Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Tarian zapin negeri Johor

Tarian zapin negeri Johor

Saya ni salah seorang peminat dengan tarian zapin walaupun tak pandai da tak pernah cuba menari zapin. Usahkan nak menari zapin, menari ape pun tak tau. Maklumlah jenis badan keras macam kayu. Tapi kalau satu benda tu kita tak boleh buat bukan bermakna kita tak boleh minat. Dibawah ni salah satu video satu kumpulan yang menari zapin. Nampak best dan menarik. Tarian mereka pun sama je.

Tarikan tarian zapin negeri Johor

Saya tertarik dengan tarian zapin ni sebab dia nampak penuh kemelayuan dan gagah. Ada tarian yang sesuai untuk penari lelaki dan ada tarian yang sesuai untuk penari perempuan. Kalau tarian zapin oleh orang lelaki ia akan nampak gagah sopan. Kalau tarian zapin oleh perempuan kita boleh nampak keayuan dan kesopanannya. Aspek tu tak boleh nampak kalau kat tarian-tarian baru yang selalu keluar kat tv tu. Tarian zapin kebiasaanya dilakukan secara berkumpulan dan diiringi dengan alunan muzik dari gambus, gendang, dumbuk dan juga suara penyanyi. Bagaimanapun adakalanya hanya muzik sahaja tanpa iringan suara penyanyi.

Sejarah tarian zapin

Apa yang saya ketahui, zapin ni di bawa dari tanah arab selepas kedatangan agama islam ke tanah melayu. Pada ketika tu tarian zapin ni kiranya adalah cara berhibur mereka disamping bersyair dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam alunan muzik. Pada awalnya ia berdasarkan kepantasan gerakan kaki sahaja. Kemudian tarian ni mula mengalami revolusi selepas berasimilasi dengan adat dan budaya bangsa melayu di dalam empayar Johor-Riau. Boleh dikatakan kini, zapin sangat serasi dengan negeri Johor. Malah dikatakan lebih terorganisasi berbanding daerah-daerah melayu yang lain seperti jambi, deli, singapura dan kawasan-kawasan yang pernah termasuk di dalam wilayah kekuasaan empayar Johor.

Pada awalnya zapin ni hanya tarian untuk orang lelaki. Namun selepas negara merdeka golongan wanita jua telah terlibat dengan aktiviti tarian zapin. Terdapat banyak jenis zapin, cuma yang saya tahu seperti zapin pekajang, zapin lenga dan beberapa lagi. Semua itu dikateggorikan sebagai zapin melayu. Zapin melayu mengalami banyak perubahan dan gaya dari zaman ke zaman. Ia berbeza dengan zapin arab yang masih tiada banyak perubahan dan masih sama dengan asalnya.

Peninggalan pusaka kebudayaan seni melayu

Sebagai keturunan melayu, sehebat manapun tarian lain terutama tarian moden, sepatutnya kita mewarisi dan memelihara tarian tradisional zapin ini dengan sebaiknya. Sebab bagi saya identiti bangsa bukan sahaja berdasarkan bahasa dan warna kulit, malah meliputi semua kebudayaan yang dicipta dan diamalkan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu.

Bulan Ramadhan menjelang tiba
Bulan Ramadhan menjelang tiba
Tinggal 3 hari je lagi kita nak berpuasa di bulan Ramadhan. Anak-anak pun tak sabar nak berpuasa almaklumlah puasa tahun ni 2 minggu kena cuti sekolah. Ada
Batuk teruk kahak berdarah pengalaman dan petua
Pengalaman batuk teruk dan kahak berdarah
Aku nak share dengan korang pengalaman batuk teruk dan cara nak kurang/hilangkan batuk. Sebulan sebelum isteri bersalin anak ke-6,
Tips elak perceraian untuk suami isteri
Assalamualaikum. Hari ni aku nak jadi ustaz untuk memberi nasihat kepada anda di luar sana tips elak perceraian berlaku dalam keluarga kita. Perceraian adalah satu perkara harus
Cuti hari pekerja peluang bawa keluarga berkelah
Esok 1 Mei bersamaan dengan hari isnin adalah hari cuti bersempena dengan hari pekerja/buruh. Dengan cutinya hari isnin maka dapatlah kami bercuti selama 3 hari. Sabtu,
Hangat-hangat tahi ayam l semua orang pernah mengalaminya
Hangat-hangat tahi ayam l semua orang pernah mengalaminya
 

Hangat-hangat tahi ayam bermaksud - orang yang serius dan bersungguh-sungguh melakukankan
Cuti Sempena Hari Pertabalan Di-Pertuan Agong
Cuti sempena hari pertabalan Yang Di-Pertuan Agong
Esok 24 April adalah hari pertabalan yang di-Pertuan Agong XV, iaitu Sultan Muhammad V. Maka seluruh rakyat Malaysia diberi
Sempena program mini karnival JPJ
Sempena program mini karnival JPJ
Hari ni sempena cuti hari sabtu, aku bawa isteri dan 2 orang anak pergi ke mini karnival JPJ yang jaraknya cuma 10 minit sahaja dari rumah. 4 orang
(Visited 66 times, 1 visits today)
share
2 Responses

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge