Umur blog Olaoli semakin meningkat
Umur blog olaoli.com
Dah dekat 2 minggu tanpa sebarang posting. Sedar tak sedar dah 3 bulan dah umur blog hamba ini. Terpaksa meninggalkan kawasan ke kawasan lain atas urusan kerja. Akhirnya barulah hari ni boleh lepak kat rumah dan time ni lah baru dapat memosting kembali blog yang masih mentah dan muda lagi ini. Kali ni lepas lama tanpa sebarang posting maka tiadalah idea di benak otak hamba ini melainkan terpikir untuk menceritakan prestasi yang tak seberapa blog kesayangan hamba ini.
Prestasi blog olaoli
Masa last tengok kat google analytics itu hari sebelum outstation, purata pelawat sehari antara 30-40 sehari. then la nibarulah hamba ada peluang nak tengok pelawat dalam tempoh 2 minggu ni. Eh sedap pulak guna kata diri hamba. Ya pelawat harian ke blog hamba ni menjunam agak jauh sehingga tinggal lingkungan 15-20 jer sehari. Namun, hamba dapat lihat hampir 90% pelawatnya adalah dari google yakni seo lah tu..
Terkezut juge..eh ada ke keyword dapat high ranking kat serp. Jadi dengan tidak berskilnya, maka hamba pergilah duk cek satu-satu keyword untuk tengok post mana yang muncul kat ranking atas..eh ye lah memang ada beberapa keyword kat first page seperti post teknik mengumpul emas. Mungkin sebab itulah agak banyak pelawat dari google search. Sebenarnya hamba pun tak berapa pandai benda-benda seo ni. Posting main hentam je. Kebanyakan panjang keyword hamba ni sekurang-kurangnya 3 word. Kalau 2 atau 1 je panjang keyword memang tak mampu lah hamba nak bersaing di medan serp.
Ranking Alexa
Walaupun pelawat jatuh banyak dalam tempoh 2 minggu dan umur blog yang masih muda, tapi alexa ranking nampaknya naik sikit. Sebelum ni untuk global rank adalah 3.34 juta tapi sekarang naik ke 3.164 juta. Kira bagi hamba yang fresh and segar ni kira macam ok lah jugak tu. Tapi sebenarnya masih tak paham kenapa dia masih naik sedangkan semasa aktif memosting sebulan dua yang lepas ranknya turun naik padahal pelawat lebih ramai..ni hamba kena tanya pada yang otai seperti Titan. Legend of seo.
Kekerapan posting
Posting kat blog hamba ni tidak lah sekerap mana..pada masa rajinnya maksimum pun dalam 2 post je seminggu. Kadang-kadang heran jugak macam manalah banyak blog-blog yang boleh posting setiap hari..banyaknya idea mereka. Ada je idea baru. Itu lah baru dikatakan father blogger. Kalau hamba..gelaran yang sesuai adalah baby blogger..
Kesimpulanya dari olaoli.com
Impian olaoli.com adalah untuk growth ke blog yang remaja. Yelah kan berapa lama nak berada di tahap baby. Hamba pun teringin gak nak rasa pelawat sampai ratus-ratus sehari. Mungkin dengan pelawat yang tinggi dapat jana sedikit sumber kewangan. Manalah tau.
kipidap encik. tahniah
umur blog meningkat sejajar juga penambahan umur si penulis blog..betul kan.
ye betul bro..tapi umur secret hehehe
semoga lepas ni lebih kerap update blog..hehe
kasi rajin update artikel selalu eh.
hehe
tahniah tuan..ada blog saya belum remaja lagi kecuali beberap blog yang sudah tua..
cabarannya semakin tua blog semakin tak menjadi pulak..
orangnya pula lain..
semakin tua semakin menjadi..he..he..