Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Cara mengurangkan belanjawan untuk tahun 2017

Sebelum ini saya ada menyenaraikan tips berjimat, kali ni saya mahu berkongsi tentang  rancangan yang disusun untuk mengurangkan belanjawan dan dlam masa yang sama meningkatkan simpanan. Tahun 2017 ni adalah tahun yang mencabar disebabkan ekonomi negara yang kacau bilau terutama selepas kenaikan harga barangan dan pemotongan subsidi. Sebagai rakyat biasa yang berkerja makan gaji, kenaikan barangan harian sangat tinggi berbanding dengan kenaikan gaji tahunan memang membebankan.

Pada pemerhatian saya kos pampers, yuran tadika, susu dan banyak lagi telah meningkat melebihi 20% dari harga asal di tahun 2014. Itu belum lagi kos makanan, pakaian, buku dan barangan lain. Oleh sebab itu saya telah menyusun satu rancangan yang boleh mengurangkan belanjawan dan meningkatkan simpanan.

Mengurangkan belanjawan makanan

Perkara pertama dalam rancangan mengurangkan belanjawan adalah kos makanan di rumah. Sebelum ni kebiasaanya kalau tak sempat kami suami isteri akan beli makanan dari luar. Kos beli makanan siap ni memang besar. Untuk sekeluarga makan tengahari boleh mencecah RM30 atau lebih. Maklumlah keluarga saya ni agak ramai dan anak-anak juga kuat makan.

Kebiasaanya sebulan 24 hari berkerja, kalau didarabkan sebulan makan tengahari sahaja sudah RM720. Rancangan untuk mengurangkan belanjawan dalam aspek makanan ialah memasak waktu pagi sebelum pergi bekerja dan kemudian panaskan kembali untuk dimakan tengahari.

Kos bahan mentah untuk makanan

Jenis bahan mentah untuk memasak juga telah saya susun supaya dapat mengawal perbelanjaan. Seminggu sekali dirancang ayam, daging, ikan dan sayur dalam jumlah yang sesuai untuk sekeluarga. Ayam dan daging dibeli seminggu sekali dan boleh disimpan dalam freezer. Manakala ikan dan sayur mungkin perlu di beli secara berkala sebab tidak begitu sesuai untuk disimpan lama-lama sehingga 4-5 hari. Membeli sekaligus adalah lebih menjimatkan kos jika pergi ke pasar setiap hari terutama kos minyak.

Kurangkan kos bil

Yang seterusnya saya menekankan bagaimana untuk mengurangkan belanjawan pada bil-bil seperti bil telefon, streamyx, astro, elektrik dan air. Bagaimanapun saya tidak mengalami masalah pada kebanyakan jenis bil bulanan kecuali bil elektrik. Kebiasaanya bil elektrik saya sebulan adalah antara rm350-rm400. Kesilapan saya juga sebab membiasakan anak-anak guna aircond sejak kecil. Namun dengan garis panduan yang saya tetapkan adalah on aircond hanya waktu malam sahaja dan kipas di waktu siang.

Menyimpan RM seringgit setiap kali ke kedai

Mungkin anda yang membaca plan ni rasa macam pelik, tapi sebenarnya agak berkesan. Caranya setiap kali anda membeli barangan walaupun barang tu semurah mana pun, pastikan anda ambil RM1 dan masukkan kedalam tabung simpanan. Kalau sehari anda membeli barang 5 kali maka anda akan menyimpan sehingga RM5. Anda boleh cuba, pasti berkesan menambah duit simpanan tanpa sedar. Cumanya jangan pula digunakan duit simpanan tu kembali. Hujung bulan anda kira balik berapa semua duit yang anda telah kumpul dengan kaedah ini. Dari situ kita akan tau berapa kali sebulan kita ke kedai atau pasar.

Membeli ketika discount di online store

Saya merancang kaedah ini untuk membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Misalanya pampers anak-anak, ada masanya di Lazada menawarkan discount sebesar 60% dengan kos penghantaran percuma ke seluruh semenanjung Malaysia. Inilah peluang yang sangat baik untuk mengurangkan belanjawan bulanan. Untuk tahun ni, insyaallah pampers yang saya beli di Lazada pada bulan 12 yang lepas mampu menampung keperluan sehingga 5-6 bulan.

Mengurangkan belanjawan untuk barangan mahal

Sehingga kini saya masih lagi pengguna herbalife sebagai supplement untuk kesihatan. Dengan langkah terbaru ini saya perlu mengurangkan sehingga 50% pengambilan terutama F1 dan F3. Lagipun dengan kenaikan harga produk herbalife adalah tidak bijak jika saya mengekalkan pengambilan dengan kekerapan yang sama. Atau mungkin boleh digantikan dengan produk lain yang lebih murah.

Kos perbelanjaan sekolah anak.

Mengelakkan cas tambahan untuk anak yang masih berada di tadika. Tadika akan mengenakan charge tambahan jika ibu bapa ambil anak lewat walaupun cuma 15 minit. Jadi lepas ini saya perlu ambil anak on time untuk mengelakkan cas tambahan yang agak besar. Kemudian membiasakan anak-anak yang berada di sekolah rendah membawa bekal makanan ke sekolah. Lagi pun saya dulu sampailah sekolah menengah masih lagi bawa bekal makan ke sekolah. Lagipun makanan yang dibawa dari rumah lebih baik dan bersih serta kuantiti yang mencukupi.

Kos minyak

Disebabkan harga minyak yang dah naik ni, merancang untuk mengurangkan belanjawan bulanan minyak adalah perlu. Caranya adalah mengurangkan perjalanan kereta seperti tidak lebih dari 2 kali keluar dari rumah. Merancang ke kedai atau pasar sekali atau 2 kali seminggu. Itupun boleh disekalikan ke kedai dalam perjalanan balik dari tempat kerja.

 

Kesimpulan

Demikianlah 8 perkara yang saya senaraikan dalam perancangan untuk mengurangkan belanjawan di tahun 2017. Dengan kos semakin meningkat, mahu atau tidak bukan sahaja saya malah sesiapa sahaja perlu berbelanja dengan berhemah. Simpanan perlu ada untuk tujuan kecemasan yang tidak dapat dijangka.

Lebih baik beli atau sewa rumah

Sebelum ini aku pernah berkongsi satu artikel iaitu beli kereta baru atau terpakai. Kali ni aku nak share pula pendapat dan pandangan aku tentang yang mana lebih baik beli atau sewa rumah.
Beza raya dulu dengan raya sekarang
Hari ni hari raya kedua. Teringat nostalgia lama hari raya ketika zaman kecil dengan adik-adik. Bila tengok anak-anak terasa apa yang mereka lalui ni macam kosong sangat. Mungkin zaman
Selamat Hari Raya kepada pembaca olaoli.com


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 kepada rakan-rakan blogger, pembaca Olaoli.com dan sesiapa saja yang sudi bertandang ke blog picisan ini. Maaf zahir dan Batin jika tulisan
Berhari raya di perantauan
Tinggal hanya beberapa hari je lagi semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri dan berakhirnya bulan mulia Ramadhan. Ramadhan yang banyak  meninggal kenangan sepanjang hidup aku. Tahun
Amalkan Berocca di bulan Ramadhan
Dekat 4 bulan tak buat apa-apa post. Baru hari ni bukak balik tengok komen2 yang masuk. Ya sepertinya tahun ni memang aku sedikit trauma dengan pelbagai perkara yang berlaku akhir tahun
Buku-buku hartanah dalam koleksi olaoli
Aku adalah seorang yang agak rajin membaca cewahh... selepas lama tak posting terus ayat pertama memuji diri sendiri. Tapi memang benar aku memang rajin membaca. Taktaulah kenapa..sejak
Traveloka Fly & Win CNY Contest
Siapa yang nak melancong dengan penerbangan dan penginapan percuma? Ini peluang anda kerana sempena Tahun Baru Cina, Traveloka kini menganjurkan Traveloka Fly & Win CNY Contest bermula

 

(Visited 114 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
share
4 Responses

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)

RSS
Facebook
Google+
http://olaoli.com/mengurangkan-belanjawan">
Instagram