Tips elak perceraian untuk suami isteri

Posted on 4 min read 88 views

Assalamualaikum. Hari ni aku nak jadi ustaz untuk memberi nasihat kepada anda di luar sana tips elak perceraian berlaku dalam keluarga kita. Perceraian adalah satu perkara harus yang paling Allah tak suka.

so siapakah aku yang nak memberi nasihat ni?

Adakah aku sebenarnya seorang ustaz?? tak

Adakah aku seorang kaunselor? pun tidak

atau aku ni seorang tok imam kampung?? tidaklah jugak…

Jadi..siapakah aku yang nak beri nasihat nih??

Aku hanya seorang lelaki yang dah berkahwin dan mempunyai setengah dozen anak dan seorang isteri tetapi sangat banyak pengalaman sebagai pendengar masalah perceraian yang banyak berlaku disekeliling aku..ahli keluarga aku sendiri, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan lama semasa di universiti dulu dan kenalan-kenalan rapat di FB.

Sebabkan aku ni baik berkawan dengan semua orang suka bersembang membuang masa dengan rakan-rakan, makanya bila mereka ada masalah banyaklah dijadikan aku sebagai tempat bercerita untuk lepaskan stress.

So kali ni aku nak kasi tips elakkan perceraian. Semua tips yang aku kongsikan ni adalah berdasarkan punca masalah perceraian yang berlaku dikalangan orang yang aku kenali. Aku susun mengikut ranking punca utama faktor perceraian tu berlaku.

Tips elak perceraian

kewangan – ya. Inilah punca perceraian paling banyak terjadi dikeliling aku. Masalah kewangan ni boleh dikatakan sampai tahap nak beli susu anak pun tak ada. Kena pulak dengan sikap isteri yang tak mampu untuk harungi kehidupan susah. Namun puncanya juga adalah ketidakmampuan menahan kehendak berbelanja besar ketika pendapatan melebihi perbelanjaan. Beli itu beli ini tambah hutang itu tambah hutang ini. Tukar-tukar kereta beli phone mahal-mahal.

Bila sampai satu tahap kronik, semua hutang-hutang di bank tak mampu dibayar. Kereta kena tarik dan terpaksa jual semua harta benda yang ada untuk tanggung makanan harian. Terpaksa pula meminjam dengan kawan-kawan. Tapi lama-lama kawan pun dah tak nak bagi pinjam lagi kalau hutang lama tak dibayar. Akibat tertekan, maka hari-harilah bergaduh. Mulalah ungkit mengungkit. Akhirnya…cerai. Jadi sebagai ketua keluarga jagalah kewangan anda dari defisit setiap bulan. Tak payah la suap kat mulut anak bini ayam setiap hari…suap je ikan masin kalau ikan masin je yang mampu kita beli. Macam orang-orang tua kata, biar genting jangan putus.

panas baran –  ini satu hal lagi..memang sesiapa pun tak boleh tahan kalau suaminya kaki pukul. Hari-hari, silap sikit penampar sampai ke muka. Walaupun semua keperluan hidup dilengkapkan oleh suami, tapi takda isteri kot yang boleh tahan maki hamun dan penampar setiap kali terbuat salah. Ya lah terlupa gosok baju kerja pun kene pelempang….. sapa tahan. Belajarlah sabaq-sabaq..jangan nak tendang terajang anak bini kat rumah…sebab orang-orang yang hang duk tendang terajang tu sebenarnya sayang kat hang. Kawal-kawal lah panas baran tu. Sebab itu semua pengaruh syaitan dalam hati perut tu.

poligami – ok yang ni susah mau cakap. Sebab orang perempuan memang tak suka bab ni. Orang lelaki memang boleh berpoligami kalau dia mampu dari segala hal. Walaupun dah ada anak ramai, dah ada bini punyalah lawa, tapi kalau dia mampu zahir batin boleh je dia kawin lagi. Tapi sebahagian besar isteri ni memang tak boleh terima bab poligami ni. Bergaduh dan akhirnya minta dilepaskan(cerai). Biasanya kalau suami yang berniat nak poligami ni memang taknak ceraikan isteri pertama sebab sayang tu tetap sayang.

Pada pendapat akulah, sebelum nak poligami korang kena didik dulu isteri tu tentang agama. Sebab, bila lihat geng-geng ustaz-ustaz yang aku kenali ada isteri 2, 3 dan ada 4. Kenapa isteri-isteri mereka tak bergaduh dan tak bercerai berai? sebab isteri mereka telah dididik dengan pemahaman dan ilmu agama yang mendalam. Jadi mereka tahu hak suami tu bagaimana dan hak mereka pula setakat mana.

Tidak menghormati suami – ini pasal isteri yang tak pandai nak respek suami. Sepatut dalam rumah tangga ni isteri takut suami, ni tidak suami takut kat isteri. Sebab isteri dia ni suka meninggikan suara kat suami, tak kira lah kat depan anak-anak ka, depan kawan-kawan ka hatta depan mak mertua sendiri pun begitu. So lama-lama suami dah hilang sabar, mungkin juga atas nasihat atau ‘hasutan’ orang lain…ambik kau talak 3. kecoh satu taman. So…pada isteri jangan duk nak melangkau kuasa suami. respek pada suami anda kerana dia adalah ketua keluarga. sebusuk-busuk dia pun, dia adalah suami. Dan para suami, tolonglah ada ego sikit. Memang la kita sayang bini, tapi jangan sampai bini pijak kepala.

dan yang terakhir

suami penagih dadah – ni taktau nak cakap apa. Kalau dah penagih dadah bukan sahaja tak berguna kepada anak bini malah kepada agama, negara dan bangsa pun. Jauhi diri dari pengaruh dadah. Dadah adalah musuh negara.

Tips elak perceraian yang lain

Yang ni pada pendapat aku:

  • hormat menghormati sesama suami isteri
  • bersyukur atas apa je kurniaan atau ujian dari Allah yang kita hadapi
  • jangan tertimbul sedikit pun perasaan kesal terhadap kelemahan pasangan
  • nasihat menasihati
  • sediakan diri dari aspek fizikal yang menarik kepada pasangan anda. yang isteri jaga makan(diet) kasi macam piala. Yang suami pergi gym angkat besi banyak-banyak. apapun ikutlah taste pasangan korang macam mana. kalau isteri nakkan suami gemuk chubby..tak payah pergi gym telan jela nasi banyak-banyak. macam tu jugak kalau sisuami suka isteri dia gebu debab..pi la makan nasi siang malam.
  • kerap buat seks..(ni penting ni)

Pinittips elak perceraian

Perceraian ni biasanya tak beri masalah sangat pun pada isteri atau suami. Yang menjadi masalah adalah anak-anak. Mereka ni akan hidup menderita kurang kasih sayang. Budak PMR 8A bila ibu bapa bercerai SPM lingkup. Anak-anak yang dulu aktif bercakap bila ibu bapa bercerai jadi pendiam. Dan lebih sedih bila tengok anak yang dulunya gemuk obesiti bila ibu bapa bercerai terus susut dan kurus.

Nasihat pada rakan-rakan dan pembaca serta diri sendiri juga. Hiduplah kita berkasih sayang. Sebab hidup ni bukan untuk diri sendiri je. Tetapi untuk orang lain juga.

Sekian terima kasih

 

Poket di keringkan oleh DIY
​DIY. Selalu kita dengar word DIY. Mula-mula dulu tak berapa paham sangat sebab ingatkan nama kedai tu sesaje letak nama DIY. Rupa-rupanya ia adalah singkatan dari Do It Yourself. Kedai DIY
Pengalaman nyawa dihujung tanduk
en
5 langkah bina blog self-hosted
​Langkah-langkah membina blog
​Post ni nak dikongsikan dengan mereka-mereka yang nak buat blog tapi taktau cara nak buat. Sesetengah orang sanggup mengupah orang lain setupkan blog yang
4 jenis hutang punca masalah kewangan
​Hi, selamat malam kepada pembaca olaoli.com. Post hari ini nak sentuh tentang 4 perkara yang menjahanamkan kewangan anda. Sebenarnya ada lagi, tapi 4 inilah yang paling banyak dialami
Keburukan makan maggi secara keterlaluan
Dulu satu ketika aku bergelar seorang budak U.
Belajar di UiTM Arau tahun 2000-2003 course diploma in plantation industry management.
Course ini membekalkan graduan untuk bekerja
Meja blogger hingusan olaoli
Meja Kerja Blogger
Siapa itu blogger? 
Siapakah yang layak dipanggil blogger?
Pada pendapat teman blogger bermaksud sesiapa yang ada blog/website dan menulis tentang berita, pendapat, pengalaman,
Buat duit sebagai penulis – Panduan Menjadi Penulis Bebas
​Minggu lepas setelah sekian lama tidak membeli ebook tiba-tiba teman teringin dan tertarik untuk membaca sebuah ebook yang telah di promosi ke emel teman iaitu
(Visited 302 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit
  • Terima kasih dia atas tips yang diberikan..
    Betul.. setuju sangat..
    Zaman sekarang ni punca utama penceraian adalah masalah kewangan..

    • Ya tuan..tu sebab kita kena bantu membantu sebarkan idea mcam mana nak tambah pendapatan.

  • tak best la cerai-cerai nih.

    banyak benda kena fikir nanti.

  • elakkan percarian..

    tak pelah menderita 10 tahun tetapi boleh 30 tahun..

    paling penting sekali minta la kepada yang maha Esa jalan penyelesaian ..

    tak kira sesiapa ..suami atau isteri

  • >
    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

    Enjoy this blog? Please spread the word :)