Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Tinggal 3 hari je lagi kita nak berpuasa di bulan Ramadhan. Anak-anak pun tak sabar nak berpuasa almaklumlah puasa tahun ni 2 minggu kena cuti sekolah. Ada chance lah mereka nak puasa sebab kurang letih. Sebab 1 hari bersamaan dengan RM5..Kalau puasa10 hari dah dapat RM 50. Kaedah ayah nak galak anak berpuasa.

2-3 hari lepas aku dah ternampak dah iklan hari raya kat tv. Cuma lupa tv3 atau astro. Ramadhan belum lagi bermakna Syawal lagilah belum. Namun kat tv dah keluar dulu iklan raya takde pulak ternampak lagi iklan nak puasa. Kengkadang rasa pelik jugak zaman sekarang ni, sebab zaman aku kecik-kecik dulu akan keluar dulu iklan puasa contohnya chef wan punye program memasak, iklan makanan dan minuman untuk berbuka puasa dan lain-lain lagi. Tapi la ni iklan pasal puasa aku tak nampak lagi tetapi iklan hari raya dah keluar.

bulan ramadhan

Berenti anak-anak aku main bila dengan irama lagu raya kat tv. “eh dah nak raya” – anak aku 5 tahun

“Raya ape kalau puasa pun belum”..aku pangkah

“tapi tu lagu raya” ..kenyataan anak

“tv tu tak pandai tak pernah puasa” ..ayat untuk mematikan sebarang persoalan lagi.

Mungkin jugak ini merupakan salah satu marketing strategi. Menggalakkan orang ramai untuk bersedia simpan duit untuk beli keperluan hari raya kot. Sebab kalau tak diiklan dari awal takut lah nanti orang taktau dan duit orang ramai dah habis beli produk lain. Mungkinlah..mungkin..aku bukannya pakar pasal marketing ni.

Kemudian setiap tahun mesti ada iklan hari raya yang menyentuh jiwa penonton samaada sedih atau gembira. Namun semuanya memberikan pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai. Sebab hari raya ini adalah satu masa yang sangat sesuai untuk umat islam mengeratkan lagi tali silaturahim. Sebab di lain waktu kita bukanya banyak kesempatan untuk berjumpa bersalam bersembang dengan saudara mara, jiran sekampung atau sesiapa sahaja.

Orang islam di Malaysia ni(taktau lah negara asia yang lain macam mana) memang sejak zaman berzaman diasuh menyambut hari raya aidilfitri ni secara besar-besaran. Ibu bapa biasanya sedih kalau anak-anak tak balik. Nilai bersama di hari raya adalah lebih besar maknanya berbanding hari lain. Dan tidak kurang juga berhabis duit untuk meraikan aidilfitri sampai berhutang sana-sini. Semua dalam rumah bertukar wajah. Sangat berbeza dengan negara-negara timur tengah(maklumat rakan-rakan yang belajar disana). Aidilfitri disana disambut secara sederhana sahaja. Tetapi mereka menyambut Ramadhan secara besar-besaran dengan masjid sentiasa penuh.

bulan ramadhan

Mencari keberkatan di Bulan Ramadhan

Eh kat Malaysia pun masjid penuh jugak tapi time terawih je la..

Aku harap bulan Ramadhan ini akan lebih menceriakan hidup kita semua. Walaupun tak boleh makan, tetapi keceriaanya adalah bersama amal ibadah yang dituntut oleh Islam. Moh kita tadarus al-quran, berbanyak bersedekah, bersederhana berbelanja dan terawih bersama. Eh banyak lagi sebenarnya..

Jadi dengan itu dengan lebih awal Olaoli.com ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua umat Islam semoga kita mendapat segala keberkatan dari Allah S.W.T.

 

(Visited 108 times, 1 visits today)
share
1 Response

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge