Bersalaman dengan bukan muhrim?

Bersalaman dengan bukan muhrim?

Bersalaman dengan bukan muhrim

Dua tiga hari yang lepas telah terviral pulak kes seorang berkedudukan tinggi yang bersalaman dengan bukan muhrim atau isteri orang atau anak dara orang atau sesape lagilah yang bukan muhrimnya. Banyak sungguh komen yang diterima di facebook, di blog dan mana-mana laman sosial yang ada memaparkan gambar tersebut. kat sini aku bukan nak tunjuk pandai atau nak berlagak ulamak, cuma setiap orang ada pendapat so ini lah pendapat aku.

Bukan Muhrim tidak boleh bersentuhan kulit

Dari kecil kita diajar dan dididik yang lelaki dan perempuan yang telah baligh dan bukan muhrim tidak boleh

bersalaman dengan bukan muhrim
bersalaman dengan bukan muhrim hukumnya haram jika tiada sebarang keperluan darurah

bersentuhan, tidak boleh bersosial sehingga melanggar had dan wajib menutup aurat selagi tidak darurat.. Itulah yang diajar oleh ustaz-ustaz, ulama dalam dan luar negara. Sebab itulah ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah dan disampaikan kepada kita oleh ulama pewaris nabi. Walau apa cara sekali pun selain perkara yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang ingin membuat pembedahan, berlaku sesuatu perkara yang darurat maka hukumnya haram bersentuhan kulit jika sememangnya disengajakan.

Hukum Allah kepada semua manusia tanpa mengira darjat

Berbalik pada perbuatan bersalaman yang di viralkan, komen aku yang ianya sememangnya salah. Tidak nampak dari sudut mana yang boleh menyatakan yang ianya perbuatan yang dibolehkan. Walaupun matlamat kita ingin menjaga hati orang yang mengunjukkan salam, namun tujuan dan matlamat itu tidak membolehkan dan menghalalkan caranya. Bagi seorang yang berilmu maka dia akan mendahulukan kehendak penciptaNya berbanding kehendak manusia yang juga dicipta oleh penciptaNya. Walau setinggi mana darjat kita di dunia dikalangan manusia, apabila berhadapan dengan hukum Allah, siapalah kita begitu berani melanggar undang-undangNya.

bersalaman dengan bukan muhrimTindakan counter yang dilakukan dengan mengeluarkan satu video yang memaparkan beliau diunjukkan salam dan kemudian menolak sebelum mengambil lapik tangan mungkin boleh didefinisikan kepada dua maksud. Pertama mungkin beliau mengakui kesilapannya dan menunjukkan cara yang betul dan dalam masa yang sama mendidik masyarakat yang mungkin tidak tahu bahawa ada caranya untuk bersalaman dengan bukan muhrim demi menjaga air muka mereka. Yang kedua mungkin juga beliau ingin mempersendakan orang-orang yang mengkritik tindakan beliau sebelum ini dan secara tidak langsung boleh dilihat umpama mempersendakan hukum. Namun saya lebih melihat secara positive yang ia dilakukan untuk membetulkan kesilapanya.

Teguran melampau dari pengkritik

Memang pembacaan saya terhadap komen yang diberi oleh pengkritik ada yang terlalu ektrem sehingga menjatuhkan hukum masuk neraka. Memang diakui dalam gambar itu kita nampak beliau bersalaman dengan bukan muhrim, tapi apakah kita pasti seratus peratus yang beliau itu sesuka hati bersalam? Apa akan jadi jika beliau ‘tersalam dengan tidak sengaja’. Maksud saya mungkin dalam keadaan yang rush beliau tersambut salam itu. Kemungkinan adalah sangat kecil peratusnya ia berlaku seperti itu, tapi apakah anda pasti yang ianya tidak mustahil terjadi?

Jika seorang islam masuk dan duduk dalam gereja sambil mata beliau melihat kepada patung gereja, apakah kita boleh menyatakan yang dia sudah murtad? Tapi ramai yang akan menjatuhkan hukum seperti itu. Ada kemungkinannya yang beliau sedang melakukan kajian tentang agama tersebut atau mengkaji kelemahan-kelemahannya. Walaupun yang ianya kemungkinan yang kecil tapi adakah ia mustahil terjadi? dan apakah hukumnya jika kita menjatuhkan hukum murtad kepada beliau? Apa akan terjadi jika beliau tidak bersalah?

Nasihat dari OlaOli.com

Beberapa perkara yang ingin saya nak nasihatkan kepada pembaca termasuk diri saya sendiri. Sentiasalah menjaga had pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sentiasalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat. Perdana Menteri kah anda, raja kah anda atau sultan pun sekalikah anda haram tetap haram. Manusia ni setinggi-tinggi kedudukan dan kuasa sekalipun, hidup setakat 60-80 tahun je. Bila jantung dah berhenti orang akan hantar kita ke liang lahad, tetap juga kene hentak dengan malaikat kalau tak cukup amalan dan kebaikan.

 

(Visited 791 times, 1 visits today)
  • ciktom tak tau pulak ada viral isu baru..lama sangat tak online..hehe
    malas nak komen bab hukum bersalam dgn bukan muhrim..mmg dah sah2 salah kan..
    tapi ciktom paling geram bab keyboard warrior ni..komen kritik org lain langsung tak ingt dunia..
    nak tegur pun ada caranya kan..

    • betul tu batas pergaulan perlu dijaga untuk mengelakkan berlaku perkara yang tak baik

  • bersalaman adalah peluang tak best untuk bersentuhan lelaki dengan perempuan..hukum tetap hukum..

    • ye bro..jangan ingat kedudukan tinggi boleh membelakangkan hukum

  • oh ade viral eh. DT tak de FB tak tau al kisah al kisah yang berlaku sekarang.
    pendapat DT plak.
    hukum Allah tetap hukum Allah.
    DT kalau ada lelaki nak salam, terus DT letak tangan kat dada tanda hormat.
    sebab kita di didik dari kecik kan

  • benda salah tetap benda salah.

    so, tak salah tegur.

    cuma tegur tu, biar ada ilmu sikit.

  • Betul, niat tak menghalalkan cara. Bila kita berpegang pada hukum, orang luar yang bukan ISlam pun akan respect kita. Malah, ada segelintir tu lagi peka daripada kita sendiri.

    Pun setuju diberi teguran, tapi biarlah berhikmah.

  • >
    %d bloggers like this: