Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Tips bagaimana nak elak sinki tersumbat di rumah

Elak sinki tersumbat

Hari ni berpeluh-peluh aku mengepam sinki dapur akibat tersumbat. Sampai memancut air keluar dari bahagian bawah sinki. Perghh letih betui mengalahkan pergi gym. Sebelum ni tak pernah pulak tersumbat. Mungkin sebab dah terlalu lama dengan anak dan bini main tolak je nasi ngan benda-benda lain dalam sinki, itu pasal lah agaknya tersumbat. Lagi satu puncanya bila sisa-sisa minyak terkumpul lama-lama dia akan mengeras dan menyekat laluan air tu.

Bila dah tersumbat tahap sinki rumah aku tu, penggunaan pelocok dah tak beerti dah. Lantak lah kau nak hentak sekuat mana pun, sisa-sisa makan yang dah mengeras tu tak boleh pergi dah. Aku siap guna 2 pelocok lagi satu kat sinki dan satu lagi bawah singki. Last-last keluar rumah cucuk saluran tu dari luar guna dawai keras. Akhirnya berjayalah jugak pecah-pecahkan benda-benda yang keras tu. Then baru pump balik pakai pelocok.

Cara nak elak sinki tersumbat

Cara pertama seperti yang biasa orang buat ialah menuang air panas kat saluran sinki tu. Tapi bukan air panas je..air panas yang dicampurkan dengan garam. Nak siram air panas tu tak boleh sikit. Kena dalam satu jug saiz 2 liter tu. Sesetengah orang memang buat macam tu, tapi hanya buat seminggu sekali atau sebulan sekali. Yang terbaik adalah buat setiap hari dan paling elok last malam sebelum masuk tidur. Supaya minyak-minyak tepu tu tak sempat tepu. Kalau air panas tu setakat secawan atau segelas tak cukup untuk ‘maintain’ panas sampai ke dalam saluran bawah sinki. Kadang-kadang ada rumah yang saluran sinkinya panjang. Sat lagi air panas tu sempat sejuk sebelum sampai ke seluruh saluran.

elak sinki tersumbat

Letak jaring

Ada sesetengah sinki memang berjaring yang bertujuan untuk mengelakkan sisa makanan yang bersaiz besar masuk ke dalam saluran sinki. Sisa makanan yang bersaiz besar ni pun antara faktor jugalah yang menyumbatkan saluran. Ada juga kalau gaya lama(macam aku) setiap kali nak basuh pinggan pastikan sisa makanan di tuang dulu ke dalam tong sampah kat sebelah sinki. Yang masalahnya, kalau orang dewasa memang faham tapi kalau anak-anak kecil ni kadang-kadang buat kadang-kadang tidak.

Pump guna pelocok

Inisiatif boleh diambil dengan cara kerap guna pelocok walaupun tak tersumbat. Sebab nak tersumbat bukan dalam masa yang singkat. Biasanya pengumpulan sisa makanan berlaku sikit-sikit sampailah saiznya menutup laluan air. Kalau buat begitu maknanya takda chance la sinki nak tersumbat. Tapi..aku tak rajin.

elak sinki tersumbat

So, bagi korang yang sinki dapur tersumbat atau dah memang selalu tersumbat boleh la cuba tips yang aku kongsikan ni. Manalah tau kot-kot boleh membantu. Korang senang..aku pun senang cewahh..sharing is caring.

UPDATE: ada sat lagi kaedah nak hilangkan pepejal dalam saluran sinki yang dikongsikan oleh seorang blogger terkenal iaitu Bro Anuar . Caranya adalah dengan menuangkan ke dalam sinki cecair clorox.bahan chemical di dalam clorox mampu untuk mengurai pepejal dari minyak/lemakyang berada di dalam saluran singki.

 

 

Beli kereta baru atau terpakai mana pilihan anda
 

Persoalan nak beli kereta baru atau terpakai banyak bermain kat kepala terutama orang-orang yang first time nak pakai kereta. Aku dulu pun begitu jugak. Setakat
Nak sewakan ikut bilik atau sebuah rumah?
Assalamualaikum apa khabar semua.

10 hari tanpa sebarang post, kali ni post berkaitan pendapat yang ingin aku kongsikan kepada tuan-tuan rumah yang hendak menyewakan rumah
Belanjawan 2018 berita gembira untuk kakitangan awam
Semenjak 4-5 hari ni semakin luas tersebar desus desas tentang berita gembira untuk kakitangan awam bersempena dengan pembentangan belanjawan 2018 oktober ini. Lebih
Theme untuk blog - Percuma atau Premium
Theme untuk blog - Percuma atau Premium
Theme percuma atau premium(beli). Mana jadi pilihan? untuk pengetahuan korang blog olaoli ni dibina pada bulan 1 tahun 2016. Sehingga sekarang
Tips post diindex dengan cepat di google
Tips post diindex dengan cepat di google
Kalu ikutkan dah lebih kurang 1 tahun 7 bulan aku berblogging di olaoli.com. Ni first time guna blog self-hosted menggunakan netkl. Alhamdulillah
Ciri-ciri suami yang bertanggungjawab
Ketahui ciri-ciri seorang suami yang bertanggungjawab
Setiap kaum hawa mengimpikan untuk dapat seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Begitu juga lelaki yang mahukan
7 Cara dan teknik nak pikat lelaki
Cara dan teknik nak pikat lelaki
Haaa..amacam tajuk post ni..ok tak. Ya kali ni aku nak kongsi ngan golongan perempuan sahaja bukan lelaki ye. Tapi kalau orang lelaki nak baca pun boleh
(Visited 224 times, 1 visits today)
share
13 Responses

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge