masalah untuk korang running blog nanti. Klik update chart.

netkl hosting review

Ok kat step dibawah ni korang boleh dapatkan diskaun jika mempunyai promotional code. Biasanya korang boleh dapat sehingga 10% discount. Selepas tu klik chekout.

netkl hosting review

Kat last step ni di bawah ni korang perlu pilih cara pembayaran samaada melalui paypal atau bank transfer. Jika guna paypal korang akan di charge sebanyak 4.40%+RM2.00. Selepas itu tick ruangan bersetuju dengan term dan klik button completed order. Jika pilih paypal, korang akan dibawa terus ke paparan paypal untuk tujuan pembayaran. Jika memilih bank transfer, korang akan dibawa keruangan pembayaran melalui bank transfer. Selepas itu perlu menunggu maksimu 24 jam untuk mendapatkan maklumat dan data berkaitan dengan hosting korang. Tapi biasanya dalam 1-2 jam je dah settle. Lepas dapat je semua tu korang boleh la mula bina blog.

Taklah susah mana pun sebenarnya. So kalau korang rasa nak dapatkan hosting netkl ni boleh klik banner di bawah. Dengan Netkl hosting anda akan berpuas hati Insyaallah.



olaoli

Admin kini dah gunakan netkl hampir 3 tahun. Alhamdulillah customer services adalah terbaik sebab admin juga ada gunakan hosting lain untuk beberapa blog. Recommended!


(Visited 504 times, 1 visits today)
>
%d bloggers like this: