Tips Berjimat Yang Berguna
Tips Berjimat
Kali ini secara ringkasnya saya nak berkongsi beberapa kaedah atau tips berjimat. Mungkin ianya dapat membantu anda bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan simpanan atau tabungan. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, mahu atau tidak kita mesti menguruskan perbelanjaan keluarga dengan bijak.. Lagipun Islam menggalakkan umatnya agar berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran.
Menyenaraikan semua jenis perbelanjaan
2-3 hari sebelum dapat gaji, anda sepatutnya sudah menyenaraikan semua jenis perbelanjaan untuk sebulan. Kesemua aktiviti yang perlu mengeluarkan kos perlu disenaraikan pada satu lembaran kertas dan masukkan ke dalam fail. Anda perlu menyediakan 1 fail untuk menyimpan semua transaksi dan bil untuk memudahkan anda melihat kembali untuk bulan yang akan datang.
Pastikan juga kesemua perbelanjaan yang berlaku di luar senarai awal perbelanjaan anda juga dicatatkan. Rasionalnya adalah untuk memastikan setiap sen yang keluar kita ketahui apa tujuannya. Walaupun ianya sangat remeh, namun apabila sudah biasa anda pasti dapat menyediakan laporan perbelanjaan setiap hujung bulan dengan baik.
Mendahulukan perbelanjaan yang penting
Ketika menyenaraikan perbelanjaan, anda perlu menyenaraikan perbelanjaan yang penting dan wajib dahulu misalnya makanan, sewa rumah, ansuran kereta dan lain-lain lagi. Peruntukan untuk perkara wajib mestilah sentiasa mencukupi namun jangan terlalu besar dan mewah. Sebagai contoh kos untuk ansuran kereta, gunalah kereta yang sesuai dengan pendapatan sekeluarga jangan beli kereta yang terlalu mahal untuk anda. Kerana pembelian kereta yang lebih mahal memerlukan anda menyediakan peruntukan tambahan seperti penyenggaraan dan insuran yang tinggi. Sebaik-baiknya peruntukanpurata ansuran, penyenggaraan dan insuran kereta terbaik adalah maksimum 10% dari pendapatan sekeluarga anda sebulan.
Elakkan melanggan perkara yang tidak begitu penting seperti gadjet, pakaian, hobi
Ini adalah tips yang penting perlu diambil perhatian untuk berjimat. Hindarkan dari membeli barangan atau perkara yang tidak penting dan bukan keperluan. Anda perlu tahu mebezakan apa itu kehendak dengan keperluan. Keperluan adalah perkara asas untuk manusia meneruskan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian. Manakala kehendak adalah perkara yang melengkapkan keperluan manusia seperti rumah yang cantik, pakaian yang cantik dan mahal. Kehendak juga dipengaruhi oleh kemodenan teknologi terkini, peningkatan pendapatan dan citarasa.
Namun penggunaan handphone yang 20 tahun dulu adalah kehendak kini telah berubah menjadi satu keperluan memandangkan ianya sangat penting untuk memudahkan urusan manusia. Bagaimanapun kita pelu elakkan dari membeli atau menggunakan smartphone yang terlalu mahal. Sesetengah pembaziran berlaku apabila terpengaruh dengan teknologi terkini sehingga sanggup berhabis untuk membeli brand smartphone yang mahal.
Begitu juga dengan pakaian, elakkan membeli pakaian yang berjenama mahal, beli je pakaian yang murah atau sederhana harga. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu jenama sampai sanggup berhabis.
Mengecilkan perbelanjaan seminima yang boleh – astro. guna sahaja njoi
Seterusnya adalah anda perlu bertindak untuk mengecilkan perbelanjaan bulanan anda seminima yang boleh. Antaranya ialah astro, streamyx, bil elektrik dan bil telefon. Untuk astro anda boleh saja keluarkan sekali kos menggunakan astro njoi tanpa perlu apa-apa komitment bulanan. Begitu juga dengan bil streamyx, hanya perlu subscribe package yang murah jika anda memang hanya menggunakan untuk kegunaan biasa. Namun jika anda seorang usahawan internet mungkin anda perlu internet berkelajuan tinggi yang memerlukan anda subscribe pada package yang lebih baik.
Kesimpulan tips berjimat
Tujuannya berjimat adalah untuk mengurangkan perbelanjaan anda dan dalam masa yang sama meningkatkan simpanan. Berjimat juga adalah penting untuk mengelakkan dari berbelanja kepada perkara yang membazir dan tidak perlu. Setiap ringgit yang kita terima dari gaji mestilah dibelanjakan dengan sebaik-baiknya.
memang menaikkan darah saya bila dapat call dari astro tak berhenti2…suruh tambah duit untuk pelan dia ntah apa2…sekrang ni saya amik yg paling murah rm40++ kadang2 2/3 hari tak bukak tv pun…nak tambah belanja sekrang ni memang kena pikir beratus2 kali
Eh sama lah kita. Nanti sy buat satu post pasal pengalaman menyakitkan hati dengan astro ni
ramai yang komplain kan ble gaji tak cukup. sebenarnya lebih dari cukup kalau tak kalah dengan nafsu
Ya sebab kita terpengaruh dengan gaya hidup mewah
Sudah berusaha untuk berjimat tetapi tidak dapat mengekang kenaikkan harga barang. Mahu tidak mahu mencari duit sampingan untuk menanggung kos sara hidup.
Yes bro..memang pendapatan dah tak cukup nak cover kenaikan barangan. Namun masih boleh dikurangkan defisit dengan berjimat cermat
sekali boleh berjimat, kita kena jimat.
hidup ni tak lama.
Betul bro. Seeloknya kita berjimat dan menyimpan untuk anak2
Memang kat rumah nu guna siaran tv yang FREE ja, astro,njoy semua tak ambil pakej..perbelanjaan yang penting banyak untuk anak-anak
insyaAllah boleh dipraktikkan. memang kena berjimat skrg ni
Meletakkan sesuatu pada kemampuan diri.. kadang gaya hidup memainkan peranan.. katakan semenjak kecik dah terbiasa makan mewah.. bila tiba dah dewasa perlu hidup sendiri terbawa2 cara hidup sebegitu.. mindset penting