Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Ciri-ciri pemimpin yang lemah

Ciri-ciri pemimpin yang lemah

 

Kali ni aku nak menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang lemah untuk renungan kita bersama. Sebab ada antara kita ini sememangnya adalah pemimpin atau bakal pemimpin. Ketua keluarga juga adalah pemimpin. Bagi aku, pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berjaya membawa organisasinya mencapai objektif. Kalau dalam keluarga ialah apabila seorang bapa berjaya membawa isteri dan anak-anaknya berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

ciri-ciri pemimpin yang lemah

 

TIDAK ADIL

Ini dah semestinya perkara pertama yang pasti ada pada seorang pemimpin yang lemah. Di dalam organisasi kebiasaan terdapat sekurang-kurangnya 2 orang pekerja. Namun dewasa ini setiap organisasi adalah lebih ramai dari itu. Seorang pemimpin yang bijak dan adil akan sentiasa menunjukkan sikap, pandangan atau tindakan yang samarata terhadap semua staffnya. Tetapi seorang pemimpin yang lemah, berbagai tindakan yang dilihat berat sebelah akan dilakukan. Kroni diutamakan dan kaki bodek mendapat tempat. Ketidakadilan seorang pemimpin, akan melahirkan sebuah organisasi yang dipenuhi oleh orang-orang yang sikap bermuka-muka, pemalas dan menekan sesama sendiri. Aku pun sekarang ni sedang berada di bawah pentadbiran seorang pemimpin yang sangat lemah dalam sejarah sejak aku bekerja. Apakah implikasi lain? Organisasi tidak akan menjadi mantap. Staff hanya datang bekerja untuk sekadar bekerja dan melakukan tugasan sahaja tanpa mempedulikan masa depan yang mahu dicapai oleh pemimpin. Hasilnya mereka tidak akan menjadi begitu produktif.

 

KURANG EMPATI

Pemimpin tidak pandai, tidak mahu atau tidak mampu untuk menyelami pemikiran dan emosi orang-orang sekitarnya. Adalah sukar untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati jika tidak pandai mengambil hati atau membantu staffnya di dalam mengalami kesulitan atau kepayahan. Kebiasaanya jika seorang pemimpin tersebut memiliki sikap ego dan angkuh yang tebal dalam diri.

 

ciri-ciri pemimpin yang lemah

 

 

TAKUT KEPADA PERUBAHAN

Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang sentiasa mahukan perubahan dan melakukan perubahan. Seorang pemimpin tidak boleh terlalu pasif atau hanya mengikut tradisi dalam pekerjaan. Kelainan mesti diwujudkan untuk menjadikan organisasi lebih berdaya maju bagi mengikuti arus kemodenan. Sistem sentiasa akan berubah. Kita tidak akan maju jika kita masih menggunakan sistem 10 atau 20 tahun dahulu.

 

TIDAK BERDISIPLIN

Pemimpin yang tidak berdisiplin akan melahirkan staff yang juga tidak berdisiplin. Disiplin yang baik mesti ditonjolkan oleh pemimpin sebagai garis panduan yang mesti diikuti oleh semua orang. Apa akan jadi jika seorang guru melihat pengetuanya setiap hari hadir lewat ke sekolah? Apa akan jadi jika seorang kerani apabila melihat majikannya kerap tidur di dalam pejabat?

 

TIDAK TEGAS

Pemimpin perlukan sikap ketegasan dalam membuat keputusan. Jika seorang pemimpin tidak mampu untuk tegas, ia akan membawa kepada ketidakmenjadian dalam sesuatu perkara. Sikap tegas mesti diiringi dengan keberanian menghadapi risiko. Kerana sikap pemimpin yang berjaya adalah apabila berani mengambil risiko untuk mencapai objektif organisasi.

 

BERSIKAP BERMUSUHAN

Pendapat aku ini adalah sikap yang mesti dijauhi dan dibenci jika dilakukan oleh seorang pemimpin. Jangan sesekali mewujudkan sikap bermusuh dengan staff. Walaupun seorang staff itu telah melakukan kesilapan yang besar, ambil saja tindakan mengikut peraturan dan jangan sesekali menunjukkan sikap membenci dan memusuhi.

ciri-ciri pemimpin yang lemah

 

TIDAK PROFESIONAL

Antara tindakan pemimpin yang tidak profesional adalah mengherdik dan memarahi seseorang perkerja di khalayak ramai atau di dalam media sosial. Tindakan itu boleh melahirkan perasaan kurang senang dikalangan pekerja. Jangan bertindak menjatuhkan maruah orang lain walaupun anda yang membayar gaji. Kaedah yang betul adalah membuat tegurang secara personal tanpa didengari oleh orang lain.

Apabila seorang pemimpin organisasi melakukan 7 perkara di atas, pasti objektif organisasi sukar untuk dicapai. Apabila berlaku kelemahan-kelemahan ini, walau kesemua staff ditukar sekalipun, pencapaian organisasi tidak akan mampun ditingkatkan.

 

(Visited 463 times, 1 visits today)
share
6 Responses

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge