Tips bagaimana nak elak sinki tersumbat di rumah
Tips bagaimana nak elak sinki tersumbat di rumah
Hari ni berpeluh-peluh mengepam pelocok akibat sinki tersumbat. Sampai memancut air keluar dari bahagian bawah sinki. Perghh letih betui mengalahkan pergi gym. Sebelum ni tak pernah pulak tersumbat.
Hampir-hampir juga nak panggil plumber. Tapi plumber upahnya sangat gratis dong
Mungkin sebab dah terlalu lama dengan anak dan bini main tolak je nasi ngan benda-benda lain dalam sinki, itu pasal lah agaknya tersumbat.
Lagi satu puncanya bila sisa-sisa minyak terkumpul lama-lama dia akan mengeras dan menyekat laluan air tu.
Bila dah tersumbat tahap tu, penggunaan pelocok dah tak berkesan. Lantak lah kau nak hentak sekuat mana pun, sisa-sisa makan yang dah mengeras tu tak boleh pergi dah. Aku guna 2 pelocok lagi satu kat sinki dan satu lagi bawah singki.
Last-last keluar rumah cucuk saluran tu dari luar guna dawai keras. Akhirnya berjayalah jugak pecah-pecahkan benda-benda yang keras tu. Then baru pump balik pakai pelocok.
Langkah pencegahan elak sinki tersumbat
Cara pertama seperti yang biasa orang buat ialah curahkan air panas kat saluran sinki tu. Tapi bukan air panas je..air panas yang dicampurkan dengan garam kasar. Tapi garam halus pun ok.
Nak siram air panas tu tak boleh sikit. Kena dalam satu jug saiz 2 liter tu. Sesetengah orang memang buat macam tu, tapi hanya buat seminggu sekali atau sebulan sekali.
Yang terbaik adalah buat setiap hari dan paling elok last malam sebelum masuk tidur. Supaya minyak-minyak tepu tu tak sempat tepu.
Kalau air panas tu setakat secawan atau segelas tak cukup untuk 'maintain' panas sampai ke dalam saluran bawah sinki. Kadang-kadang ada rumah yang saluran sinkinya panjang.
Sat lagi air panas tu sempat sejuk sebelum sampai ke seluruh saluran.
Tapi jenuh hari-hari nak beli garam pulak kan?
Letak jaring
Ada sesetengah sinki memang berjaring yang bertujuan untuk mengelakkan sisa makanan yang bersaiz besar masuk ke dalam saluran sinki.
Sisa makanan yang bersaiz besar ni pun antara faktor jugalah yang menyumbatkan saluran.
Ada juga kalau gaya lama(macam aku) setiap kali nak basuh pinggan pastikan sisa makanan di tuang dulu ke dalam tong sampah kat sebelah sinki.
Yang masalahnya, kalau orang dewasa memang faham tapi kalau anak-anak kecil ni kadang-kadang buat kadang-kadang tidak.
Pump guna pelocok
Inisiatif boleh diambil dengan cara kerap guna pelocok walaupun tak tersumbat. Sebab nak tersumbat bukan dalam masa yang singkat.
Ambik masa berbulan barulah sinki tersumbat. So rajin-rajinkan lah untuk pump guna pelocok seminggu sekali.
Biasanya pengumpulan sisa makanan berlaku sikit-sikit sampailah saiznya menutup laluan air. Kalau rajin pam pakai pelocok maknanya takda chance la sinki nak tersumbat.
Tapi..aku tak rajin.
Bahan chemical untuk atasi masalah sinki tersumbat
So, bagi korang yang sinki dapur tersumbat atau dah memang selalu tersumbat boleh la cuba tips yang aku kongsikan ni. Manalah tau kot-kot boleh membantu. Korang senang..aku pun senang cewahh..sharing is caring.
Kalau korang dah tak boleh nak atasi masalah sinki tersumbat tu, cadangan aku pergi je kedai hardware tanya dia apa chemical yang orang biasa guna untuk buang sisa yang tersumbat kat saluran sinki.
Nanti depa bagi latu. Aku dah lupa apa nama chemical tu. Atau korang boleh beli di shopee.
UPDATE: ada satu lagi kaedah nak hilangkan pepejal dalam saluran sinki yang dikongsikan oleh seorang blogger terkenal iaitu Bro Anuar . Caranya adalah dengan menuangkan ke dalam sinki cecair clorox. Bahan chemical di dalam clorox mampu untuk mengurai pepejal dari minyak/lemakyang berada di dalam saluran singki.