15 Idea Perniagaan Internet
Idea Perniagaan Internet
Kali ini saya nak berkongsi 15 idea perniagaan internet yang boleh diceburi untuk menambah income anda. Sebahagianya saya sendiri ‘mengaktifkan’ diri dan sebahgiannya hasil dari kajian dan pemerhatian terhadap perkembangan dunia internet marketer. Pernigaan internet juga membuka peluang kepada golongan suri rumah untuk menceburi bidang perniagaan membantu suami menambah pendapatan.
IDEA 1#
Sebagai penasihat SEO. Ramai blogger di internet yang masih lemah dalam teknik seo. Kebanyakan perniagaan yang mereka lakukan tidak begitu menjadi akibat lemahnya dalam menguasai ilmu SEO. Kandungan blog atau website tidak mendapat tempat yang baik di engine pencari . Anda boleh membantu dengan cara menyediakan perkhidmatan memberi nasihat atau mengambil upah seo untuk meningkatkan kedudukan website. Idea ini memerlukan anda memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam Search Engine Optimization.
IDEA 2#
Web designer/Graphic Designer. Jika anda seorang yang kreatif dan pakar dalam rekabentuk grafik atau web, ini adalah peluang yang sangat baik. Semakin hari semakin banyak perniagaan yang muncul dan dipasarkan melalui internet. Permintaan untuk mendapat designer web, banner, logo dan ecover semakin meningkat. Untuk pasaran Malaysia, persaingan designer website masih rendah.
IDEA3#
Penulis. Permintaan untuk mendapatkan artikel yang baru dan terkini sentiasa ada. Banyak website, blogger dan internet marketer memerlukan content yang fresh dan sesuai dengan tema mereka. Kebanyakan company lebih suka outsources kerja-kerja penyediaan artikel dari menggaji pekerja tetap. Tidak hairan ramai freelancer yang bertindak sebagai penulis dengan mengambil job dari syarikat- syarikat ini.
IDEA 4#
Translator/penterjemah. Job ini semakin mendapat permintaan dikalangan penulis ebook. Sebagai contoh jika seorang penulis ebook dari England, ingin mengeluarkan ebooknya di dalam bahasa melayu khas untuk pasaran Malaysia dan Indonesia, beliau akan mencari seorang penterjemah untuk menterjemah ebooknya ke dalam versi bahasa melayu.
IDEA 5#
Perniagaan Domain. Perniagaan ini perlukan kos dan skill untuk membeli domain. Domain ini boleh diistilahkan sebagai real estate versi online. Domain umpama sebidang tanah yang perlu dibeli dan kemudian domain yang sama tidak boleh digunakan oleh orang lain. Domain.com pada mulanya beharga kurang dari USD50. Tetapi 5 tahun kemudiannya domain.com telah dijual pada harga berpuluh ribu dollar.
IDEA 6#
Affilate marketing merupakan kaedah pemasaran yang digunakan oleh pengeluar product untuk memasarkan product mereka. Internet marketer akan bertindak mempromosikan sesuatu produk dengan lebih luas. Setiap jualan yang terhasil mereka akan menerima komisyen yang ditetapkan oleh pengeluar produk. Sebagai contoh, sebuah panduan perniagaan internet telah dikeluarkan dengan harga RM 100. Setiap affiliate marketer akan diberi 5o% komisyen dari harga jualan setiap product yang terjual.
IDEA 7#
Servis membina video. Kaedah marketing melaui video menjadi pilihan utama untuk internet marketer. Video yang dihasilkan akan di publish ke youtube untuk meningkatkan lagi hasil jualan. Tidak semua internet marketer mempunyai skill untuk membina video. Masa juga diperlukan untuk membiina video. Kebiasaanya mereka akan outsources job ini kepada orang lain untuk memudahkan kerja mereka.
IDEA 8#
Jika anda mempunyai idea dan pengetahuan tentang sesuatu perkara, anda boleh menghasilkan sebuah ebook panduan. Misalanya anda pakar dalam penanaman hidroponik, terjemahkan idea itu ke dalam sebuah ebook panduan yang boleh membantu orang ramai untuk menanam tanaman sayuran hidroponik. Telah ramai usahawan ebook yang berjaya hasil dari jualan idea mereka.
IDEA 9#
Servis membuat resume, proposal dan thesis. Jika anda seorang student IPT atau seorang yang terlibat dalam bidang pendidikan, anda boleh memasarkan perkhidmatan untuk menyediakan resume untuk pencari kerja, proposal dan thesis bagi tujuan akademik. Pasarkan servis anda dimana-mana site yang sesuai.
IDEA 10#
Membina applikasi. Terdapat beribu-ribu applikasi di store IOS dan Andoid. Applikasi bertujuan untuk memudahkan orang ramai di dalam kehidupan moden ini. Siapa sangka applikasi mencari parking kereta boleh menghasilkan subscriber berjumlah beribu-ribu pengguna. Jika anda mempunyai skill coding, anda boleh menyediakan applikasi yang berguna kepada orang ramai. Selain itu jika anda tidak mampu membina sendiri anda boleh dapatkan bantuan freelancer yang pakar dalam penyediaan applikasi.
IDEA 11#
Blogging. Kalau anda seorang yang mempunyai skill penulisan yang baik, anda perlu memiliki sebuah blog dan bergelar blogger. Jika anda telah mempunyai blog dan memiliki jumlah pelawat yang ramai, blog anda berpotensi untuk menyediakan servis pengiklanan seperti banner atau membuat review product. Syarikat-syarikat pengeluar produk di internet akan mencari anda dalam membantu mereka mempromosi produk dan tujuan branding.
IDEA12#
Trader Forex. Jika anda seorang yang pakar dalam bidang forex, anda boleh menyediakan perkhidmatan berbayar seperti penghantaran signal entry dan penyediaan indicator. Trader Forex sentiasa mencari indicator-indicator terbaru dan signal entry yang terbaik.
IDEA 13#
Sangat sesuai untuk individu yang bergelar guru dengan menyediakan kemudahan kelas tambahan atau tuisyen didalam talian. Ramai ibu bapa kini sanggup mengeluarkan kos untuk anak mereka belajar melalui talian seperti skype. Kelebihannya adalah seorang guru boleh focus mengajar seorang student sahaja.
IDEA 14#
Jualan barangan fizikal. Anda boleh menghasilkan satu laman web kedai online untuk menyenaraikan barangan atau produk untuk dijual. Dalam laman web kedai online biasanya lengkap dengan maklumat produk dan juga kaedah pembayaran yang sangat memudahkan pembeli membuat transaksi. Banyak produk fizikal di pasaran seperti produk kesihatan, tudung, pakaian, barangan terpakai dan lain-lain lagi. Anda juga boleh memasarkan produk anda di media social seperti facebook.
IDEA 15#
Dropsipper. Dropshipper juga boleh dikatakan sebagai affiliate marketer cuma ia melibatkan barangan fizikal. Dropshipper tidak menyimpan stok sebaliknya mereka bertindak menjadi orang tengah dan mengambil keuntungan dari perbezaan harga jualan dan kos dari pengeluar produk. Dropshipper hanya mencari pelanggan dan segala urusan penghantaran akan diuruskan oleh pihak drophsip.
Terdapat beberapa kaedah pengiklanan untuk 15 idea perniagaan internet di atas.
1# Menggunakan facebook. Anda boleh mempromosikan produk di facebook untuk mendapatkan jualan. Kaedahnya dengan mewujudkan sebuah fan page atau jika mempunyai sedikit modal, anda boleh menggunakan facebook ads.
2# Ebay dan Amzon adalah portal jualan di peringkat international yang menyediakan prospek pembeli yang sangat tinggi. Beribu-ribu orang prospek dari seluruh dunia akan melihat produk anda.
3# Mudah dan lelong pula merupakan portal jualan di dalam negara yang mendapat sambutan tinggi.
4# Duriana pula merupakan portal jualan barangan terpakai yang semakin meningkat naik dan banyak menyenaraikan barangan-barangan gajet dan elektronik.
5# Freelancer.com menyediakan peluang kerja yang banyak kepada anda. Jika anda mempunyai kemahiran seperti menulis, designer, coding, translator dan seo maka freelancer tempat yang sesuai untuk mendapatkan job contract.
6# Selain freelancer.com, anda juga boleh pergi fiverr.com kerana disitu anda boleh menyenaraikan apa- apa skill dan kebolehan anda dengan bayaran setiap gig atau job serendah USD5.
7# Jika anda seorang yang mahir dalam membina website dan blog, anda boleh membina blog atau website dan senaraikanya di laman web Flippa.com. Flippa adalah portal untuk orang ramai menjual dan membeli website atau blog.
15 idea perniagaan internet di atas adalah jenis-jenis perniagaan online yang boleh diceburi. Sebahagian dari 15 idea perniagaan internet tersebut saya sendiri telah ceburi untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Berdasarkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, menceburi perniagaan di internet adalah satu langkah yang terbaik. Berbanding dengan perniagaan offline, perniagaan online hanya memerlukan kos yang minima dan ada yang hampir tiada kos. Risiko kerugian akan dapat dikurangkan ke tahap paling minima.
all your 15 ideas were great but out of those, 15th one is really superb, thanks for sharing
menjadi blogger memang super mas..
cuma ngak dapat income banyak je mas..
namun best sebab menulis blog dapat kepuasan walaupun tiada income fix setiap bulan..
sumber nak buat duit banyak, tinggal nak pilih mana yang kena dengan jiwa kita je 😉
kesimpulannya banyak boleh dibuat, tinggal pilih dan usaha sahaja
Banyak sungguh sampai tak terkata, pilih saja mana yang berkenan nak buat bisnes internet kan?
saya dah buat bisnes internet full time 🙂
bestnya, nanti sharelah dalam blog ya
Idea lengkap sama ada hendak beraksi di pentas tempatan atau antarbangsa hehe.. apa yang penting pilih salah satu dan fokus yang tu dahulu… diri sendiri pernah alami… semua nak try.. asal nampak orang boleh buat duit semua nak try.. akhirnya tersungkur…
Saya pilih blogging. Walaupun hasilnya ciput, tapi boleh rasa puas bila baca komen-komen penggunjung. Rasa macam dapat sumbang sesuatu kepada dunia. Cewah…