Tempat menarik di malaysia untuk honeymoon 2018

Posted on 4 min read 145 views

Kita sangat beruntung kerana lahir di sebuah negara yang penuh dengan keindahan alam. Malaysia merupakah sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Tak perlu pergi ke luar negara, lihat saja landskap yang ada di Malaysia seperti di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri ni mempunyai tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Kali ni olaoli akan share 4 ​tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon yang kami pernah pergi.

Orang yang dah kawin mesti pernah pergi honeymoon. Mungkin dah berkali-kali...macam aku hehe.. Kenapa kita nak pergi honeymoon? sebab ini adalah masa kita nak bercinta, berjiwang, berpanas-panas dengan pasangan secara berlebihan haha.. walaupun kita dah kawin, pastikan dapat sekurang-kurangnya sekali setahun untuk berhoneymoon.​

Pulau Langkawi

Ok..inilah tempat aku dan isteri berhoneymoon dulu. Macam semua orang tau, langkawi ni bebas cukai so banyak barang-barang yang harganya jauh lebih murah dari tanah besar. Langkawi ni habaq hang, antara tempat pelancongan yang paling ramai pengunjung di Malaysia setakat yang aku tau. 

Pinittempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Secara jujurnya kos ke Langkawi adalah paling murah berbanding tempat lain yang aku dah pergi. Penginapan, pengangkutan, makanan rasanya lebih murah dari Pulau Redang, Pulau Pangkor dan Tioman. Pemandangan landskap Langkawi pada pandangan aku adalah sederhana. Namun ia masih antara tercantik dan menarik di Malaysia. Itu sebab aku syorkan pada sesiapa yang nak berhoneymoon tapi belum pernah ke Langkawi silalah ambil kesempatan untuk ke sana time cuti nanti. Sebab Langkawi adalah salah satu tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon dengan kos yang diperlukan adalah paling rendah.

Pulau Redang

Pulau Redang ni bagi yang taktau ianya terletak di tengah laut di Negeri Terengganu. Pulau Redang ni tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon kedua aku pergi. Masa ni kembar aku dah berumur 2 tahun. Tinggal kejap kat Opah dan Mak sedaranya dan kami ambik kesempatan pergi honeymoon. Kami pergi ke Pulau Redang ni guna package honeymoon sekitar RM800 untuk satu pasangan

Pinittempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Perjalanan ke Pulau Redang dari Jeti di Kuala Terengganu ambil masa yang agak lama iaitu sekitar 2 jam. Memang agak teruk jugak aku dan isteri mengalami mabuk laut. Tak pernah kami naik feri begitu lama. Ombak terlalu kuat hinggakan feri yang begitu besar bagai dilambung-lambung. Masa tu terasa ngeri bila lihat ombak tengah laut. First time tu..

Kos untuk berada di Pulau Redang agak besar. Package yang kami ambil dah cover hotel, makan pagi petang dan malam dan pengangkutan feri. Tapi bila kami nak beli apa-apa makanan atau barangan lain ia lebih mahal dari Pulau Langkawi dan Tanah besar. Pemandangan di Pulau Redang memang cantik dan menarik. Time kami pergi tu seperti 80-90% pelancong yang kami jumpa adalah warga negara asing yang kebanyakannya dari Cina, Jepun dan Korea.

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor ni dah berkali-kali aku pergi sebab dekat dengan kampung. Tapi isteri tak pernah pergi lagi so bawak lah dia pergi honeymoon ke sana. Pulau Pangkor ni merupakan honeymoon ketiga aku. Padahal taklah jauh dari area kampung sendiri. Pulau Pangkor antara tempat pelancongan yang mempunyai nilai sejarahnya sendiri sama seperti Pulau Langkawi. Di Pangkor ini menjadi saksi perjanjian Pangkor antara British dengan Sultan Perak ketika itu.

Pinittempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Kat situ juga pernah berdirinya kubu pertahanan Belanda yang kemudiannya dimusnahkan oleh serangan orang Perak. Kesan tinggalan kubu Belanda tu masih boleh dilihat hingga sekarang kerana ia menjadi tempat tumpuan pelancong di sana.

Ada beberapa pantai di Pangkor yang menjadi pilihan seperti Pantai kampung Nipah, Bogak, Teluk Dalam dan beberapa lagi yang lain. Kami pilih untuk menginap di Pantai Teluk Nipah. Chaletnya betul2 atas pantai. Malam-malam syok dengar deruan ombak. Feel asmara datang  melampau-lampau ketika tu haha.. Bagi orang Perak yang nak berhoneymoon, tak payah pegi jauh-jauh dulu. Silalah pergi ke Pangkor dulu sebab... huih lain macam 'feelnye'. Hehe recommended untuk tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon.

PinitTempat menarik di Malaysia untuk honeymoon

Ranau/Kudasang

Kali ni kita ke Sabah pulak. Kalau korang nak tau di Malaysia ni tempat paling sejuk adalah di Ranau. Cameroon Highland pun kalah. Kalau 3 sebelum ni aku berhoneymoon di pulau-pulau, maka yang keempat dan terakhir ni aku dan isteri meluangkan masa berbulan madu di Kundasang. Pemandangan Kundasang memang sangat tenang dan tenteram. Melihat kehijauan alam di pergunungan yang tertinggi di Asia Tenggara. Kundasang/Ranau merupakan antara tempat menarik di Malaysia untuk berhoneymoon dan menjadi pilihan utama mana-mana pasangan. Ramai juga orang semenanjung yang kesana untuk berbulan madu.

Pinittempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Masa kami kesana kebetulan kena musim hujan. Punyalah sejuk, sampai bernafas pun keluar wap. Nak mandi rasa tak sanggup. Banyak tempat yang kami pergi seperti Memorial perang dunia ke dua, perkampungan ladang arnab dan poring untuk mandi air panas. Dan banyak sayur yang kami beli di kedai-kedai tepi jalan. Malam tu kami pinjam portable kitchen dari chalet dan masak makan sayur. Chalet yang kami tu ada anjung. So malam-malam berdua makan sayur dengan penuh romantiknya huhu.

​Kesimpulan dari tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon

​Itulah 4 tempat yang aku pernah berhoneymoon. Ada juga tempat lain tapi tak semenarik yang 4 ni. Jangan korang tertanya-tanya tentang anak-anak aku dimana ketika kami honeymoon. Aku tinggalkan dengan adik dan sekali dengan orang gaji. Setahun bekerja kena jugak sekali bersama-sama beromantika. 

Jadi korang tak payah la cari tempat luar negara untuk honeymoon. Jalan-jalan dulu kasi habis area Malaysia. Aku rasa kalau setahun sekali macam tak habis tempat jugak tempat-tempat menarik kat Malaysia ni kta pusing. Ehh...lupa pulak fakta penting. Aku tak pernah berhoneymoon ke luar negara pasal aku tak cukup duit huhu..

Pinitolaoli

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam setanding dengan mana-mana negara lain di dunia. Jadi sebagai rakyat negara yang bertuah ni hargai dan nikmatilah anugerah Allah Taala atas segala anugerahnya. Sentiasa bersyukur dan bersama-sama menjaga pemberian ini.

(Visited 29 times, 2 visits today)
  • membaca artikel tentang tempat menarik untuk honeymoon memberi inspirasi untuk saya cepat-cepat kahwin…

    Kundasang dan Pulau Pangkor dah pergi..

    maksudnya saya wajar memiliki Langkawi untuk bawa isteri syantik berbulan madu kali ini..

    doakan ..Aamiin.

    In shaa Allah

    • Ya insyaallah kalau ada usaha tercapai juga hasrat. Nanti jangan lupa buat posting pengalaman ke sana.

      • aamiin..

        nanti saya buat perkongsian cerita berbulan madu pulak hahahahaha

  • Menarik perkongsian ni.. bila anak2 dah masuk remaja, mula rasa juga nak ada masa honeymoon balik dgn wife hehee. Thanks sharing 🙂

    • ya tuan..nanti rasa macam muda balik umpama baru beberapa hari kawin hehe

  • >