Backpacking di Bangkok
Backpacking di Bangkok
Apa tu backpacking or mengembara? Mengembara adalah satu bentuk kos rendah, perjalanan bebas. Ia termasuk penggunaan beg yang mudah dibawa untuk jarak yang panjang atau jangka masa yang lama; penggunaan pengangkutan awam; penginapan murah seperti asrama belia; sering tempoh yang lebih lama perjalanan berbanding dengan percutian konvensional; dan menjadi keutamaan dalam berjumpa dengan penduduk tempatan serta melihat pemandangan.
Ok kali ni aku nak share dari pengalaman backpacking ke Bangkok dan just pergi dalam 3 4 hari je sebab mengikut bajet yang ditetapkan. Nama pun backpacking kan bukan nya luggaging huhu… (luggaging tu maknanya pergi bercuti dengan tarik luggage bukan galas bagpack pun, ni aku reka2 ja ni).
Sebelum backpacking di Bangkok
Sebelum kita nak pergi ke Bangkok, mesti kena book tiket penerbangan dulu, tengok bila yang murah dan juga survey2 tempat kita nak stay kat sana nanti. Untuk tujuan tu sebenarnya kemudahan dah ada, jadi guna kemudahan tu sebaik mungkin.
Kemudahan apa?
Nak tengok kat mana?
Meh aku bagitau korang, kedua-dua tiket penerbangan dan booking hotel tu kita boleh buat tengok kat website atau apps Traveloka. Kat situ, kita boleh tengok date bila nak pergi dan balik. Kemudian, kita boleh pilih mana-mana airline sebab kat di situ ada bermacam airline yang menyediakan penerbangan ke Bangkok bersama harga tiket sekali. Memang menyenang dan memudah urusan kita. Korang tau tak, kalau kita beli tiket penerbangan melalui Traveloka ni, harga dia lagi murah dari yang beli direct kat airline tu sendiri. Apesal pulak nak bayar lebih kalau dah kat Traveloka boleh dapat murah. Lagi bestnya, kita juga boleh dapat diskaun kalau kita register account dengan Traveloka.
Tadi beli tiket penerbangan, sekarang nak find cheapest hotels in Bangkok pulak. Bukan cari tiket penerbangan je senang, nak cari hotel di Bangkok pun senang gak melalui Traveloka. Banyak hotel di Bangkok yang berdaftar dengan diorang, jadi kita boleh pilih hotel mana di Bangkok tu mengikut kesesuaian kita seperti kadar sewa yang murah, dekat dengan tempat-tempat yang menarik dan paling wajib ialah restoran yang halal. Bukan saja tiket penerbangan ja yang ada diskaun, booking bilik pun ada diskaun kalau kita book awal. Traveloka selalu buat promosi untuk hari2 yang tertentu, jadi korang kena rajin la usha. memang korang tak kan menyesal punya lah.
Lepas dah beli tiket dan book bilik, kita mesti la nak tau tempat apa yang menarik di Bangkok untuk kita plan itinerary. Tak kan kita nak pergi macam tu saja, takda arah tuju, nanti tersesat ke apa ke, kita gak yang susah. Selain tempat-tempat menarik, kita kena tau juga dimana restoran halal dekat2 situ, untuk memudahkan urusan. Ye lah takkan hari-hari nak makan megi kan? Nak backpacking, kita kena ada plan yang elok dan harus ambik tau tentang tempat serta aktiviti yang kita nak lakukan. Tapi kadang2 dah plan pun, kita tak ikut sangat dah apa yang dirancang tu. Cuma penting la untuk dijadikan sebagai rujukan.
Tempat menarik untuk backpacking di Bangkok
Antara tourist attractions kat sini seperti Grand Palace (Royal Palace) dan Wat Pho, rumah untuk Buddha dan sekolah urut yang terkenal. Keluarga Diraja tak tinggal pun di istana (ia hanya digunakan untuk majlis-majlis rasmi negeri) dan korang tak boleh masuk ke dalam bangunan tu, just boleh pusing2 di perkarangan dan kuil yang terbuka saja dan ini adalah lawatan yang bernilai. Ia cantik dan pertukangan seni bina dalaman yang menakjubkan. Tips nak lawat tempat ni, korang kena pergi pada waktu pagi untuk mengelakkan orang ramai. Selepas itu, bersiar-siar di jalan dengan Wat Pho. Kat sini korang boleh tengok the reclining Budha as well as the Golden Buddha. Korang boleh spend dalam 1 jam berkeliaran di kawasan kuil yang macam maze ni. Seterusnya, seberang sungai ke Wat Arun (Kuil Subuh) bagi mendapatkan pemandangan bandar yang sangat cantik dari atas kuil.
Khao San Road adalah dunia untuk backpacker. Tempat ni berdekatan dengan Soi Rambuttri satu lagi tempat yang menarik di Bangkok. Kat sini, korang boleh menemui banyak bar, kedai, makanan jalan, restoran antarabangsa dan gerai-gerai. Senang cakap tempat ni sangat happening. Ia juga merupakan tempat yang popular pada hujung minggu untuk penduduk Thai. Khao San adalah tempat yang hebat untuk bertemu dengan backpackers yang lain. Lepas tu korang boleh pergi ke pasar terapung di sekitar bandar (Khlong Lat Mayom dan Thaling Chan adalah dua yang paling popular. Kedua-dua pasar ni korang boleh tuju dengan apa pun jenis kenderaan. Korang pasti akan suka dengan suasana di sini yang sangat meriah dengan bau makanan dan penjual yang dok sibuk masak sambil mendayung sampan serta menjual makanan dorang juga. Kalau korang melawat tempat ni dalam keadaan lapar, lagi best. Boleh isi perut dengan macam-macam juadah Thai yang sungguh lazat.
Tu antara tempat2 yang boleh diceritakan kat korang. Kalau nak tau lagi, kena la pergi sendiri. Baru best. Happy traveling guys. Last sekali, jangan lupa renew passport ye. Nanti dah sampai airport tengok-tengok passport tamat tempoh, tak dapat g traveling. Haha!
mesti best kalau backpacking di Bangkok..
mencabar dan dalam masa yang kita kita berhadapan dengan pengalaman dan cabaran..
ya bro pengalaman melihat kehidupan rakyat negara lain dengan budaya yang berlainan
Lama tak ke Thailand.
Dulu asal ke Thailand, mesti wife tanya nak buat apa dekat sana hahahah
haha kalau yang tu bro memang susah sikit..dah ada syak wasangka dah tu..mungkin dia tengok suami dia nakai sikit kot
Belum ada rezeki lagi nak ke Bangkok ni tapi boleh jadikan panduan kalau nak pergi nanti. Terima kasih
Teringin nak pergi ke thailand plak.. asyik indonesia je pun bosan gak. hahahah
Tengah cari tempat nak melancong, macam best bangkok.
Bestnya dapat pergi ke Bangkok… 2 hari pulak tu….
Pengalaman hebat ni. Gamble je kat Bangkok sana.
bankok mmg menjadi destinasi pilihan backpackers
tak pernah lagi ke thailand. insyaAllah sampai november ni
Memang menyeronokkan bila dapat melancong ke Bangkok. Sekarang ni lagi mudah, dah boleh ke sana dengan menaiki keretapi. Lagi seronok sebab dapat melihat pemandangan perjalanan, cuma ambil masa agak lama sikit iaitu selama 14-15 jam.
Macam mana dengan aktiviti scam disini?
Pengalaman lalu bagpack di Manila membuatkan hati serik. huhu
last aku pegi sana, masa dalam mimpi.
pastu..tak pernah dapat sambung balik mimpi tuh.
Banyak apps untuk booking tiket flight dan hotel sekarang ni. Semakin mudah dah semua di hujung jari je.
Rajin berjalan luas permandangan
semoga ada kesempatan untuk melihat bumi Allah swt
Bangkok ni ada gelaran dia kan
city of life
memang terbaik lah
Kalau pergi sana orang senyum senyum saja
Bangkok mmg tempat menarik untuk backpacking..lama dah teringin nak kesana.. alhamdulillah blh dpt info kat sini..
terima kasih atas maklumat yang diberikan
Kena pergi juga ni nanti sebab lepas baca ni rasa betul2 nak pergi juga
Salam. nice info utk backpack di Bangkok. Terbaik! kalau backpack pelacongan di bangkok, total budget berapa ya?