Author: olaolico

Kereta Kancil Idamanku berzaman

Kereta Kancil Idamanku berzaman

Today I want to share my kebanggaan iaitu memliki kereta kancil.

Mesti garu kepala orang baca cerite ni. Takkan kancil pun nak bangga? Kancil je pun..

Ya betul memang bangga.Dah bermacam kereta aku guna dan bertukar ganti but... memliki kancil ni feelnya lain macam. Bila ada kancil sekor ni parking kat depan rumah suasana parking jadi lebih ceria dan harmoni.

Apa specialnya kancil ni? Meh aku ceritakan. Ada sejarahnya…

Rasanya semua orang tau kereta kancil ni ada lah first product dari perodua. Kalau tak silap launch tahun 1994. Kalau ikutkan masa tu aku darjah 6.

First time aku merasa naik kancil ni  awal tahun 2000 bila arwah Pak Alang aku beli kereta ni. Tak silap rasanya dia beli harga dalam 24k. Ingat-ingat lupa.

Pergh best betul feel dapat naik kereta kancil. Memang patutlah perasaan tu ada pada aku yang keluarga takada kereta. Zaman tu kat kampung beberapa orang je yng ada kereta.

Seingat aku era tahun 2000 dan ke bawah dikampung tu hanya ada 4 orang je yang ada kereta. Apatah lagi kalau kau ada kereta kancil yang beli baru bukan terpakai.

Dapat naik rasa kaya sangat walaupun menumpang.

Masa di UiTM dan bergelar seorang mahasiswa, pengetahuan aku tentang kereta semakin bertambah. Dah mula dah kenal kereta-kereta lain. Wira, Satria, termasuk la beberapa model kereta honda dan Toyota.

Sebabnya walaupun aku ni dari keluarga miskin, tapi ramai kawan-kawan dari golongan orang berada. Selalulah diajak menumpang kereta diorang. Ada juga yang guna kereta kancil.

Ada yang mak bapak hadiahkan untuk kegunaan di kampus.

Dalam masa sama ada student yang berada dan brilliant buat bisnes kereta sewa dalam kampus.

Aku antara orang yang selalu menyewa kereta. Sesekali share dengan kawan sewa kancil. Kadang-kadang dengan awek..opsss..bukan nak buat benda pelik ye.

Kemudian dah habis belajar alhamduliilah masuk alam pekerjaan masa tu dah bergaji dan ada duit tapi...aku tak beli pun kancil.

Bukan tak terpikir padahal murah je cost kancil ni. Tapi situasi ketika tu yang tak sesuai pakai kereta sekecil kancil ni.

Aku dapat kerja je terus kawin.(25 tahun dah kawin bos) Ramai member tanya apasal aku nak kawain cepat sangat. Senang je aku jawab.

“ 25 tahun aku tahan bro dah tak tahan dah skrg“

Sesiapa nak pinjam ayat ni boleh je aku kasi pinjam.

Tapi lepas tu orang tak tanya dah.

Sambung balik.

Isteri bunting pelamin. Bersalin ceaser tak cukup bulan untuk keluarkan kembar. Dah dekat nak bersalin tu baru beli kereta. Gen 2 terpakai.

Kalau ambil kancil memang maintenance dan kos murah tapi kecik tak selesa ada anak 2 orang.

Bila dah ada anak habis lupa pasal nak ada kereta kancil sehinggalah hujung tahun 2021. Ketika tu  ada duit lebih dan kebetulan pulak tersua orang yang kesempitan nak jual kancil perlukan duit cepat.

So aku ambil la peluang tu ambil seekor kancil bewarna hijau yang kemudian aku namakan sebagai GREEN SPARROW walaupun beliau bernama kancil.

kereta kancil idaman

Kat bawah ni aku belanja la sikit gambar-gambar awal green sparrow ni. Masa ni belum lagi ubah apa-apa.

kereta kancil lompat

Niat beli ni memang nak buat cantik-cantik ikut kehendak hati. Namun...semuanya perlukan kos. Tambah lagi kalau nak bakai bodykit L2 atau L2s. So buat sikit-sikit  ikut kemampuan je . Yang penting aku dah ada kancil.

kereta kancil hijau modify

Visi aku pada green sparrow ni adalah focus pada 4 bahagian

  • Engine dan gearbox nak sederhana atau kuat dan tahan
  • Keselesaan pemanduan kena buat absorber dan lain-lain
  • Interior yang kemas dan selesa
  • Exterior yang ranggi dan nampak sporty penuh kemarahan

Tapi kena kayuh pelan-pelan. Sebab semunya perlukan ongkos.

Next post aku update lagi apa lagi yang aku dah buat kat green sparrow ni sikit-sikit.

Olaoli 2022/2023

Olaoli 2022/2023

Sekian lama blog ni di penuhi dengan sawang dan lelabah barulah hari ni di bulan ini dan di tahun ini mood menulis kembali. 2 tahun lebih mood menulis hilang akibat pkp. Dalam 2 tahun ni jugaklah bermacam kejadian pahit dan manis dilalui. Alhamdulillah kini olaoli.com cuba merajinkan diri untuk mengemaskini blognya yang semakin usang. 

Dulu ramai pembaca blog ni dikalangan blogger. Cuma sekarang ni visitor memang kurang sangatlah. Untuk setiuasi hari ni rakyat negara ni sedang fokus kepada perkara besar iaitu menghadapi Pilihan raya ke 15 pada 19/11/2022. Insyaallah kita akan menentukan parti untuk membentuk kerajaan yang baru nanti. Harap anda semua termasuk aku dapat membuat keputusan terbaik untuk menjalankan Amanah yang diberi.

Buat masa ni, nak memulakan penulisan di blog yang telah sekian lama ditinggalkan memang terasa payah. Terkedek-kedek mencari idea. Tulis padam tulis padam… takpe, kita try lagi sampai dapat balik gaya kita Kembali. Ilmu seo pun dah karat. Taktaulah apa update seo terkini di google. Banyak nak kena study balik ni. 

Bayangkan last post januari 2020. Masa tu virus covid dah kedenganran dah tapi masih belum lagi merebak ke Malaysia. Baru kat Wuhan. Lepas tu habis satu dunia. Teman salah seorang insan yang diberikan Allah ujian apabila terkena jangkitan covid 1 keluarga. Memang sangat menguji kesabaran keimanan. 

Tapi tahun ni adalah tahun yang paling menguji apabila bermacam ujian dari Allah termasuklah lah pemergian ibu tercinta selama-lamanya. Sangat perit bila manusia masih hidup bergelar ibu yang paling disayangi pergi meninggalkan kita. Setengah nyawa rasa hilang. Tapi tulah.. semuanya atas kehendak yang Esa.

Namun kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa redha atas qada' dan qadar. Kita kena sedar, dalam hidup ni lebih banyak benda yang kita ingini tidak tercapai dari yang dicapai. Sebagai hamba, setiap manusia perlu bersyukur setiap nikmat yang diterima.

Wawasan 2020 – apa ceritanya?

Wawasan 2020 – apa ceritanya?

Tahun 2020 yang dijangka tahun di mana Malaysia akan bergerak masuk ke kumpulan negara maju nampaknya hanya tinggal harapan dan kenangan. Banyak perkara yang menyebabkan impian ini tidak menjadi kenyataan. Walaupun ia sebenarnya sudah pun berada di landasan yang betul. Ini yang kita selalu dengar dari mulut-mulut orang tua iaitu kita hanya mampu merancang dan berusaha namun  Allah yang tentukan pengakhirannya.

"Pembolehubah" yang menjadi punca kegagalan mencapai Wawasan 2020

Banyak sebab yang menggagalkan kejayaan wawasan 2020 yang di ideakan oleh Tun Mahathir ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri ke 4. Bagi hamba kesemua sebabnya adalah kelemahan pemimpim Malysia sendiri. Bukan salah covid 19. Wabak ini hanya merebak di Malaysia pada tahun 2020 sahaja sedangkan perjalanan mencapai wawasan 2020 bermula sejak tahun 90an lagi.

Ketiadaan pemimpin yang cekap dan bijak

Mungkin anda katakan hamba ni buta apabila menyatakan kita "miskin pemimpin yang cekap dan bijak". Tapi anda perlu menerima realiti sebenar bahawa kita kekurangan pemimpin yang idealistik selepas era kepimpinan Tun Mahathir Mohammad. Memang benar perdana menteri seterusnya seperti Tun Ahmad Badawi, Dato seri Najib Tun Razak dan terkini Tan Sri Muhyidin Yasin telah berusaha untuk membawa kemajuan kepada rakyat dan negara Malaysia. Namun mereka mempunyai banyak kelemahan sehingga terpaksa melepaskan jawatan sebagai perdana menteri. Terkini PM ke 8 juga pada pandangan hamba tidak mampu mengekalkan kuasa politik dan jawatan sebagai Perdana Menteri lebih lama memandangkan sokongan majoriti yang sangat tipis.

Tanpa mempunyai sokongan politik yang kukuh sebarang usaha untuk membawa perubahan pasti akan terganggu. Sebab itu hamba katakan ianya berbeza di era Tun Mahathir. Tun Mahathir mempunyai kekuatan politik yang sangat kukuh untuk tempoh yang lama. Kerana itu juga beliau berjaya membawa Malaysia menjadi negara yang dikenali di dunia. Tanpa gangguan dalaman, memudahkan Tun Mahathir membangunkan Malaysia dengan projek-projek mega yang mendatangkan pendapatan lumayan kepada negara. 

Isu Rasuah, salahguna kuasa, pecah amanah

Ini salah satu penyakit yang paling menyakitkan dalam negara tercinta ini. Kenapa rasuah terlalu berleluasa? bagaimana boleh begitu ramai pemimpin negara terpalit dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa? patutkah golongan yang diberikan amanah oleh rakyat memimpin mereka, menguruskan negara, menguruskan ekonomi, menguruskan duit rakyat sebaliknya mencuri peluang mengambil hak rakyat??

Bagaimanakah boleh terjadi dan dipandang sepi projek yang bernilai berjuta juta Ringgit Malaysia tetapi selepas siap ianya hanya umpama kos tidak lebih dari 1/4 sahaja? Kenapakah mereka ini mengambil peluang dengan mencantas peruntukan-peruntukan yang diturunkan untuk kepentingan sendiri? Bagaimanakah mungkin sesuatu projek dapat disiapkan dengan kualiti tinggi jika sebahagian peruntukannya "diagih-agihkan" sehingga kos sebenar tidak sampai suku dari kos yang dirancang????????????????????????????????? Jika mentaliti dikalangan pemimpin politik masih lagi berfikir tentang berebut projek, maka rakyat Malaysia boleh lupakan apa-apa sahaja wawasan yang ingin dicapai. 

Mentality racist dikalangan rakyat

Racist juga merupakan satu lagi masalah yang menghantui pemikiran rakyat Malaysia. Penduduk asal atau peribumi di Malaysia adalah Melayu, orang asli, peribumi sabah dan Sarawak tanpa mengira agama. Manakala selain itu adalah kumpulan penduduk yang berhijrah datang ke Malaysia samaada sebelum atau selepas merdeka. Mereka ini terdiri dari kaum Cina dan India.  

Satu kontrak sosial telah dipersetujui oleh pemimpin utama dari Parti Umno MCA dan MIC ketika Persekutuan Tanah Melayu  diwujudkan. Setiap kaum ada hak masing-masing dan hak-hak ini tidak boleh dipersoal. Apabila persetujuan ini dicapai maka barulah bangsa Cina dan India mendapat hak kerakyatan. Namun berbeza kini apabila hak-hak ini semakin terhakis dan dipersoalkan oleh kaum-kaum yang baru datang ke Tanah Melayu. Akibatnya terjadi  peristiwa  13 Mei 1969 menyebabkan rusuhan kaum berlaku serta perintah darurat. Beribu-ribu nyawa terkorban. Walaupun pun rusuhan itu telah berlaku lebih dari 50 tahun namun syak wasangka masih menebal malah semakin memburuk akhir-akhir ini. Salah satunya membawa kepada "rusuhan" kecil kes low yat apabila berlaku pergaduhan antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Tahun 2019 pula hampir berlaku rusuhan orang Melayu terhadap kaum India akibat pembunuhan seorang anggota bomba berbangsa Melayu. Kita bernasib baik kaum Melayu ketika itu "lemah" kedudukan politiknya akibat ketiadaan parti Melayu yang dominan(UMNO kalah PRU 14) sehingga tidak ada berlaku mana-mana seruan berbahaya dibuat. Jika tidak mungkin kita akan menyaksikan satu rusuhan besar yang lebih berbahaya.

Jadi...adakah negara Malaysia ini boleh maju jika rakyatnya masih berfikiran seperti itu?? Amat mustahil.

Kesimpulan

Amat sukar untuk mengatasi 3 perkara diatas dalam jangka masa singkat. Perlukan masa untuk memiliki pemimpin yang bijak, berkarisma disamping berani dan tegas. Sangat sukar untuk mengatasi isu rasuah dan ketirisan yang dilakukan dikalangan pemimpin. Perlu satu mekanisme yang berkesan bagi mengatasi perilaku hina seperti itu. Tempoh masa dan tindakan yang bijak diperlukan untuk atasi racist dikalangan rakyat malah pemimpin juga. Mungkin satu akta dibawah kanun keseksaan diperlukan bagi sesiapa yang bertindak secara pertuturan ataupun perbuatan yang mempersoalkan hak-hak rakyat dan undang-undang negara.

Kekuatan menghadapi gelombang ke-3 Covid 19

Kekuatan menghadapi gelombang ke-3 Covid 19

Mampukah kita menghadapi gelombang ketiga Covid-19??

Mampu... tapi mengambil masa lebih lama dari gelombang sebelum ini.

Sehingga kini 21363 kes jangkitan berlaku menyebabkan kematian seramai 190 orang di Malaysia. Dijangka peningkatan jangkitan akan terus berlaku begitu juga dengan jumlah kematian. Angka 871 merupakan jumlah tertinggi jangkitan yang dikesan dalam sehari.

Walaupun kita mampu menghadapi gelombang ketiga ini, tapi ia tidak semudah ketika berdepan dengan gelombang pertama dan kedua.

Ekonomi negara akan semakin tertekan apabila semakin ramai rakyat dijangka akan kehilangan pekerjaan akibat dari ketidakkemampuan syarikat beroperasi penuh. Para peniaga kecil juga tidak boleh menjalankan perniagaan kerana kekurangan pelanggan disamping larangan membuka premis perniagaan di beberapa tempat/daerah.

Fronliner 'bertempur' untuk kali ketiga menentang Covid-19

Jika ada anak, ibu bapa atau sedara mara yang berada di barisan frontliner pasti kita diselubungi perasaan risau dan takut. Tapi Itulah hakikat yang perlu dihadapi kerana tanpa kumpulan frontliner ini pasti mustahil untuk mengatasi wabak Covid-19.

Bukan sahaja KKM malah penguatkasa udang-undang seperti Polis dan tentera juga tergolong dalam kumpulan frontliner ini. Sebab itulah ramai dikalangan frontliner ini juga dijangkiti wabak tersebut.

Orang awam/rakyat Malaysia perlu sentiasa memahami dan mengikuti garis SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Kita perlu bersama-sama membantu frontliner untuk mengekang wabak ini dari terus merebak dan mengorbankan lebih ramai rakyat Malaysia.

Gelombang covid ketiga lebih berbahaya

Bagi rakyat marhein seperti hamba, gelombang ketiga ini lebih menakutkan. Ia lebih dekat dengan hamba berbanding gelombang sebelumnya.

- bandar ini sebelum ini bebas tidak pernah ada jangkitan namun bermula akhir September secara drastik telah meningkat hingga 46 kes(waktu post ini ditulis).

- rakan sekerja isteri sekeluarga juga telah dijangkiti yang berjangkit dari suaminya(seorang anggota Polis)

- jangkitan juga berlaku di kalangan pekerja di pasar ikan yang biasanya menjadi tempat tumpuan orang ramai mendapatkan bekalan,

Apa yang perlu rakyat Malaysia lakukan....

Hanya satu sahaja selain berdoa kepada yang ESA iaitu sentiasa mematuhi SOP. Jangan pandang mudah wabak ini kerana ia berpotensi untuk membunuh anda. Sentiasa ingat pada anak-anak dan ornag tua yang berada dirumah. Mereka lebih berisiko jika dijangkiti kerana kurang daya tahan dan juga kepada yang mengalami masalah kesihatan.

Pelan internet celcom fibre dan Unifi lite

Pelan internet celcom fibre dan Unifi lite

WordPress › Error

There has been a critical error on this website.

Learn more about troubleshooting WordPress.