Teknik Promosi Offline

Teknik Promosi Offline

Teknik Promosi Offline

Jika anda mempunyai satu perniagaan, mungkin anda langsung tidak menggunakan kaedah online untuk mempromosikan bisnes tersebut, namun anda pastikan akan melakukan teknik promosi offline secara anda tidak sedar. Kebanyakan kita lebih mengetahui strategi online marketing berbanding offline. Sebenarnya ada banyak cara promosi offline untuk produk kita.

Buat banner atau bunting

Ini kaedah yang paling biasa kita lihat dalam promosi offline. Selalu kita lihat banner perniagaan di gantung di kaki limateknik promosi offline atau mana-mana tempat di taman perumahan kita sendiri seperti restoren, khidmat wiring, service potong rumput dan lain-lain lagi. Dengan kaedah ini, ramai orang akan dapat melihat iklan tersebut kerana kebiasaanya banner dan bunting di  gantung dikawasan yang sesak dengan orang ramai. Setiap hari mungkin beribu-ribu orang akan melihat banner iklan tersebut dan meningkatkan jumlah prospek. Namun kelemahannya ia lebih tertumpu kepada orang tempatan di situ sahaja kerana untuk diketahui oleh orang lain dari kawasan itu adalah rendah.

Print flyers

Kaedah berikutnya ialah dengan menyediakan flyers perniagaan anda. Flyers ini diedarkan kepada orang ramai dengan cara memasukkan ke dalam surat khabar setiap pagi. Ini agak biasa kita temui bila membeli surat khabar. Kebiasaanya dalam surat khabar itu telah diselit dengan flyers promosi sesuatu produk. Adakalanya kita boeh temui promosi-promosi perniagaan perkhidmatan seperti tuisyen, kelas komputer, tadika dan kolej-kolej swasta. Jika anda menggunakan kaedah ini, mungkin sedikit wang perlu dilaburkan untuk diberi kepada penjual surat khabar. Kelemahanya ialah jumlah adalah terhad, kerana di satu kawasan terdapat banyak penjual surat khabar.

Buat sticker

teknik promosi offlineSticker merupakan satu lagi medium promosi offline yang semakin mendapat sambutan. Untuk menjadikan sticker itu lebih menarik anda perlu menyediakan satu logo perniagaan. Sticker-sticker ini diedarkan kepada rakan-rakan dan keluarga untuk ditampal pada kereta, motorsikal dan juga dinding-dinding cermin premis perniagaan. Anda juga boleh mendapatkan kidmat teksi dengan menampal pada cermin teksi. Teksi ialah tempat yang paling sesuai dan terbaik untuk mempromosi dengan kaedah sticker kerana tempohnya yang lama berada di atas jalan raya akan dapat dilihat ramai orang terutama pelanggan teksi itu sendiri..

Menyewa papan iklan

Jika anda mempunyai peruntukan yang lebih besar, tidak salah untuk anda mendapatkan atau menyewa papan iklan untuk mempromosikan iklan anda. Kebiasaanya menyewa papan iklan memerlukan kos yang besar, namun sangat efektif memandangkan ia bakal dilihat oleh berpuluh ribu orang yang melalui kawasan tersebut. Lebih beruntung jika papan iklan berada di jalan-jalan yang sibuk seperti di persimpangan lampu trafik dan highway. Ia membuat perniagaan anda akan mudah dikenali untuk tujuan penjanamaan.

Pengiklanan di media cetak

teknik promosi offlineKita selalu lihat  di dalam surat khabar terdapat satu ruangan iklan yang menyediakan peluang orang ramai untuk
mengiklankan produk. Begitu juga di majalah-majalah yang menyediakan ruang pengiklanan. Kaedah ini juga merupakan salah satu teknik promosi offline.

 Membuat Souvenir

Anda boleh mengeluarkan sedikit kos untuk promosi dengan kaedah ini. Jika anda seorang pengeluar alat tulis atau perkakasan pejabat, anda boleh membuat satu produk seperti mug atau pencil yang memaparkan nama syarikat anda dan produk anda secara ringkas dan diedarkan secara percuma ke sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan tempat-tempat yang bersesuaian. Dengan kaedah ini anda telah memperkenalkan diri anda sebagai seorang pembekal barangan tersebut kepada orang ramai.

Kad Bisnes

Ini juga merupakan promosi offline yang biasa dilakukan oleh seseorang usahawan. Kad bisnes akan diedarkan atau diberikan kepada sesiapa yang mereka temui dengan tujuan untuk memberitahu yang anda ada menyediakan sesuatu produk atau servis. Di dalam kad bisnes itu juga dipaparkan cara untuk menghubungi dan mungkin juga diletakkan laman web sesuatu perniagaan.

Kesimpulan Teknik promosi offlineteknik promosi offline

Pada pandangan saya, sebagai seorang blogger teknik promosi offline ini juga boleh digunakan untuk mempromosikan blog kita. Mungkin pada sticker di kereta saya boleh letakkan sticker tertulis OlaOli.com. Atau juga menyediakan souvenir untuk kawan-kawan blogger, mug yang juga tertulis OlaOli.com. Saya terfikir untuk memberi mug pada rakan-rakan blogger saya. Sapa mau sila angkat tangan ye hehehe…


olaoli

​Teknik promosi offline sangat berguna dan tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. Walaupun medium seperti facebook, instagram, blog menjadi keutamaan, tetapi banyak jenama-jenama besar berkembang melalui promosi offline.


(Visited 2,705 times, 1 visits today)
  • kalau ada mug yang nak diberi secara percuma memang saya sudi sangat bro..

      • he..he..he…saya gurau je..

        tak perlu susah-susah…

        jadi pembaca blog saya dah kira saya bersyukur sangat-sangat

  • makerting banyak caranya. aku paling suka mouth to mouth nye makerting klu secara online ni.

  • semua teknik-teknik ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. kalau saya, saya suka bunting 😉

  • tapi bro agar takut bila memikirkan tentant risiko kerugian bagi yang tak cekal

  • semua teknik-teknik ini boleh dikatakan pada era sebelum datangnya internet.. struggle juga pada masa itu.. untuk orang kenal produk kita bukan senang macam zaman internet ini.. blast masuk FB ads ikut kawasan saja.. dulu terpaksa berpanas hujan merata promosikan produk

  • offline nak promosi tak salah.. cuma pastikan ianya benar2 berbaloi dan ikut strategi yang tersendiri..

  • paling berjaya setakat ni..mouth to mouth atau pasang flyers.

    hehe..

  • >
    %d bloggers like this: