Azam baru tahun 2017

Azam baru tahun 2017

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan 2016 dan membuka lembaran baru tahun 2017. Masuk je tahun 2017 maknanya umur kita pun dah meningkat setahun lagi. Oh aku dah semakin tua..korang mungkin masih muda lagi kot..haha. Biasanya setiap awal tahun atau nak menyambut tahun baru masa tu kita menanam azam apa yang kita nak buat sepanjang tahun. Aku pun begitu jugak walaupun lebih 50% azam tak tercapai. Azam baru tahun 2017 yang nak aku ceritakan ni kalau korang nak bacalah..berkaitan dengan aktiviti blogging. Lain-lain azam simpan dalan hati je la.

azam baru

Azam baru 2017

Azam tahun baru ni nak perbaiki kelemahan 2016, merajinkan diri untuk memosting. Titan cakap kat sini seorang blogger mengambil masa lebih kurang 3 tahun untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dari blog mereka. Aku baru aje terbaca posting tu dan memang sedikit sebanyak memberi sentuhan jiwa raga untuk ambil tindakan yang lebih produktif. Malas? ya itulah sikap yang perlu  diubah kalau nak berjaya. Rajin? ya itula pulak sifat yang perlu dimiliki. Senang ke nak rajin? itulah persoalannya..

azam baru

Mungkin 1 atau 2 kali seminggu kekerapa yang sesuai untuk hasilkan post. Kalau nak buat setiap hari atau 2 hari sekali, mungkin blogger sepenuh masa je kot yang mampu.

Blogging adalah satu aktiviti yang menarik sebenarnya. Menulis, berhubung dan berkenalan dengan rakan blogger lain. Kadang-kadang ada event di kalangan blogger dengan bermacam tujuan. Yang pasti untuk networking disamping merapatkan tali silaturrahim. Setakat ni tak pernah la aku join event kalangan blogger ni. Sebab aku segan, malu, rasa kecil pasal blog yang tak berapa manja sangat ni.

Langkah awal azam baru 2017

Azam baru untuk serius berblogging ni dah start bila tukar theme lama ke theme writing ni. Tukar theme pasal aku cuba nak ubah angin mungkin dengan ‘reformasi’ theme ni boleh merajin dan memajukan lagi olaoli.com. Pilihan theme pun simple lebih kepada personal blog dan bukan nak cari duit. Mungkin bila nak masuk third year baru fikirkan untuk cari duit..mungkinlah.

Seterusnya azam baru adalah untuk belajar benda-benda yang aku masih tak pandai-pandai dan memahami aspek-aspek yang penting berkaitan dengan blogging selain penulisan. Benda yang yang susah dan menyusahkan tapi di perlukan adalah macam mana nak mem ‘push’ kan post kita naik ke first page rank dengan keyword yang hot. Barulah pelawat ramai.

azam baru

Kesimpulan

Macam pengalaman aku dan ramai orang yang lain, azam ni hangat-hangat awal-awal je. Lepas tu azam ntah ke mana kitanya ntah ke mana. Apapun azam ni kalau nak maintain, kita kena ada sumber motivasi yang boleh naik kan semula mood kita time down. Bukan mudah untuk mengekalkan sesuatu momentum melainkan apa yang diusahakan itu sudah menunjukkan hasil yang menguntungkan.

[wdps id=”1″]

 

 

(Visited 480 times, 1 visits today)
  • susah jadi blogger ni.. makan masa untuk nak dikenali dan dapat keuntungan. saya mula sejak 2009 lagi dan 2012 baru dapt tengok hasilnya

    • ye betul tu..saya dapat rasakan saya yang baru setahun ni kalau nak mintak kat blogger otai follow kat twitter balik pun tak ramai yang layan hehehe..

  • betul tu bro..kalau cedok dan edit rasa macam kurang feel..tapi buat content sendiri ni kadang-kadang kering idea

  • nak rajin bukan perkara mudah..saya menulis sangat ringkas jika kesuntukan masa dan cuma peruntukam 1 jam sehari untuk aktiviti blogging sahaja..yang lain saya fokus untuk aktiviti offline.

    lagipun blog saya sudah jana pendapatan secara senyap dan pasif setiap bulan..

    • saya kalau 1 jam memang tak sempat nak siapkan walau satu post.

  • >
    %d bloggers like this: