Jadilah seperti Rashid?

Jadilah seperti Rashid?

Jadilah seperti Rashid

Sekarang ni viral sungguh pasal nak jadi Rashid. Semuanya Rashid. Dan akhir ayat mesti Rashid ni baik-baik belaka. Mula-mula dulu ingatkan yang dimaksudkan dengan Rashid tu adalah Rashid Sidek. Rupa-rupanya bukan. Bila aku google barula tau die tiru idea John Is smart tu. Be like John. dan macam-macam lagilah.

 

Setakat ni aku dah baca lebih seratus kebaikan Rashid. Macam-macam Rashid buat. Alhamdulillah semua yang Rashid buat tu bebaik belaka. So yang di luar tu patutlah mencontohi tindakan dan sikap Rashid.

Malam tadi pulak macam-macam cerita penyokong Manchester United buat lepas menang dengan Liverpool pakai Rashid. Ada jugak la sampai tahap menghina. Lumrah manusia apabila menang maka ringan ajelah mulut tu nak membaham yang kalah. Tapi bila di pihak yang kalah marah pulak bila kena bahan.

 

Pendapat aku, asalnya “jadilah seperti Rashid” ni adalah untuk menasihat dan menjurus kepada perkara-perkara yang baik tapi diselangi dengan lawak jenaka. Mungkin dengan kaedah ini boleh membuat orang akan terasa disindir dan boleh berubah. Manalah taukan. Nanti aku pun nak buat jugaklah contohnya:

 

Ini olaoli,

olaoli seorang blogger,

olaoli tak suka buang masa,

kalau ada masa lapang olaoli akan menulis di blog,

olaoli suka berkawan dengan bloger,

jadilah seperti olaoli.

 

Ok tak korang. Bergaya gak tu tukar ngan Rashid. Rashid nama skema sangat. Tersedak Rashid Sidek kalau sene sebut selalu begitu.

 

 

 

 

(Visited 252 times, 1 visits today)
  • >
    %d bloggers like this: