Beza raya dulu dengan raya sekarang

Beza raya dulu dengan raya sekarang

Hari ni hari raya kedua. Teringat nostalgia lama hari raya ketika zaman kecil dengan adik-adik. Bila tengok anak-anak terasa apa yang mereka lalui ni macam kosong sangat. Mungkin zaman aku dulu budak-budak rasa nak mati kot kalau setakat duduk depan tv, lagi pun masa tu mana ada astro lagi. Hari raya wajib keluar berjalan beramai-ramai sampai berkilometer sepanjang 3-4 buah kampung. Kena pulak kampung jenis penempatan berjajar mau tak berkilometer berjalan. Tapi tak terasa pun letih. Lebih penting hampir semua rumah yang diziarahi pasti akan duduk dan makan. Takda rumah yang terlepas. Masa tu terasa bersalah kalau ada skip mana-mana rumah. Sebab semua orang kampung tu kita kenal.

Perbezaan raya dulu raya dengan raya sekarang.

Zaman dulu budak-budak hampir boleh dikatakan wajib akan main bunga api atau mercun. Yang remaja lagi advance main meriam. Tapi sekarang semua duk main handphone.

Kalau dulu budak datang beraya mintak duit raya wajib makan tapi sekarang setakat kat depan pintu mintak duit raya. siap taknak masuk.

Kita dulu kalau dah mula sekolah pandai menulis mesti nak pegi kedai cari kad raya beli banyak2 dan hantar pada kawan2 skrg pakai whatsapp ngan telegram je.

Dulu kebanyakan ekonomi org kampung tak sebaik skrg. Semua kuih raya biskut raya dibuat sendiri. Seminggu lagi nak raya habis berasap rumah orang-orang kampung, tapi sekarang semua duk beli. bukan murah pulak tu.

Jika dulu hadiah puasa penuh mungkin singgit sehari sebulan jadi rm30 atau kurang dari tu mengikut kemampuan bapak. Tapi sekarang siap bagi tablet atau smartphone lagi…perghh

Masa dulu pergi beraya tuan tumah unjuk 0.20 sen. pergh seronok siut. padahal 2 kupang tu dapat beli gula-gula je. tapi skrg unjuk rm2 pun ada budak mengeluh. padahal rm2 tu la ni boleh beli air tin berkarbonat.

Raya dulu-dulu satu keluarga baju macam2 warna. Semua orang akan buat pilihan warna apa baju yang nak dipakai. Tapi sekarang dah lain, satu keluarga wajib sedondon..kalau hijau semua hijau. kalau kelabu habis dengan tok opah pun kelabu.

Zaman dulu baju raya lelaki wajiblah samaada cekak musang atau teluk belanga, tapi sekarang dah macam2 ada kurta, ada jubah, ada baju diluar kemampuan mata melihat dan menaakul. Malah ada jugak sesetengah tu malu nak pakai baju raya melayu tradisional lagi. Katanya dah ketinggalan zaman..

Zaman dulu baju raya kebanyakannya mak jahit sendiri walau sesibuk manapun mak.. Tapi sekarang pegi kedai beli baju je. Sekarang semua belek-belek kat kedai pakaian. Lebih advance belek kat phone beli online. Sekali sampai baju terkecik atau terbesar haha padan muka.

Banyak lagi sebenarnya perbezaan raya dulu dengan sekarang. Tapi kita yang dah masuk warga tua ni tak boleh nak komen lebih sebenarnya. Sebab zaman berubah maka gaya hidup dan cara pun mestilah berubah. Nanti anak-anak kita bila dah besar dan beranak pinak mereka pulak tekejut dengan perbezaan zaman anak mereka.

 

(Visited 292 times, 1 visits today)
  • betul tu tuan. sembang 10 minit kemudian masing-masing buka hendphone. terus semua senyap.

  • Sekarang beraya kalau masuk rumah orang ada yang mntak password wifi.

  • saya tak tahu sangat perbezaan …

    Raya dulu dengan Raya sekarang..

    maklum sahaja dapat merasai raya ketika sudah besar

    • oh ya kan tuan. suasana hari raya saja berbeza dulu dengan sekarang. Kemeriahan tidaklah sama seperti dulu.

  • >
    %d bloggers like this: