Theme untuk blog – Percuma atau Premium
Theme untuk blog – Percuma atau Premium
Theme percuma atau premium(beli). Mana jadi pilihan? untuk pengetahuan korang blog olaoli ni dibina pada bulan 1 tahun 2016. Sehingga sekarang dah berumur lebih kurang setahun 7 bulan. Mula-mula sekali. guna theme percuma sahaja. Tak sampai sebulan kemudian rasa menggatalkan diri untuk try gunakan theme premium. Theme berbayar pertama dapatkan di themejunkie pada harga USD31.20 selepas diskaun. Terus terang sepatutnya aku tak pilih theme itu(DailyTheme) sebab theme tu lebih kepada news dan agak serabut dengan bahagian-bahagian ads dan sebagainya. Tapi itulah, first time takda pengalaman.
Perbezaan percuma dan premium
Aku tidak pakar dalam aspek seo tau yang sejenis denganya tetapi dapat rasakan sedikit perbezaan antara theme percuma dengan premium. Yang paling jelas adalah setiap post selepas menggunakan premium theme sepertinya cepat diindex dan telah beberapa kali muncul di first google page walaupun tidak selalu. Sebelum tu semasa menggunakan theme percuma, walaupun dah ping, dah buat url submit dan share di facebook/twitter, sangat sukar nak muncul di page hadapan walaupun dah bersungguh-sungguh buat kajian keyword dan sebagainya. Dan kebiasaanya memerlukan masa sehingga 10 minit untuk diindex oleh google. Sangat berbeza berbanding theme premium yang hanya perlukan masa sekitar 2-3 minit untuk diindex google.
Selain tu sebagai seorang yang tak paham bab-bab setting blog, menggunakan theme percuma menyebabkan banyak kali blog ini jadi kacau bilau. Theme percuma tak sediakan support cara nak setting dan lagi pulak layout biasanya tak banyak pilihan. Kalau guna premium theme kita akan diberi manual cara nak setting sebab banyak pilihan customize yang disediakan. Lagi pulak sebagai pengguna premium theme, setiap kali ada update kita akan terima secara percuma.
Kelebihan lain pada theme premium adalah dibahagian footer. Tiada paid link atau hidden link yang mempromosikan sesuatu yang diluar kemahuan kita. Berbeza dengan kebanyakan theme percuma yang terdapat paid link kat footer dan tak boleh di buang. Tetapi ia mungkin tidak menjadi masalah jika anda seorang yang pakar tentang code theme. Bagi orang macam aku bila tengok code-code tu rasa nak juling mata.
Adakah theme percuma tidak bagus
Sebenarnya tak boleh juga nak kata theme percuma ni tak bagus. Ramai juga blogger yang masih menggunakan theme percuma. Sebab jika seorang blogger yang baru terjebak dengan dunia blogging rasanya tak perlu segera membeli theme premium. Malah ramai juga blogger yang tekenal di Malaysia ni hanya menggunakan blogspot dengan theme percuma. Boleh je depa berjaya. kenapa pula kita tak boleh?
Cuma menggunakan premium theme umpama satu pelaburan dalam ‘hartanah’ maya seorang blogger. Domain umpama tanah manakala premium theme macam rumah..eh betui ke perumpamaan aku ni?? Belasah je lah.
Ikut Kemampuan memilih theme
Ikut je lah kemampuan sendiri nak pakai theme apa. Kalau rasa tak mampu atau tak mahu..terus gunakan theme percuma. Ada beribu-ribu theme percuma boleh diguna. Kalau rasa ada kemampuan boleh dapatkan theme menarik yang banyak dipasaran pada pelbagai tingkat harga. Aku sendiri dah bertukar 3 kali theme premium. 2 duit sendiri satu lagi bini belanja. Apapunkan…berblogging ni umpama satu hobby yang akan melahirkan rasa kepuasan yang tak ramai orang faham. Ditambah pulak dengan menggunakan theme yang kita suka tak kisah la premium ke percuma ke..ia akan buat kita rasa betul-betul ‘stim’ untuk terus menulis.
Kesimpulanya
Jika anda serius untuk berblogging dan merancang untuk tempoh yang lama, maka nasihat aku bolehlah bertukar ke premium theme. Tak perlu keluar duit sendiri, ambil masa dahulu untuk dapatkan hasil dari blog seperti affiliate, ads atau lain-lain cara kemudian gunakan hasil tu untuk beli premium theme yang disukai. Insyaallah puas hati.
Desgin theme premium memang lebih cantik kan
Nak baca pun semangat
Ibu baru belajar ber bloging
pakai theme free
blogspot lagi
Hehe
Jadilah
Apa apa jadi pun blog tetap jalan. TAk perlu renew domain
Bestnya orang pakai worpress ni… Theme blog cantik-cantik dan nampak profesional..
dah berpuluh-puluh theme premium dan free dah pakai sebab nak test punya pasal..memang syok pakai theme premium sebab boleh customize all in one sampai abis..