Category: Makanan

Musim durian dah tibe

Musim durian dah tibe

Musim dor​oyan dah tibe dah kome oii. teman nengok kat tv dan facebook bukan main lagi harge doroyan murah-murah. Ada teman call mak teman katenye dekat kampung gajah Pasir Salak RM 3 je sebijik. Itu belum lagi kat tempat lain doroyan berlambak-lambak dan bermacam jenis. Doroyan ni rasanya semua orang tau adalah raja segala buah. mane idaknya dialah satu-satunya buah berduri tajam penuh satu badan..

musim doroyan dah tibe

Doroyan ni jarang-jarang jumpa orang yang tak suke. Tapi teman sendiri pun tak le kemaruk sangat. kalau jumpe teman makan, tapi tak mencari sangat. Mungkin sebab sejak kecik dah makan sampai jemu.

Kampung teman banyak dusun doroyan dengan manggis. Jadi dulu masa kecik-kecik bila tibe musim doroyan memang kampung beraya dengan doroyan sampai kalau nampak doroyan luruh walaupun bukan tanah sendiri main ambik je. Orang kampung pun tak kisah.

Tapi la ni dah berubah. Banyak dusun doroyan dah kene tebang di tanam dengan sawit.

​Ancaman kepada doroyan

Pokok kelapa pulak boleh dikatakan hampir tiada di sepanjang jalan kat kampung teman sekarang ni. Kalau tidak, dulu kelapa sawit ni adalah satu sumber ekonomi kepada orang kampung teman.

Kalau dusun buah-buahan rezekinya ikut musim. Tapi kelapa bila-bila masa je orang kait dan jual. Tapi sekarang hanya sawit je yang ada kat kampung tu. Walaupun dipikirkan betapa ruginya buang pokok-pokok buah-buahan dan kelapa, tetapi jika diperhalusi pokok sawit lah yang banyak membawa perubahan kepada ekonomi orang kampung.

Kebun buah-buahan dan kelapa tak menjadikan orang kampung kaya, tetapi dengan kelapa sawit banyak orang kampung yang kini aku percayai sudah pun di tahap jutawan.

Musim doroyan ni akan menyebabkan asal beli je kuih mesti ada perasa doroyan huhu..kalau bukan musim doroyan biasanya pilihan perisa kuih adalah pandan. Paling teman suka adalah bubur kacang doroyan. Perghh...bermangkuk-mangkuk teman telan. Tapi sekarang ni teman dah tak boleh dah makan benda tu sebab itulah punca migrain teman..

musim doroyan dah tibe

​Anak bini hantu doroyan

Walaupun teman tak berapa kisah dengan doroyan tapi lain ceritenye dengan anak bini teman. Habis semua hantu doroyan. Ni duk kena meround ni cari doroyan. Bila keluar kat tv berita musim doroyan ape lagi melompat-lompat nak makan.

Dah anak bini nak, teman cari kan juga. Teman setakat kunyah 2-3 ulas je. Setakat ni tempat teman ni masih le mahal lagi tak lah semurah yang viral tu. Sebijik kat sini RM15 walaupun doroyan kampung. 

​Teman pulak walaupun tak berapa minat makan doroyan tapi teman gile kuih muih yang ada perisa doroyan. Asal ada perisa doroyan memang teman suke dan yang paling faveret ialah bubur kacang doroyan dan doroyan crepe.

Tapi yang macam teman cakap tadi dah tak berani nak makan bubur kacang doroyan sebab asal makan je kompom migrain. Sian teman...

musim doroyan dah tibe

Eh maleh dah teman nak menulih panjang-panjang. Kalau kome nak makan doroyan pastikan berpada pada. Doroyan ni paneh...jangan makan doroyan dengan coke ke buah manggis ke melainkan kome tu budak remaja sihat walafiat. Kalau dah berumur baik jangan dibuat.

Nanti menyesal. 

Banyak kes teman dengor sejak kecik sampai sekarang ni ramai orang meninggal lepas makan doroyan.

Kebanyakannya adalah yang mengidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung. Bagaimanapun apa yang berlaku adalah kehendak Allah Taala. Tapi kita kena lah ikhtiar mengelak kejadian buruk dari berlaku.

Petua orang tua jangan dilupa.

Lepas jenuh makan doroyan pastikan yang ngkome minum air yang diletakkan dalam kulit duroyan tu.

Tujuan petua tu untuk mengelakkan dari badan jadi panas. Almaklumlah doroyan...raja segala buah. nak makan pun kena berhati-hati.

 

Lagu nyanyian arwah Mr Os bila tiba musim durian..


olaoli

Musim doroyan memberi rezeki kepada orang-orang kampung hasil dari jualan dusun mereka. Walaupun musim mungkin setahun sekali, tetapi ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka untuk menadapatkan rezeke lebih dan juga orang ramai untuk makan doroyan.

Makanan Frozen Food Untuk Keluarga

Makanan Frozen Food Untuk Keluarga

Makanan Frozen Food

Post kali ni aku nak sembang pasal makanan pulak ye. Bukan pasal makanan di hotel, Chef wan masak ka, makanan di pasar malam ka tapi pasal makan yang disejuk beku atau makanan frozen food. Frozen food dengan frozen throne war craft tak sama ye. Sekarang ni di hypermarket dah berlambak boleh jumpa produk frozen food ni. Macam-macam jenis masakan dari macam-macam pengeluar. Makanan frozen food ni konsepnya korang perlu ada microwave untuk memanaskan masakan tu sebelum boleh dimakan. Kalau di oversea memang jadi kebiasaan mat saleh sebab depa ni malas tak rajin macam kita memasak.

makanan frozen food

Aku ada beli sebab saja nak rasa kualitinya. Aku test beli nasi lemak, nasi berlauk kari dan nasi dengan rendang daging. Balik rumah masukkan dalam microwave 5 minit je. Harga setiap satu bekas antara RM 5 ke RM 7. Dari segi rasanya, biasa-biasa je. Dan terus aku teringat, rasanya menyamai makanan yang kita makan dalam flight air asia atau MAS. Mungkin juga makanan dalam flight tu kaedahnya frozen food juga kot. Makanan tu tak rasa fresh. Kalau dibandingkan dengan nasi lemak yang dijual kat gerai tepi jalan, memang aku katakan nasi lemak frozen food ni tak sedap. Tak padan dengan harga yang 5-6 kali ganda lebih mahal dari nasi lemak biasa.

Kelemahan makanan frozen food

makanan frozen food

Pada pendapat aku, makanan frozen food ni juga tidak baik untuk kesihatan. Sebab makanan tu dimasak dan kemudian dibekukan untuk tempoh yang lama. Bayangkan nasi lemak tu berlauk daging ayam dan berminyak kemudian dibekukan sehingga berminggu-minggu sebelum dimakan. Sedangkan makan masakan yang baru dimasak pun kita dinasihatkan doktor supaya mengwal kuantiti, ini kan pula makanan yang dimasak lama mungkin sampai berbulan. Tapi sekarang ni memang makanan frozen food mendapat permintaan yang tinggi sebab orang Malaysia dah kurang masa untuk memasak. Lagipun kesibukan menyebabkan para ibu tidak dapat pulang ke rumah untuk masak makanan untuk keluarga. Jadi anak-anak di biasakan oleh ibu bapa dengan makanan frozen food yang dibeli banyak sebagai stok makanan di rumah. Selain nasi dan lauk pauk, pelbagai kuih muih frozen food juga terdapat banyak dipasaran. Misalanya yang pernah isteri aku beli seperti karipap, donut, keropok lekor dan muffin cake. Kaedahnya juga sama, di masukkan kedalam microwave sebelum dihidang untuk dimakan. Kadang-kadang frozen food ni menjadi pilihan dalam penyediaan menu untuk bersahur sebab ia mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Apapun terpulang kepada kita untuk memilih jenis makanan untuk keluarga. Mungkin sesekali kita tiada masa untuk masak di rumah, maka frozen food pilihan yang terbaik. Pendapat aku pula, ia tidak sesuai untuk diamalkan setiap hari untuk dijamu kepada anak-anak. Adalah lebih baik merancang masa untuk menyediakan makanan yang dimasak sendiri kerana itu adalah lebih baik untuk pembesaran anak.

>