Kamera DSLR semakin mendapat sambutan

Kamera DSLR semakin mendapat sambutan

Kamera DSLR

Sejak 3-4 tahun ni kamera dslr dah semakin mendapat sambutan terutama dikalangan muda mudi. Kalau 10 tahun yang lepas, agak asing nak melihat individu memiliki dslr sendiri. Kalau ada pun dikalangan fotografer je atau budak-budak universiti yang ambil kos berkaitan. Itupun kengkadang ada yang menyewa atau meminjam orang lain punye sebab memang mahal harganya di zaman tu. Sesekali dapat pinjam member punye dslr snap gambar bukan main seronok lagi.  Masa tu dah ada perasaan nak membazir duit untuk beli dslr, tapi mengenangkan duit yang ada adalah untuk makan dan belajar, so tanamkan dulu niat murni tu. Harga kamera dslr masa tu kalau D40 tu pun dah berharga RM2700. Belum lagi lens.

Impian Jadi Kenyataan

Bila aku bekerja gaji di bulan yang ketiga dah terpikir untuk beli dslr. Tapi sekali lagi aku hold dulu, sebab

kamera dslr
Nikon D3000 adalah basic dan sesuai untuk mereka yang baru hendak bermula dengan DSLR

rankingkeutamaan adalah selain menanggung keluarga adalah memiliki kereta, kawin dan beli rumah. Kalau 3 rank utama ni tak tercapai no handphone, no dslr, and no benda-benda merapu yang lain. Akhirnya selepas 4 tahun baru lah aku berlebih sikit duit untuk membeli first dslr iaitu D3000 khas untuk beginner. So lepas dapat dslr tu, hari-hari takde kerja lain asyik membelek dslr je. Tangkap gambar sana tangkap gambar sini. Isteri ngan anaklah menjadi mangsa model aku hari-hari. Memang dah macam jakun.Lepas setahun, aku mula rasa macam ada banyak kekurangan pada D3000 ni. Memang sebelum beli, ada member nasihatkan jangan beli beginner level. Namun ketika tu budget tak banyak mana so grab je D3000. Bila tak puas hati aku buat pembentangan pada menteri kewangan(isteri) untuk luluskan pembelian dslr kedua. Di sebabkan PR aku yang awesome, berjaya juga dapat kelulusan dan D7000 adalah hasilnya.

 

D3000 vs D7000

kamera dslr
Nikon D7000

Antara kedua-dua dslr ni memang banyak perbezaan. D3000 terlalu basic berbanding D7000. Namun kedua-duanya adalah DX crop dslr. Nak beli FX tak mampu le teman. Walaupun ramai otai-otai dslr menyatakan skill lebih penting dari spec gear, tapi aku menyatakan dengan gear(dslr) yang baik di tambah dengan skill maka gambar yang terhasil lebih menarik. Hahaha..ni kalau otai bace ni kena sound aku ni. Hari ahad, kalau tak memancing biasanya aku akan outing bersama 2-3 orang rakan pergi ke pantai, pasar malam, ke tepi hutan dan beberapa tempat. Sesekali kami outing malam pergi dok main light trail kat tepi-tepi jalan. Masa mula-mula memang kerap la, tapi dah 3-4 tahun ni kurang dah sikit aktiviti tu sebab dah bertambah komitmen(anak makin ramai).

Fotografer Wedding

Ya aku pernah buat bisnes ni sekejap. Seingat aku ada 6 kali job sebagai fotografer orang kawin aku ambil. Asalnya bukan terpikir pun nak bisnes tu, ia terjadi secara tidak dirancang. Masa seorang sepupu kawin, masa tu time school holiday so semua fotografer dah full booking. Dia nampak aku duk usung sana sini dslr, terus dia mintak aku jadi fotografer. Dah kesian aku on je la tapi aku tak janjikan gambar tu lawa. Sebab tak berapa confident dan rasa malu-malu, aku minta 2 orang member outing join aku. Dari situ la mulanya aku ambil job wedding fotografer ni. Tapi tak lama sebab aku tak minat buat kerja tu dan tidak menguntungkan sangat.

Lens Dslr

Ada beberapa lens dalam simpanan aku. Tapi dalam banyak-banyak lens, 50mm prime lens lah  menjadi faveret aku walaupun itulah lens termurah yang aku beli. Sebabnya aku ni minat ambil gambar potrait. Gambar anak, gambar isteri dan keluarga berlambak dalam laptop dan semuanya dari jasa 50mm. Hasil bokehnya yang creampie tu menjadi kesukaan aku. Kalau lens yang lain jarang-jarang aku guna. Sesekali aku guna 11-16mm untuk ambil landskap. Paling kesian Tamron 90mm micro yang jarang beroperasi. Rasa macam nak jual balik pun ada.

Next time aku nak buat post pasal lens pulak. Aku ni suka cerita benda-benda hobi ni. Terutama kalau melibatkan hobi aku sendiri hehehe.. Jangan korang kata aku ni belagak ke ape, just berkongsi hobi dan mungkin hobi kita pun sama.

 

(Visited 549 times, 1 visits today)
  • ya saya pun dengan D7000 rasanya dah cukup sangat dengan level saya

  • DT ada dslr. tapi sekarang tak tau letak mana.
    sebab tak de time nak main.
    sibuk aje.

  • setakat ni mampu pinjam aje.

    nak beli nih..lom masanya lagi. hehe

  • >
    %d bloggers like this: