Tips post diindex dengan cepat di google

Tips post diindex dengan cepat di google

Tips post diindex dengan cepat di google

Kalu ikutkan dah lebih kurang 1 tahun 7 bulan aku berblogging di olaoli.com. Ni first time guna blog self-hosted menggunakan netkl. Alhamdulillah semakin hari nampak macam sedikit peningkatan samaada jumlah pelawat ataupun hasil dari blog ini. Dari dulu aku tak pernah berjaya dengan affiliate walaupun untuk jual satu unit pun. Tetapi sekarang berkat usaha dapat juga sell dari affiliate klikjer.com dari link di blog ini.

Bab hasil yang aku dapat tu..nantilah aku cerita. Lagipun bukan lah banyak manapun. Cuma telur busuk(kosong) telah dapat aku pecahkan. Sekarang ni yang aku nak share(ape yang aku tau je lah) ialah bagaimana nak post diindex dengan cepat di google. Ada beberapa langkah.

post diindex dengan cepat di google

Siapkan post dengan sasaran keyword

Ini biasalah bagi mana-mana blogger pun mesti tau bab ni. Kalau nak index ke apa ke pokoknya mestilah ada bina post dulu. Kalau tidak ada artikel so apa yang nak diindex. Dalam masa menulis artikel tu, biasanya kita akan buat sedikit kajian tentang keyword yang nak kita tekankan atau mau berada di page pertama google. Kalau aku, setiap post mengambil masa paling cepat pun 40 minit untuk disiapkan. Itupun kalau buat straight tanpa gangguan.

Ada sesetangah artikel sampai berhari-hari baru siap. Buat sikit-sikit sebab banyak sangat kekangan. tengah menulis tetiba “ayah nak susu!!”..kengkadang “abang, jom keluar jalan-jalan”..tak pun “hello bro, jom lepak-lepak sembang”. Itu semua gangguan yang menjadi punca kerja aku tertinggal dan tertangguh. Padahal idea tengah bercambah dan berkembang mekar.

Submit url post di google atau bing atau yahoo atau kesemuanya

Langkah seterusnya selepas je tekan button publish ialah submit url post tu ke google, bing dan yahoo. Biasanya aku buat satu je iaitu ke google. Masukkan url post terkini korang kat ruangan URL, tik im not robot dan submit request.

post diindex dengan cepat di google

Biasanya inilah langkah pertama aku buat selepas publish mana-mana post artikel. Kalau taktau nak cari kat mana, taip je submit url..nanti keluarla submit link dari pelbagai jenis search engine. Pilihla yang mana korang nak. Memandangkan orang Malaysia ni kebanyakannya tau google je, so submit kat google dah cukup.

Ping artikel post

Langkah ketiga aku akan ping url artikel tersebut selepas submit url di search engine. Ada beberapa tempat aku ping artikel dan yang paling kerap adalah di babab.net. Selain dari babab.net aku akan ping di pingler.com dan pingomatic.com. Mudah je hanya masukkan link sesuatu artikel, title(keyword) dan tick mana-mana category yang sesuai dan selepas masukan captcha code klik button ping.

Share di social media

Langkah seterusnya yang aku buat adalah share di media sosial. Media sosial yang aku guna tak banyak cuma di facebook dan twitter. Itupun bukanya ramai follower. Bagaimanapun ada juga pelawat yang masuk dari laman sosial walau tak banyak mana.

Lepas dah buat semua perkara di atas, try check di google samaada sudah diindex atau belum. Caranya pergi ke google dan buat seperti gambar di bawah

post diindex dengan cepat di google

Kadang-kadang ada artikel yang aku publish diindex tak sampai seminit pun. Kalau paling lama pun dalam lingkungan 1-5 minit sahaja. Perlu diingat, bila diindex bukanlah bermakna post korang dah muncul di page pertama google. Untuk dapat kan 10 rank teratas korang perlu bersaing dari aspek permainan SEO yang aku sendiri pun masih belajar. Ok harapan aku supaya post ini dapat membantu blogger terutama newbie yang mungkin tercari-cari maklumat untuk mempercepatkan blogpost korang diindex di google.

(Visited 470 times, 1 visits today)
    • saya pun try n error..pastu cari maklumat kat blog lain dan try amalkan..ya memang berkesan

  • Bagus tip ni..memang kadang2 terlupa semua ni..

  • Salah satu cara lain, komen kat blog yang ada authoriti bagus kat google search.

  • Betul semua cara ini nanti lama-lama kena explore banyak lagi tempat ping yang baik, komen di blog-blog authoriti dengan komen yang sesuai dan muhasabah juga berkesan

  • Terima kasih bos, Bagus benda ni, Aku tak tahu cara submit URL ni dan tak tahu kepentingannya.

    Tapi ini memudahkan kerja aku

  • Sharing yang sangat hantap! Yang ping ping tu ini baru saya tahu. Yeahaaaaa!

  • agak leceh sikit sebenarnya kena buat manual, tapi masih lagi berkesan, contohnya blogwalking ni

  • >
    %d bloggers like this: