Peralatan blogging saya
Peralatan Blogging
Nak jadi seorang blogger yang perlu memaintainkan blognya sudah pasti beberapa device atau peralatan diperlukan. Sebab banyak benda yang nak kena di ‘jaga’ setiap hari. Nak menulis post, nak layan komen pengunjung dan nak update status kat social media seperti di facebook, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Sebahagian blogger suka letak gambar kat post mereka dan ada juga yang mahu buat video. Jadi nak buat semua tu agak susah kalau berharapkan hanya kepada 1 atau 2 devices je. Sesetengah blogger mementingkan kualiti kerja dan mau hasilkan post yang menarik tertarik. Ye lah nak bagi pengunjung rasa seronok membaca kita mestilah sediakan ‘kerja’ yang berkualiti.
Kat bawah ni saya senaraikan beberapa peralatan blogging yang diperlukan oleh seorang blogger dan juga saya miliki. Tapi saya rasa ada lagi tu blogger-blogger otai yang lain guna koleksi peralatan blogging mereka.
Macbook pro
Ni macbook lama saya model pertengahan tahun 2012 bukan retina display. Dulu beli sebab memang minat sangat kat brand apple ni. Disamping pulak time tu takde lagi laptop cuma pc je, so memang agak lama lah jugak menyimpan duit nak pakai macbook. Dan alhamdulillah laptop mac ni dari segi prestasinya memang baik walaupun dah lebih 4 tahun pakai. Untuk blogging, macbook ni digunakan sepenuhnya untuk tulis post dan blogwalking. Takkan nak post guna ipad atau phone. Mau berhari baru siap. Lagi pulak laptop lebih selesa untuk menulis post berbanding pc sebab kadang-kadang menulis post atas tilam, depan tv atau kat sofa, boleh korang bayang kan macam mana nak bawak pc?
Note 4
Ini bukanlah phone utama, ni phone khas untuk blogging dan lain-lain kegunaan. Phone untuk urusan rasmi keluarga, pejabat, kerja saya guna iphone 5 yang dah berusia hampir 5 tahun. Dengan note 4 ni banyak membantu memudahkan kerja nak layan fb, nak post gambar kat instagram olaolico dan sesekali tweet di twitter @fadzliolaoli juga post kat google plus. Meh la join/follow saya ya sebab saya pun baru je setup segala semua tu. Setakat ni baru je beberapa orang yang follow. Selain kelebihan untuk posting dan blogwalking, kat smartphone membolehkan kita install banyak applikasi yang penting dan sangat membantu untuk melihat prestasi blog. Misalnya google analytic untuk melihat jumlah pengunjung, serp untuk melihat ranking keyword, maybank dan paypal untuk sebarang transaksi dan banyak lagi applikasi yang lain. Tak perlulah kita nak buka laptop untuk check benda-benda tu. Walaupun saya memiliki ipad 2, dengan adanya note 4 ipad 2 duk jadi mainan anak-anak je lah.
Dslr d7000 adalah peralatan untuk hasilkan gambar yang lebih cantik dan menarik yang boleh digunakan dalam post. Tetapi setakat ini, untuk blogging ni agak jarang saya gunakan pic yang diambil dengan dslr. Mungkin sebab post-post saya tak ada yang berkaitan dengan travel ke, produk ke atau apa-apa sahaja yang berkaitan aktiviti. Mungkin masa akan datang ada gambar yang best boleh saya attached dalam post olaoli.com ni. Bersama dslr ni ada beberapa peralatan yang digunakan bersama seperti tripod, speedlite dan remote.
Peralatan tambahan
Sebagai tambahan, blogging ni pun ibarat bisnes jugak. Aktiviti blogging perlu disusunatur dengan baik dan atas sebab itu kita perlukan sebuah planner untuk membuat catatan. Mungkin kalau blogger sepenuh masa mereka ada planner yang lebih advance, bagi saya yang baru setahun jagung ni cukuplah sekadar macam gambar di bawah tu je.
Kesimpulan
Peralatan blogging saya ni bukanlah dibeli khas untuk tujuan aktiviti blog. Semua tu dah memang ada sebelum berblog lagi atas tujuan lain. Cuma bila mula pandai bermanja nak jadi blogger ni, maka peralatan tu secara tak sengaja memang match la dengan keperluan saya.
[wdps id=”1″]
pehh..
leh tahan alat hang.
lagi mahal dari aku punya.
jeles betol.
Saya ada kamera handphone dan laptop acer sahaja tak mampu lagi nak beli Macbook
saya berblog hanya dengan PC dan HP…
kalo guna HP data guna banyak kan
Berkenannya planner tu.
Betul kata incik titan. Mahal2 belaka. 🙂
tak lah..barang murah je.. saya kumpul duit lama baru dapat beli
alat tu semua dah boleh travel satu dunia dah tu..hehe..masih lagi setia ngan Windows..tah bile la dapat beli mekbuk ni..kemain mahal sekarang
sebenarnya mekbuk tu hadiah dari isteri..nak beli pakai duit sendiri tak mampu hehe
Untungnya bro banyak gajet yamg boleh digunakan untuk kerja kerja blogging..
Saya cuma ada handphone cikai dan notebook sahaja..
sama.. wajib ada kesemua peralatan ni..
kalau begitu kita geng nik