Category: Hobi

Tarian zapin negeri Johor

Tarian zapin negeri Johor

Tarian zapin negeri Johor

Saya ni salah seorang peminat dengan tarian zapin walaupun tak pandai da tak pernah cuba menari zapin. Usahkan nak menari zapin, menari ape pun tak tau. Maklumlah jenis badan keras macam kayu. Tapi kalau satu benda tu kita tak boleh buat bukan bermakna kita tak boleh minat. Dibawah ni salah satu video satu kumpulan yang menari zapin. Nampak best dan menarik. Tarian mereka pun sama je.

Tarikan tarian zapin negeri Johor

Saya tertarik dengan tarian zapin ni sebab dia nampak penuh kemelayuan dan gagah. Ada tarian yang sesuai untuk penari lelaki dan ada tarian yang sesuai untuk penari perempuan. Kalau tarian zapin oleh orang lelaki ia akan nampak gagah sopan. Kalau tarian zapin oleh perempuan kita boleh nampak keayuan dan kesopanannya. Aspek tu tak boleh nampak kalau kat tarian-tarian baru yang selalu keluar kat tv tu. Tarian zapin kebiasaanya dilakukan secara berkumpulan dan diiringi dengan alunan muzik dari gambus, gendang, dumbuk dan juga suara penyanyi. Bagaimanapun adakalanya hanya muzik sahaja tanpa iringan suara penyanyi.

Sejarah tarian zapin

Apa yang saya ketahui, zapin ni di bawa dari tanah arab selepas kedatangan agama islam ke tanah melayu. Pada ketika tu tarian zapin ni kiranya adalah cara berhibur mereka disamping bersyair dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam alunan muzik. Pada awalnya ia berdasarkan kepantasan gerakan kaki sahaja. Kemudian tarian ni mula mengalami revolusi selepas berasimilasi dengan adat dan budaya bangsa melayu di dalam empayar Johor-Riau. Boleh dikatakan kini, zapin sangat serasi dengan negeri Johor. Malah dikatakan lebih terorganisasi berbanding daerah-daerah melayu yang lain seperti jambi, deli, singapura dan kawasan-kawasan yang pernah termasuk di dalam wilayah kekuasaan empayar Johor.

Pada awalnya zapin ni hanya tarian untuk orang lelaki. Namun selepas negara merdeka golongan wanita jua telah terlibat dengan aktiviti tarian zapin. Terdapat banyak jenis zapin, cuma yang saya tahu seperti zapin pekajang, zapin lenga dan beberapa lagi. Semua itu dikateggorikan sebagai zapin melayu. Zapin melayu mengalami banyak perubahan dan gaya dari zaman ke zaman. Ia berbeza dengan zapin arab yang masih tiada banyak perubahan dan masih sama dengan asalnya.

Peninggalan pusaka kebudayaan seni melayu

Sebagai keturunan melayu, sehebat manapun tarian lain terutama tarian moden, sepatutnya kita mewarisi dan memelihara tarian tradisional zapin ini dengan sebaiknya. Sebab bagi saya identiti bangsa bukan sahaja berdasarkan bahasa dan warna kulit, malah meliputi semua kebudayaan yang dicipta dan diamalkan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu.

[wdps id=”1″]

>