Tips pencahayaan dalam rumah | Olaoli.com

Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Tips pencahayaan dalam rumah

Pencahayaan dalam rumah

Kali ni aku nak berkongsi pengalaman bagaimana nak meningkatkan pencahayaan dalam rumah. Untuk pengetahuan korang, rumah yang aku sewa bersama keluarga ni saiznya agak besar tetapi design rumah ni menyebabkan ruang tamunya menjadi gelap. Ruang tamu langsung tiada tingkap. Walaupun pintunya menggunakan cermin sliding door namun perlu juga buka sekurang-kurangnya 1 lampu waktu siang supaya nampak terang. Kalau tak, anak duk berlari sebelah kita pun boleh terlanggar.

pencahayaan dalam rumah

2-3 tahun pertama memang tak ambil berat tentang pencahayaan ni. Siap kami cat dinding rumah warna merun lagi. Sudah la gelap ditambah lagi dengan warna yang gelap, maka semakin kelamlah ruang tamu aku. Kat bawah ni  dikongsikan beberapa langkah yang aku ambil untuk meningkatkan pencahayaan dalam rumah.

Perabot warna putih

Mula-mula hidup berkeluarga dulu, asal beli sofa, meja atau kabinet tv semua warna kayu. Ada yang warna hitam, coklat atau merah. Bila perabot dah mula rosak kami tukar dengan perabot yang bewarna putih atau cerah. Kalau sofa, bila dah terkoyak, kami hantar ke kedai untuk balut semula dengan warna cream. Begitu juga dengan coffe table dan kabinet tv lama yang asalnya warna hitam bila dah usang kami gantikan dengan warna putih. Warna putih/cerah dari perabot ni sedikit sebanyak membantu memantulkan sedikit cahaya yang masuk dari pintu.

Pasang cermin di dinding

Tips seterusnya ialah memasang cermin di dinding ruang tamu. Kedudukan cermin pula mestilah dipasang di dinding yang bertentangan dengan pintu masuk. Sebab cermin ni akan bertindak memantulkan cahaya kepelbagai arah. Secara tak langsung cahaya yang diserak ni dapat memenuhi ruang tamu kita. Di samping tu cermin ni digunakan sepenuhnya oleh aku sendiri untuk angkat dumbell..dan bini aku pulak guna cermin tu nak betul-betulkan tudung sebab saiznya lagi besar dari cermin make up dalam bilik.

pencahayaan dalam rumah

Pasang langsir warna putih/cerah

Tips ni penting sebab cahaya yang dipantulkan oleh cermin tadi pasti akan tertuju ke langsir yang kedudukannya bertentangan. Pemilihan warna langsir sangat penting, penggunaan warna yang gelap tidak banyak membantu meningkatkan pencahayaan dalam rumah walaupun kita dah pasang cermin. Sebelum aku tukar ke langsir putih, langsirnya asalnya berwarna kelabu gelap.

pencahayaan dalam rumah

Cat warna putih!

Yang ni memang tak dinafikan semua orang pasti akan terfikir idea untuk mengecat dinding dengan warna putih/cerah jika mahu meningkat pencahayaan dalam rumah. Yes sebenarnya inilah langkah pertama yang aku buat sebelum menukar warna perabot, langsir dan memasang cermin.

pencahayaan dalam rumah

Mungkin banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan pencahayaan dalam rumah. Namun berdasarkan pengalaman aku sendiri, 4 tips di atas ni pun dah ok untuk korang nak dapatkan pencahayaan dalam rumah yang lebih baik.

 

Amalkan Berocca di bulan Ramadhan
Dekat 4 bulan tak buat apa-apa post. Baru hari ni bukak balik tengok komen2 yang masuk. Ya sepertinya tahun ni memang aku sedikit trauma dengan pelbagai perkara yang berlaku akhir tahun
Buku-buku hartanah dalam koleksi olaoli
Aku adalah seorang yang agak rajin membaca cewahh... selepas lama tak posting terus ayat pertama memuji diri sendiri. Tapi memang benar aku memang rajin membaca. Taktaulah kenapa..sejak
Traveloka Fly & Win CNY Contest
Siapa yang nak melancong dengan penerbangan dan penginapan percuma? Ini peluang anda kerana sempena Tahun Baru Cina, Traveloka kini menganjurkan Traveloka Fly & Win CNY Contest bermula
Cara simpan duit gaji
Tips dan idea simpan duit gaji
Tahun ni dikatakan tahun yang mencabar dari aspek kewangan. Samaada benar atau tidak bergantung kepada ekonomi global dan kebijaksanaan pemimpin negara. Namun bukan
Tahun 2017 dan 2018
Post pertama olaoli.com di tahun 2018. Masuk tahun baru maka umur pun semakin bertambah. Tanggungjawab semakin berat. Anak-anak pula semakin membesar. Tahun 2017 bagi aku adalah tahun yang paling getir
Gambar sunset di pantai
Hujung-hujung minggu adalah masa lapang di mana jika ada ruang aku akan melayan hobi-hobi. Macam yang dah diceritakan di post tahun lepas, aku ni banyak hobi. Semua hobi tu memang kesukaan aku
Beli kereta baru atau terpakai mana pilihan anda
 

Persoalan nak beli kereta baru atau terpakai banyak bermain kat kepala terutama orang-orang yang first time nak pakai kereta. Aku dulu pun begitu jugak. Setakat
(Visited 145 times, 1 visits today)
share
12 Responses

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge