Pengalaman batuk teruk dan kahak berdarah
Aku nak share dengan korang pengalaman batuk teruk dan cara nak kurang/hilangkan batuk. Sebulan sebelum isteri bersalin anak ke-6, aku mengalami situasi batuk teruk yang lama dan kemudian bersekali dengan kahak berdarah. Pada mulanya mungkin sebab tidur dalam bilik dengan aircond terpasang dan tak berbaju berselimut, dada mula terasa penuh dengan kahak.
Hampir sebulan aku biarkan sebab ingat tak seteruk mana. Setiap kali baring telentang akan berbunyi nyeri kat dada time tarik nafas dalam-dalam. Akibatnya terbatuk setengah mati. Asal malam nak tido je mesti rasa stress sebab tidur tak cukup.
Kahak berdarah
Di sebabkan batuk yang terlalu teruk, sampai sakit seluruh belikat dan dada rasa sakit Ada masanya sampai termuntah-muntah. Beberapa hari jugaklah terpaksa ambil mc sebab tak larat sangat nak kerja. Sampai lah satu pagi lebih kurang 3 minggu batuk tak berhenti, terkeluar kahak dan bercampur darah. Masa tu terkejut jangan cakaplah. Dah macam-macam perkara terbayang lah… apa penyakit la pulak dalam badan aku ni.
Walaupun darah tu kadar dalam 20% je, tapi satu perkara baru yang tak pernah berlaku dalam hidup aku. Sebelum ni batuk macam mana pun tak pernah la kahak berdarah. Sebab kat tekak aku tak terasa pedih berbeza dengan sebelum ini asal kalau batuk teruk mesti tekak pedih. Tapi hanya awal pagi aje kahak tu bercampur darah, selepas tu normal macam biasa..memang mengkonfiuskan aku. Selepas 4 pagi berturut-turut kahak aku berdarah terus pergi hospital untuk dapatkan rawatan.
Rawatan di hospital
Pergi kat hospital ni macam biasalah yang checknya bukan doktor pun sebaliknya medical assistant je. Aku kena pergi buat xray dulu then bawak result tu jumpa ma tu semula. Bila dia tengok dia cakap “en kena check tb kemungkinan tb”..terus aku sahut dalam hati dengan kasar “abah kau la tb”. Tak pasal-pasal kena buat rawatan tb kat kulit tu. Kena hantar spesimen kahak berdarah 3 pagi berturut-turut. Kena ambil darah. Dalam masa yang sama kena makan antbiotik. Pasal antibiotik tu sampai sakit perut cirit birit dibuatnya. Antibiotik tak sesuai dengan aku dan digantikan dengan yag lain.
Kesemua arahan aku buat kecuali yang jalani ujian suntikan kat bawah kulit tangan. Aku tak nak buat sebab bukan takut kena suntik, tapi aku taknak pergi ke wad ujian tu di jalankan iaitu di wad kuarantin penyakit-penyakit berjangkit. Tu yang aku takut.
Temujanji doktor
Selepas satu minggu, ma kasi appointment jumpa doktor. Boleh pulak dihantarnya appointment tu hari isnin, punyalah ramai orang, dekat 2 jam menunggu barulah dapat jumpa doktor. Sebelum doktor terangkan lain-lain dia sound terus aku pasal kenapa tak jalani ujian tb tu. Aku pulak tengah panas baran(letih menunggu + dengan puasanya) aku pun sound lah balik “so tb ke sekarang??”. Agaknya doktor tengok emosi aku tak berapa nak lurus sangat, dia cool la pulak dan terangkan yang batuk aku tu cuma biasa dan kahak berdarah di sebabkan batuk terlalu lama sehingga 3 minggu.
Kemudian dia nasihatkan minum air kosong dan kurang kan minum air yang berais. Selain tu dinasihatkan sentiasa berbaju walaupun di rumah. Elakkan makan buah-buahan yang sejuk macam tembikai dan rambutan.
Petua yang aku amalkan
Sebenarnya sebelum appointment jumpa doktor tu batuk aku dah hilang dah. Tapi jumpa jugak doktor sebab nak habiskan perubatan. Aku nak share petua aku telan nak hilangkan batuk ni. Senang je Amalkan madu campur dengan air suam dengan sikit perahan limau. Rasanya 2 hari je amalkan memang lega terus batuk yang dekat sebulan tu. Sebelum tu dah berbotol dan bermacam jenis ubat batuk aku telan. Petua tu mak aku bagi lepas dia perasan aku tak berenti batuk. Alhamdulillah bukan penyakit berbahaya.
Effa
May 15, 2017Saya tengah demam. Baru start batuk.. dan ada kahak.. demam dah masuk hari ke 6..
Kahak perasan ada darah skit.. risau juga ni
olaolico
May 15, 2017Pergi check puan. Tapi jangan lah check kat klinik biasa. Mereka cuma check kita 4-5 minit kemudian bagi ubat. Teruslah ke hospital walaupun leceh prosedurnya. Jika mampu terus pergi ke private hospital
olaolico recently posted…Batuk teruk kahak berdarah pengalaman dan petua
Hairul HIssam
May 18, 2017madu campur dgn air limau.. boleh cuba petua nie pula jika kena batuk..
saya pula selalu amalkan makan bawang putih bakar..
Hairul HIssam recently posted…Video DVD Tersekat2 Akibat Supplier Baru & Cara Dapatkan DVD Yg Hilang Selepas Setahun
titan
May 23, 2017pehh..memang ngeri kalau kena bab batuk berdarah nih.
ngeri.
titan recently posted…Melancong Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka.
Asyraf Asri
June 3, 2017Pergh! Sakit siot bila batuk kuat then kering.
Berdarah tu pernah jadi. Time tu Tuhan je tahu perasaan Ku.
Asyraf Asri recently posted…Dapatkan ALBUM Zikir Muazzin Masjid Negara
Sanggavi
June 27, 2017Bapa sy sama juga seperti kamu belitahu dlm blog ni… Jadi saya pun suruh try bapa sy.
Nurul
February 8, 2018tgh alami batuk berdarah tu skrg, tekak rasa mcm nk koyak weyyy, azab yg amatttt
Mohd Zulhilmi Mohd Nor
February 17, 2018Tengah alami batuk kahak berdarah. Aku da 2 minggu batuk. Tapi batuk yang teruk tu waktu malah je. Tekak rasa mcm gatal sangat. So dah pergi jumpe doctor dia cakap bukan masalah batuk tapi lebih pada post nasal drop. Maknanya waktu tdo hingus patot keluar kat hidung instead dia lalu dekat kerongkong tu dan berkumpul situ. Lepas ambil ubat selesema dah kurang sikit tapi masalah sekarang dah 3 hari bagun tdo nampak ada kahak yg warna hitam melekat dekat kerongkong. Lepas dah keluarkan baru rasa lega. Lepas ni nak pergi jumpa doc balik
nasha
February 24, 2018dh 3 hari bila pagi kerap kahak ada darah bila slepas itu takde batuk and kahak takde darah.baru 3 hari situasi mcm ni and x plan lg nk jmp doc sbb gi klinik hmya mntk ubat demam and batuk ja sbelum ni. darah keluar dekat kahak 1st smpai 3rd jer, lps dri xde dah tapi still risau jgk sbb sbelum ni 5 tahun dulu pnh kena tb dab paru2 berair serentak, tb kebetulan baru nak jadi and air dh nk penuh tank sbelah kiri. masuk wad keluar air 4 kali, 3 cucuk blkg 1 pakai tiub msk bwh ketiak dpt 1 5 liter, kluar wad lps 10 hari smbg mkn ubat tb 8 bulan sbb smoking kata doc. tu jela risau gak ni sbelum ni tb bru nk jdi so tanda2 mcm batuk darah mmg xde…