Balik Kampung….

Balik Kampung….

Airport Balik ke Penang

Post kali ini adalah berkaitan dengan trip balik kampung selama sebulan. Cuti sekolah dah bermula so kita balik kampung. Kampung teman di Teluk Intan Perak. Isteri teman orang Alor Setar Kedah. Macam biasa, kami akan ambil flight turun ke penang untuk pergi ke Alor Setar. 
Kenapa pegi Alor setar dahulu?

Sebab teman nak ambik kereta. Seperti biasa bila balik kampung kami jadi insan yang banyak menyusahkan adik beradik. Apa yang biasa kami susahkan adalah...meminjam kereta. Balik setahun sekali takkan nak beli kereta.

Seperti biasa juga, sebelum balik banyak jugak la kami membeli barang-barang dari sabah yang agak mahal di semenanjung. Apa yang kami beli pun berdasarkan permintaan adik-beradik dan ibu dan ibu mertua serta saudara mara. Antaranya... ikan bilis, udang kering, kerepek ikan masin, sotong dan lain-lain lagi yang sebahagian besarnya berkaiatan dengan barangan laut.

pasar ikan masin

Flight 27/12. Di penang kami dijemput oleh adik ipar yang juga seorang anggota polis di Bertam dan dihantar kerumah abang ipar di Sungai Petani untuk ambil kereta. Kat situ kami melepaskan nafsu kelaparan dengan di hidang dengan makanan oleh keluarga abang ipar.

airport

Bosan menunggu flight

kedai buku

Masuk kedai buku dulu..

Lepas selesai makan, barulah kami bergerak pulang ke rumah Mertua di Alor Setar. Sekali tersalah jalan..nak cari Highway susah nak jumpa. Inilah akibatnya apabila jarang balik kampung..

ke alor setar

Sungai Petani ke Alor Setar

Akhirnya pukul 8.30 malam kami sampai juga ke destinasi. Kami keluar dari rumah pada pukul 7.10 minit pagi dari Sabah dan tiba ke rumah Mertua pada pukul 8.30 malam. 13 jam 15 minit.. Perjalanan yang sangat meletihkan..

Ke Shah Alam

Kali ini kami ambil peluang untuk melawat keluarga seorang abang ipar yang hampir 3 tahun tak jumpa. Satu tempoh yang lama. Beliau ni seorang pegawai polis berpangkat ACP bertugas di bukit aman. Jadi atas sebab itu sangat sukar untuk beliau mendapat cuti untuk pulang ke kampung.

Dari Alor Setar teman ambik masa lebih kurang 6 jam lebih untuk sampai ke seksyen 35 Taman Impian. kalau korang nak tau teman ni dulu pernah tinggal kat Shah Alam masa study di UiTM, tapi masa tu macam tak ade pulak dengor adanya seksyen 35. Berpandukan wave akhirnya jumpa jugak lah destinasinya. Punyalah jauh kedudukan seksyen 35 ni..Keluar masuk kena tol pulak tu...

2 malam je kami di sana. malam pertama abang ipar belanja kami ke makan nasi arab dan nasi mandi di Plaza Mas alam. Bagi yang tak tau Plaza masalam ni sebelah jalan je dengan Hotel concorde. 

nasi mandi

Lupa pulak apa nama restoren tu. Tapi hujungnya ada 'tent'. kalau orang Shah Alam mesti tau ni. Makanannya... biasa-biasa je. Teman ni memang peminat nasi arab. So di tempat tu.. rasanya tidak lah mencapai standart tekak teman hahahaha.

Selfie vs Selfie.. 

Melawat UiTM Shah Alam

Keesokannya..teman ngan isteri ambik peluang pergi melawat UiTM Shah Alam. Kalau kome nak tau, itu le tempat teman dengan isteri belajor dulu. Dan kat situ jugele cinta bersemi haha. Banyak perubahan yang berlaku kat dalam kampus. Teman pergi melawat ke Fakulti Sains Gunaan. Fakulti ni berada di Menara tu. Syahdu rasa tengok semula kelas dan makmal tempat teman belajor dulu. Di fakulti Sains Gunaan macam tak banyak perubahan yang teman lihat.

fakulti sains gunaan
fakulti sains gunaan

Fakulti Sains Gunaan

Selepas tu teman pergi ke seksyen 7 untuk melawat perumahan yang teman tinggal dulu bersama rakan-rakan dan arwah sepupu Ahmad Nor Al-Zaidin. Al Fatihah.

Kat seksyen 7 ni banyak dah perubahan. Hampir teman tak kenal tempat tu. 13 tahun dahulu tempat itu dikelilingi kawasan hijau. Tapi kini telah dibangunkan bangunan perniagaan dan hospital Shah Alam.

Balik ke Teluk Intan

hari ni  4/12/2018 teman bersama keluarga bertolak pulang ke kampung halaman teman pulak iaitu di Teluk Intan, Perak. Perjalanan teman mengambil masa 6 jam. Selain faktor teman slow bawak kereta, faktor lain adalah jem di highway berhampiran susur keluar Bidor. Kat situ je dah makan dekat setengah jam.

Banyak lagi jalan lain seperti ikut Gopeng ataupun ikut Changkat Jering. Tapi memandangkan teman malas nak ikut jalan kampung maka teman ikut je highway walaupun agak jauh sikit(terpaksa pusing semula dari Bidor). 

Pukul 6 baru sampai rumah teman. Alhamdulillah selamat sampai. Anak-anak berada diluar kawalan akibat bertemu dengan sepupu sepapat yang setahun sekali baru bersua. Maka..rumah opah bagaikan terangkat jerit tawa cucu-cucu.


Berkongsi cerita trip balik kampung keluarga olaoli untuk tahun 2018. Harap anak-anak gembira dapat bertemu saudara mara tuk dan opah.

(Visited 148 times, 1 visits today)
  • untung la bro dan keluarga dapat jalan-jalan…

    selamat bercuti

  • Selamat tahun baru 2019 admin. Semoga tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya

  • balik kampung adalah saat yang paling terindah sekali..

    dapat jumpa sanak saudara dan sebagai…

    mungkin jumpa X…

    yang itu jangan diamalkan…

    orang kata ..

    Sarang tebuan jangan dijolokkan

  • >
    %d bloggers like this: