Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Membeli di lazada adalah berbaloi dan selamat

Membeli di lazada kali ketiga

Hari ini sampai bungkusan pembelian kali ketiga aku di lazada. First bulan januari tahun lepas beli barangan sekolah isteri seperti mesin laminate, puncher dan macam-macam jenis kertas yang aku sendiri pun tak tau nak guna untuk apa. Kemudian isteri aku duk beli berkotak-kotak pampers di lazada hujung tahun lepas. Masa promosi tu boleh dapat pampers petpet saiz L dengan purata harga RM13.00 setiap satu pek. Dalam satu pek tu tak silap aku ada 48 keping kot.

Kali ni aku beli seluar track untuk aku dan isteri. Dari pengalaman membeli di lazada ni dapat disimpulkan ianya mudah dan cepat. Untuk order memang terbaik dan mudah, bertambah baik apabila aku sebagai pengguna kad cimb dan maybank dapat menikmati diskaun sekurang-kurangnya 10%. Kalau shopping online kat tempat lain agak kurang peluang nak jumpa less nih. Untuk penghantaran memang cepat malah lebih baik kalau dibandingkan membeli di ebay atau amazon. Padahal produk tracksuit tu dari china namun penghantaranya cuma mengambil masa 9 hari sahaja.

membeli di lazada

Pilihan membeli di lazada

Kat lazada ni bermacam-macam barangan dijual. Banyak pilihan tersedia dan kita boleh buat pilihan yang paling tepat. Kadang-kadang antara penjual juga meletakkan harga berbeza walaupun jenis barangan yang sama. Ada juga menyediakan pakej menarik seperti jumlah yang banyak tetapi dengan harga purata yang lebih murah.

membeli di lazada

Bungkusan barangan lazada

Setakat tiga kali aku membeli di lazada ni, dari aspek packaging memang puas hati. Packagingnya selamat dan untuk barangan mudah pecah ia akan diletakkan dalam kotak bersama bubble wrap. Begitu juga dengan pembelian sebelum ini seperti pampers, ia di letakkan dalam kotak dan di wrap dengan baik untuk mengelakkan dari terbuka atau rosak terkena air.

 

Shipping cost

Di lazada ni kebanyakan barangan adalah dengan penghantaran percuma. Kita tidak di cas untuk kos penghantaran berbeza dengan di lelong yang hampir semua pembelian dengan kos penghantaran. Namun begitu ada juga barangan yang dikenakan charge tetapi pada kos yang agak rendah.

Kualiti barangan

Tiada beza sangat membeli di lazada dengan membeli di tempat lain. Kualiti banyak bergantung kepada harga dan brand. Kalau tracksuit yang aku beli, memang sesuailah kualiti dengan harganya. Lagipun ia adalah brand dari China dan kebiasaanya ia tidak standing dengan kualiti nike atau adidas. Apapun berbaloilah dengan harganya.

Refund/penggantian barangan

Setakat ni aku tak pernah lagi ada masalah yang perlu minta refund atau hantar semula barang. Namun mengikut pengalaman rakan-rakan, mereka pernah issue refund sebab terima barangan yang berlainan atau dah rosak. Kebanyakannya jenis barangan elektronik seperti power bank dan charger laptop atau phone. Tapi memang dapat refund dan ada juga terima barang yang diganti semula.

Kesimpulanya aku memang puas hati membeli di lazada ni. Untuk korang yang masih belum pernah membeli di lazada lagi bolehlah try, insyaallah korang puas hati. Pilihan di lazada ni sangat banyak. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Kalau aku nak beli tracksuit kat kedai ,paling lama pun 20 minit belek-belek, kemudian terus grab satu bayar kat kaunter sebab pilihan tak banyak. Tapi kalau kat lazada ni, 1 jam macam tak cukup nak belek-belek sebab banyak sangat tracksuit kat situ. Dalam masa yang sama aku dapat menambah pengetahuan tentang fesyen-fesyen tracksuit yang terbaru hehehe… Selamat mencuba.

Ketahui post paling popular di blog anda dengan Google Analytic
Post paling popular dengan Google analytic
 

Khas untuk blogger yang masih newbie, post ni aku nak share cara bagaimana nak tahu yang manakah post
Siswazah menganggur perkara biasa
Siswazah menganggur perkara biasa
Banyak kali dah kita dengar samaada di berita tv atau akhbar tentang beribu-ribu siswazah universiti yang menganggur. Malah ada yang menganggur lebih
Sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab
Satu ketika dulu aku ada post satu artikel tentang perjanjian sewa rumah. Dalam post tu juga aku ada selitkan tentang rumah aku yang berjaya disewakan. Kalau tak baca lagi boleh
Blog pilihan terbaik olaoli 2017
Blog Pilihan Terbaik
Ya..kali ni aku nak 'membodek' blogger-blogger terkenal(dikenali ramai) kat dalam post aku ni. Dah setahun lebih aku berblogging dan lebih kurang 67 post setakat
Layan drama Korea di Astro On The Go
Sebulan dekat aku tak buat sebarang posting. Almaklumlah bulan syawal. Kekenyangan adalah perkara yang membuat mata menjadi mengantuk dan menghilangkan mood walaupun banyak idea yang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dah hari ke-6 baru aku post ucapan selamat hari raya aidifitri . Bila raya aku dah lupa segalanya. Cuma tau persiapan dan meraikan hari raya je. Sebalum hari raya memang satu ruang masa yang
Suka Main Game Dota 2 - game online
Ya kali ni buat julung-julung kalinya aku nak berkongsi hobi aku diperingkat tertinggi iaitu main game Dota 2. haha..hobi aku banyak, tapi belum setanding dengan minat dan sayangnya
(Visited 130 times, 1 visits today)
share
3 Responses

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge