Pelajar IPTA tak cukup makan? Meh abg ajar nak cukup makan
Pelajar IPTA tak cukup makan?
Hari-hari viral kat media social betapa susahnya kehidupan pelajar sekarang berbanding dulu. Ada pelajar yang kebuluran la kat IPTA pasai takda duit nak makan. Ada yang cerita hanya makan sekali sehari je. Ada lagilah macam-macam versi kepayahan kekurangan duit nak belajar. Alasan utama kos hidup yang tinggi. Harga buku mahal. Kos pengangkutan tinggi. Ya memang semua tu berlaku. Kos memang semakin meningkat. Tapi itu bukan bermakna kita hanya tahu mengeluh sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa. So mahu atau tidak kita kena upgrade kehidupan untuk hadapi kepayahan tu.
Meh aku cerita ringkas pasal pengalaman hidup aku. Zaman aku belajar dulu nak bagitau hangpa, lebih teruk dari sekarang. Aku nak cerita dari tingkatan 1. Bukan nak bangga diri, aku ni kiranya kategori pelajar yang agak pandai lah. Peliknya seumur hidup aku ketika sekolah menengah, tidak sekalipun aku pernah menerima biasiswa dari kerajaan. Walaupun aku anak orang susah anak yatim. Sampaikan punya lah sakit hati bila dengar kawan-kawan anak orang senang, malas belajar tapi dapat biasiswa. Tapi aku tak cakap apa-apa, sekadar dalam hati je ketidakpuasan tu. Susah memang susah, tapi aku berusaha. Petang aku akan ikut kawan pergi ambik upah cebak(potong) sawit. Korang ada buat kerja-kerja begitu? Sejak tingkatan 1 aku buat kerja tu. Alhamdulillah dapat gred 1 SPM.
Bila dapat tawaran masuk U timbul satu lagi masalah. Takda duit. Korang ingat zaman dulu macam sekarang. Sekarang kita banyak bantuan kerajaan bagi anak-anak orang yang tidak berkemampuan nak masuk U. Macam-macam jenis yayasan. Aku dulu mana dapat apa. Puas aku dengan mak pergi kebajikan masyarakat, pergi baitulmal sambil usung surat tawaran masuk u tu nak minta bantuan. Isi borang dan mereka janji kemungkinan besar aku akan dapat bantuan sebab dari keluarga yang susah, tapi itu semua tinggal janji kosong. Ini kisah benar berlaku tahun 1999. Call PTPTN nak minta bantuan awal, pun tak dapat. Masa tu, kalau lah mak aku tak kuat, memang aku putus asa dah.
Akhirnya mak aku buat keputusan pajakkan tanah 1 ekar pada orang sebab nak dapatkan duit belajar. Dapatlah pajakan 25 tahun dengan hanya RM6000 je. Satu lagi pengorbanan besar mak pada aku sebab aku ni jela satu-satunya anak dia yang ada hati nak belajar. Bila dah masuk U, aku kena tunggu hujung semester 1 dah nak masuk semester 2 barulah pinjaman PTPTN masuk akaun. Bukan macam sekarang cepat je korang dapat. Tapi sejak aku dapat je duit PTPTN hinggalah habis belajar 3 tahun + 2 tahun(dip and deg), aku tak pernah kehabisan duit.
Sebab aku tak macam korang. aku pandai berjimat dan pandai cari duit. Korang pasti akan cakap, macam mana nak cari duit sedangkan kita sedang belajar! Mana ada masa nak bekerja! Tu lah korang. Apekejadahnya nak kerja masa belajar. Korang kena target time cuti sem tu pergi cari kerja. Ini tidak kauorang cuti sem berbulan-bulan melepak je kat rumah berlagak kononya aku budak U nak rehat sebab letih belajar. Aku dulu balik je kampung, turun sungai menjala udang galah. Kadang-kadang pasang pukat kalau air timpas(airsurut). Harga masa tu sekilo RM25 je pun. Petang-petang kalau tak turun sungai aku pergi kayuh basikal dalam 10 km pergi padang golf jadi kedi. Dalam cuti sem tu aku press habis-habis tenaga cari duit sebanyak boleh. Nak tampung duit PTPTN, sebab PTPTN kasi bukanya cukup nak cover sepanjang semester.
Aku duk umah sewa kat Shah Alam. Sebulan RM600. Menyewa berenam. Kami bergilir-gilir masak. Terutama makan malam. Ada sorang member aku lagilah, siap bawak bekal pegi kelas. Time rest, makan tu je tak payah makan kat cafe. Korang bayangkan berapa banyak boleh save. Kalau sekali makan sorang-sorang kat seksyen 2 biasanya rm4-6. Tapi kos kami masak makan malam bersama dalam 7-8 ringgit je. Lauk biase je lah, telur goreng, ikan kering goreng, ikan goreng, kicap, dan sayur goreng. Kadang-kadang sayur pun takda. Maggi tu sentiasa dalam stok. Tak cukup makan nasi kena cover dengan magi pulak. Tak jugak kami bodoh makan benda-benda macam tu. Salah sorang housmate aku dah jadi seorang pilot Air Asia. Walaupun masa pegi kelas bawak nasi ngan lauk ikan kering goreng. Kalau terbaca post ni jangan marah ye sebab aku tak sebut nama ko.
Kami pun dulu ada jugak komputer. Tapi kami beli komputer secondhand je yang banyak jual kat tepi giant seksyen 18 tu. Jadilah untuk boleh buat assignment. Kalau nak search internet kami pergi cyber cafe. Bukan macam sebahagian korang, beli laptop high spec nak buat main game. Guna PTPTN beli smartphone memahal. Lepas tu ada jugak yang subscribe postpaid yang perlu ada monthly komitment. Beli pakaian saje je kerjanya. Belanja pulak awek. Aku dulu pun ada jugak awek(dah jadi bini). Tapi kami sesama orang susah so masing-masing memahami kesusahan tu. Dating kat dalam kampus je time ada gap kelas.
Jadi nasihat aku pada adik-adik di sana yang sedang belajar, hangpa kena ingat yang dunia semakin maju, kos semakin meningkat, manusia semakin ramai, persaingan semakin kritikal, cubalah upgrade kemampuan diri tu. Mesti lebih rajin. Jangan tumpu kepada satu perkara sahaja. Kerana sekarang ni kita perlu buat macam-macam kerja(dah macam kata-kata sorang menteri tu pulak)untuk tambah pendapatan.
Apa yang aku taip ni sebenarnya nak jadikan contoh pada korang student IPTA yang terbaca post ni. Bukan nak tunjuk pandai. Hasil dari pengalaman sendiri. Jadi bila aku baca kes-kes sekarang ni pelajar tak cukup duit nak makan, ada yang usus pecah berderai, ada yang makan sehari sekali maka nasihat aku carilah duit. Korang muda dan kuat. Tambahan sekarang ni korang boleh buat bisnes online. Boleh jual dropship, ebook, affiliate dan macam-macam lagi. Di zaman aku dulu benda-benda ni tak terkenal pun lagi. Di dunia ni tiada ruang untuk orang yang malas berusaha. Korang sebagai pelajar universiti mesti jadi individu atau golongan yang pro aktif bukan menganga je setiap masa.
bro memang hebat dari kecil lagi dan saya amat mengkaguminya..
nasib baik saya bukan golongan awek..kalau tak saya akan usha untuk jadi dijadikan suami..he..he..he..
komen suka lari dari topik…
yang pasti bro memang jenis hebat dalam bab mencari duit..
biasanya orang susah atau dari keluarga yang susah, dia punya survival lebih tinggi dari orang senang
semoga dipermudahkan urusan semua pelajar
orang susah ada je dimana-mana, termausk pelajar
tapi sebagai kerajaan, kerajaan pun sepatutnya lebih utamakan kebajikan rakyat
betul tu puan. kerajaan walau apapun tidak boleh lepas tangan sahaja. perlu buat apa-apa tindakan untuk sekurang-kurangnya ringankan beban pelajar.
tapi ramai juga rakyat yang prihatin, insyaAllah ada rezeki jika berusaha
Saya pun kecil2 dulu macam tu. Tapi sy org perempuan. Sy ikut abah dan mak sesekali pergi toreh getah. Sampai la sy masuk uitm. Masih ikut mak pegi menoreh.
adik pereempuan saya masa remaja dulu ambil upah siat pucuk untuk dijual..kutip kelapa dan macam-macam lagi kerja kampung kami buat
saya dulu dapat 1500 je satu semester utk belanja. cukup je. berjimba tu jimba jugak. pandai2 la.
ya zaman kita zaman bukan menganga mulut. zaman sekarang ni semua tau nak nganga je..
Seingat MV dulu, tak rajin sangat makan maggi pun, sebab duit yang PTPTN bagi tu memang cukup, pandai-pandai jimat..
Sekarang ni memang kena pandai la buat pert time income sebab semuanya dah MAHAL