Blog pilihan terbaik olaoli 2017

Blog pilihan terbaik olaoli 2017

Blog Pilihan Terbaik

Ya..kali ni aku nak ‘membodek’ blogger-blogger terkenal(dikenali ramai) kat dalam post aku ni. Dah setahun lebih aku berblogging dan lebih kurang 67 post setakat ini. Kebanyakan post adalah hal peribadi aku sendiri. Sepanjang tu jugak dah 2 kali aku bertukar theme, Writing dan buzzblog. Nak jadi blogger ni memang semangat kena kuat baru boleh bertahan. Aku..semangat tak cukup kuat maa..itu pasal usia blog dah setahun setengah tapi post baru setakat 60 lebih. Tapi disebabkan beberapa perkara telah mendorong aku bersemangat untuk memblogging.

Pertama, sebab post aku ada orang komen..Yes memang seronok ada orang komen kat blog. Tak kisah la sebab blogwalking ke, pokoknya aku suka bila post ada orang komen. Pendapat orang lain taktaulah macam mana.

Kedua, aku dah merasai sedikit hasil dari blog dengan publish artikel dari beberapa pihak tertentu. Tak lah banyak mana, tapi boleh la cover kos hosting dan domain untuk 2-3 tahun.

Ketiga, pelik tapi benar..aku rasa hebat bila aku ada blog..ntahlah

Kembali ke tajuk asal, kali ni aku nak ambil kesempatan untuk menyenaraikan beberapa blog pilihan terbaik yang menjadi pilihan aku. Kenapa jadi pilihan aku??

pasal aku selalu pergi sana..

sebab aku dah hafal dah link..

dah memang aku suka..

 

Senarai Blog Pilihan Terbaik Olaoli.com

Ok yang pertama menjadi pilihan aku adalah mrhanafi.com . Ya sejak awal-awal lagi, blog ni mungkin paling kerap aku lawati. Salah satu sebab ialah hampir setiap hari ada post baru. Bila ada fresh content setiap hari, itu pasal aku kena buka untuk baca. Tak silap aku blogger orang Sarawak. Dah 4-5 tahun bergelar seorang blogger. Beliau ni jugak kerap juga komen di blog aku. Baru-baru ni beliau dah tukar theme.

blog pilihan terbaik

Blog pilihan terbaik yang kedua adalah ahmadfaizal.com. Tak silap aku beliau seorang guru pendidikan jasmani kesihatan. Blog ni jadi pilihan aku atas sebab 2 perkara iaitu gaya penulisan dan menjadi sumber inspirasi..Hah!! kenapa pulak inspirasi..Sebab beliau selalu post artikel tentang hasil dan cara buat duit di interntet. Tu yang tak tahan tu. Dan yang lebih berbisa bila attach gambar cek atau bukti penerimaan pembayaran. emm..ya sangat berbisa dan beracun. Hilang rasa putus asa dan kembali bersemangat..huhu

blog pilihan terbaik

Seterusnya adalah broframestone.com..ya blogger ni adalah blogger sepenuh masa. Sangat aktif dengan program beliau. Aku ikut friend dengan beliau ย dan ikuti setiap post/aktivitinya samaada di twitter, instagram, facebook dan blog. Penulisan yang sempoi dan berserta gambar di setiap post. Aku ni suka baca post yang ada gambar. Dan gambar tu pulak adalah gambar yang sebenar bukan copy dari google macam kat blog aku ni.

blog pilihan terbaik

Bagi aku broframestone juga adalah seorang yang mudah dan tidak berkira untuk berkawan. Blogger paling cepat follow aku balik di twitter dan instagram. Blog beliau ni banyak maklumat dari pelbagai niche. Gajet, makanan, pelancongan dan macem-macem lagi.

Keempat adalah blog hairul.com. Aku terjumpa blog ni lebih kurang 7-8 bulan yang lepas. terjumpa masa aku duk search cara cak buat cream puff. Mr Hairul ni juga ada keluarkan panduan nak buat puff dan beberapa panduan yang lain seperti nak buat bun, pizza dan kek. Dari situ lah aku follow blog ni. Theme yang simple dan rasanya warna utama adalah biru…Ala-ala facebook. Penulisan bro Hairul ni juga menarik untuk dibaca walaupun penulisannya lebih ‘skema’ berbanding ahmadfaizal a.k.a titan.

blog pilihan terbaik

 

Demikianlah 4 blog pilihan terbaik pada pandangan dan perasaanku. Aku teringin nak jadikan blog ni ke tahap mereka. Dikenali, ramai follower, hasilkan income yang banyak, tersusun. Tapi bolehkah aku menjadi seperti mereka. Jawapannya tak boleh!!…apasal? sebab aku malas. Kepada yang newbie seperti aku…contohilah seperti mereka insyaallah anda juga boleh berjaya.

 

[wdps id=”1″]

(Visited 157 times, 1 visits today)
  • Tahniah kepada 4 blog yang terpilih..
    Semuanya hebat-hebat belaka.. blog tuan tanah pun apa kurangnya..

  • wow..blog saya tersenarai

    terima kasih admin Olaoli..

    secara peribadinya saya suka blogwakling dan memberi komen..

    blog ini pun apa kurang..kemas dan santai

    • blog bro hanafi setakat yang pernah saya paling aktif posting. hampir setiap hari. saya ni memang taklah bro..sebulan 1-2 kali je huhu

      • selalu posting memang bagus…

        namun selepas ini saya mengurangkan posting konten kerana nak menghasil konten yang berkualiti ..

        dalam erti kata yang lain berada di carian utama Googgle..

        bila dah berada di tempat terbaik..trafik datang mencurah-curah dan yang paling best..income datang tanpa disedari..

        rasa-rasanya itu konsep dan mindset blogger yang dah sepenuh masa seperti saya…

  • mmg semua blog yg bro listkan tu mmg hebat dan ciktom pun suka singgah ke sana..
    lagi2 part konsisten update blog..ciktom jenis pemalas update..haha..

    • blog cik tom apa kurangnya. sejak tahun 2012 saya dah membaca di blog cik tom

  • Same here. Jenuh cuci sawang dalam blog sendiri.
    Kena kaw2 update lagi lepas ni.

  • “Kedua, aku dah merasai sedikit hasil dari blog dengan publish artikel dari beberapa pihak tertentu. Tak lah banyak mana, tapi boleh la cover kos hosting dan domain untuk 2-3 tahun.”

    Menarik ni. Macam mana nak dapat income dari blog?

  • +1 for mrhanafi.com memang ber’aura’. Blog lain dalam senarai ni pun semuanya hebat-hebat belaka.

  • >
    %d bloggers like this: