Risiko pelaburan emas

Risiko pelaburan emas

Pelaburan emas 

Sebelum ni aku ada publish satu post berkaitan dengan strategi dan teknik mengumpul emas, tapi kali ni aku nak sentuh pula berkaitan dengan risiko pelaburan emas. Semua pelaburan di dunia ini pasti ada risiko untuk mengalami kerugian. Namun risiko kerugian itu boleh diminimakan dengan ilmu atau pengetahuan tentang pelaburan tersebut. Ramai dealer-dealer emas terutama dari public gold yang kerap menceritakan tentang kelebihan dan kebaikan pelaburan emas. Namun pernah tak kita dengar mereka ceritakan risiko dalam pelaburan emas ni? Tak pernahkan? Sekarang aku nak kongsikan sedikit sebanyak yang aku tau risiko pelaburan emas

Risiko kejatuhan harga emas

Inilah risiko yang dialami oleh ramai orang di era bermula penghujung tahun 2012 hingga 2015. Ketika tu kejatuhan harga mencecah sehingga 40%. Cuba anda bayangkan pelabur emas yang membeli emas ketika harga pada USD1820 tetapi menurun tinggal USD1070. Banyak tu nilai penyusutan emas dan berlaku dalam tempoh ​setahun sahaja. Masalah tak di situ? Masalah bergantung kepada sesiapa yang tidak merancang pelaburan emas dengan baik.

Ada rakan-rakan yang buat kesalahan dengan membuat pelaburan emas menggunakan sebahagian besar duit simpanan ketika harga emas berada diparas tertinggi di penghujung tahun 2012. Misalannya menggunakan 90% dari saving untuk membeli emas, dan kemudianya emas mengalami penyusutan sehingga 40%. Ramai yang garu kepala lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan situasi memerlukan wang waktu kecemasan. Mau atau tidak terpaksalah emas tu digadai atau dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dari ketika membeli.

Pelaburan emas perlukan ilmu pengetahuan dan kesabaran yang tinggi. Pelaburan bukan bermakna asal ada duit je terus laburkan. Kita perlu faham, pelaburan emas yang berjaya akan mengambil masa yang lama untuk melipatkaligandakan hasilnya. Kita lihat saja antara pelabur terkenal di dunia iaitu Warren Buffet yang memegang sesuatu portfolio sehingga berpuluh tahun lamanya. Jadikan itu contoh bahawa sangat kecil kemungkinan untuk berjaya dalam pelaburan emas dalam tempoh masa yang singkat.

Ketidakmampuan pengeluar membeli semula

Yang ini satu lagi masalah dihadapi oleh pelabur emas. Kebanyakannya terjadi pada syarikat-syarikat kecil yang tidak mengalami modal yang terhad. Aku sendiri pernah mengalami masalah ni bila membeli emas dari sebuah syarikat kecil yang mengeluarkan emas dalam bentuk ketulan dan perhiasan. Namun menjadi masalah bila dia tidak mampu untuk pusing modal dan tidak cukup modal untuk membeli semula produk emas yang dikeluarkannya dari pembelinya sendiri. Bila situasi ni terjadi, aku cuba menjualnya di tempat lain seperti di kedai emas dan public gold. Kat situlah nilai emas tersebut diletak terlalu murah. Keputusannya tak jadi jual dan masih ada dalam simpanan.. Sebab rasa rugi, lebih baik disimpan untuk digadai kalau sesak nak pakai duit. Sebab jika digadai di bank rakyat, ia tetap diterima dengan nilai harga semasa.

cara menurunkan kolestrol

Risiko Emas Hilang

Risiko pelaburan emas yang ketiga ni sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Walaupun risiko ni boleh dianggap risiko kecil, tapi aku sendiri pernah mengalami kehilangan 2 keping 1 dinar. Sampai sekarang tak jumpa. Jenuh mencari, nak kata anak hilangkan tak mungkin anak-anak tahu dimana aku simpan. Nak kata pencuri masuk rumah, awat depa tak ambik semua. Setiap keping emas nilainya mencecah hingga berbelas ribu. So kita perlu membuat satu catatan tempat-tempat kita menyimpan emas.

Syarat sebelum ceburi pelaburan emas

  • mempunyai simpanan yang mencukupi untuk situasi kecemasan
  • mempunyai perancangan pelaburan emas yang teratur dan baik
  • bersedia dengan ilmu dan pengetahuan sebelum mula melabur.
  • cuba elakkan dari membeli emas sekaligus. digalakkan menggunakan kaedah cost averaging bagi meminimakan kos.
  • latih diri supaya tidak terburu-buru dan sentiasa bersabar dengan mengikut perancangan pelaburan yang telah disediakan.

  • ​Pendapat dan pandangan admin ini tidak semestinya betul. Anda perlu bijak membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam mana-mana sahaja pelaburan termasuk pelaburan emas.


    (Visited 1,313 times, 1 visits today)
  • >
    %d bloggers like this: