Suka Main Game Dota 2 – game online

Suka Main Game Dota 2 – game online

Ya kali ni buat julung-julung kalinya aku nak berkongsi hobi aku diperingkat tertinggi iaitu main game Dota 2. haha..hobi aku banyak, tapi belum setanding dengan minat dan sayangnya aku pada game online dota 2. Terus terang aku ni dah tua..tak la tua sangat. Anak ada 6 dah tapi masih kuat main game. Tak tau la kenapa. Tapi memang sejak zaman aku belajar dulu sememangnya aku seorang gamers yang hebat hehehe…Cuma zaman tu multiplayer je ngan kawan-kawan sebilik atau serumah..Game online time tu tak femes lagi.

main game dota 2

Pilihan game online lain selain Dota 2

Sebenarnya banyak lagi game online lain yang aku main seperti blackshot, csgo, lol tetapi tidak mendatangkan addict seperti dota 2. Dah lama aku main DOta ni, sejak dota 1 lagi. Cuma duk main offline maklumlah ketika zaman tu internet tidak begitu berleluasa seperti sekarang.

Sekarang ni budak-budak sekolah pun dah pandai main game online. kena pulak dengan sikap ibu bapa yang tidak memberi sebarang halangan kepada anak untuk access internet. Bagi yang taktau, Game Dota 2 ni free untuk main tak macam beberapa game online lain. Kalau macam blackshot ia memerlukan pemainya mengeluarkan kos untuk membeli senjata yang lebih berkuasa.

main game dota 2

Ya..game blackshot dah banyak menghabiskan duit aku. Awal tahun 2014 aku start main dan setiap bulan aku belanjakan RM 140 untuk membeli persenjataan baru. Sebenarnya boleh je pakai senjata yang percuma atau dibeli dengan menggunakan bp, tetapi senjata percuma/dibeli dengan bp tidak sebaik senjata yang dibeli. Pada aku blackshot lebih menarik dari csgo cumanya kat situ terlalu banyak hackers. Taktaulah kenapa security tak kuat sampai akaun aku kena access oleh orang lain. Sebab itulah sekarang ni pemain blackshot dah makin kurang. Aku sendiri pun dah berpindah ke Csgo. Puncanya bukan tak best tetapi kerana hackers.

Dota 2 game berpasukan

Game ni adalah game berpasukan yang dimainkan 5 orang untuk setiap team. kalau tambah musuh akan jadi 10 pemain. Setiap orang akan memilih hero yang berbeza dengan ability dan skil berbeza. Biasanya dibahagikan kepada 2 iaitu carry dan support. Setiap ahli pasukan perlu bekerjasama dan merancang strategi untuk membunuh musuh sebanyak yang boleh sekaligus memusnahkan base lawan.

main game dota 2

Rasanya, Dota 2  adalah game yang paling mendapat sambutan oleh para peminat gamers bukan sahaja Malaysia malah dunia. Setiap tahun akan diadakan tournament Dota World Championship yang mengumpulkan pasukan-pasukan dari serata dunia berentap demi merebut gelaran dan membawa pulang hadiah yang bernilai puluhan juta dollar. Dan yang terbaru dimenangi oleh Pasukan OG.

Masa main dota 2

Ok aku seorang ayah yang bertanggungjawab. Malah aku juga seorang suami yang sentiasa menyayangi isterinya. Walaupun addict tahap melampau kat Dota 2 ni, bukan bermakna sampai kerja dan anak bini terbiar. Kenalah pandai membahagikan masa. Masa main ngan anak-anak, masa main kejar-kejar dengan bini, masa basuh baju, masa kemas rumah dan kewajipan lain mestilah didahulukan. Main time-time free je misalnya waktu malam(time cuti sabtu ahad), ataupun time semua benda dah settle.

So isteri tak marah aku nak main. tapi ada jugak pernah bini aku sound aku.. “asyik main game aje, mengalahkan budak-budak.”..

Sebagai suami kita mesti jawap. Jawapan aku

“sebab macam budaklah main game sampai tak keluar rumah, cube kalau orang tua, waktu-waktu macam ni melepak kat kedai kopi ni takpun keluar lepak-lepak ngan kenkawan..kan ke bagus suami duk rumah macam ni.”

ayat aku yang mematikan sebarang keberanian isteri nak mempersoalkan game aku huhu…korang kalau yang sama species dengan aku kuat main game, boleh la guna ayat aku tu kalau bini korang sound.

Faedah main game untuk orang dewasa

Faedah main game –

  1. kita dapat mengisi masa lapang,
  2. jadikan otak cekap membuat keputusan
  3. belajar menyelesaikan masalah
  4. duduk rumah sambil jaga anak(tak main kat cc)
  5. lepak kat rumah lebih best dari lepak kat luar

 

Keburukan main game untuk orang dewasa

  1. kos elektrik naik tinggi
  2. sesekali isteri ‘kesepian’
  3. satu space dalam rumah terpaksa disediakan untuk setup ‘workstation’ game
  4. kengkadang isteri terkejut sebab laki tiba-tiba menjerit dan memaki hamun
main game dota 2
Gambar Hiasan

Secara menyeluruhnya main game lebih banyak kebaikan dari keburukan untuk lelaki dewasa dan berkahwin serta beranak pinak seperti aku. Tetapi tidak bagi remaja dan kanak-kanak.

[wdps id=”1″]

(Visited 250 times, 1 visits today)
  • haha..

    aku dah tinggal zaman game berat macam nih.

    Sekarang, layan game handpon aje la jawabnya.

    • kalau game handphone mudah sangat jiwa nak membeli gems bro..

  • Apa lagi bro..
    main untuk dapat pendapatanlah..
    ramai yang berjaya tu..

    Den memang tak minat..

  • saya tidak pernah terpikat dengan game..

    cuma annak remaja lelaki saya yang fanatik dengan game..

    nasib baik sekolah asrama yang ada peraturan ketat…

    tak boleh ada henpon dan laptop

  • Orang sekarang suka main game online sebab boleh main dengan member, tambah-tambah yang graphic power

  • >
    %d bloggers like this: