Tag: pembedahan cyst

Prosedur pembedahan sebaceous cyst

Prosedur pembedahan sebaceous cyst

Pembedahan membuang sebaceous cyst

Ok kali ni aku nak kongsikan pulak pengalaman pembedahan membuang sebaceous cyst kat belakang badan. Sebelum ni, entri terakhir aku adalah berkaitan sebaceous cyst yang sakit. Lepas lebih seminggu aku menahan sakit, akhirnya pembedahan dijalankan untuk membuang terus cyst tersebut. Korang boleh baca post tu di sini.

 

Prosedur pembedahan sebaceous cyst

 

pembedahan membuang sebaceous cyst
Gambar Hiasan

Prosedur pembedahan buang cyst ni adalah prosedur yang ringkas je. Tak perlu lah masuk wad atau bermalam di hospital. Pembedahan ni pun tak mengambil masa yang lama. Pada awalnya dianggar selama 1 jam, tapi pengalaman aku sendiri cuma 45 minit je, start dari cucuk bius sampailah selesai jahit. Namun sebagai seorang lelaki yang gagah dan macho tidaklah ada perasan takut di hati hamba ini melainkan sedikit rasa kecut dan nervous. Maklumlah kali pertama kena bedah, last kena bedah pun masa sunat dulu. Ok aku saje nak tanya korang, agak-agak pembedahan buang sebaceous cyst ni sakit ke tak???

Pengalaman pembedahan cyst

Sebelum kena bedah, banyak research kat pakcik google di samping bertanya kawan-kawan kat FB. Dalam banyak-banyak pembacaan dan dengar dari mulut orang dan kini ditambah dengan pengalaman sendiri, maka aku simpulkan begini. Pembedahan yang dilakukan di hospital swasta mengambil masa yang lebih singkat dan tak sakit. Berbeza dengan di hospital kerajaan yang mengambil masa lebih lama dan agak menyakitkan. Dan aku buat prosedur ini di hospital kerajaan (duit takda nak buat kat hospital swasta). Pembedahan ni dibuat dalam keadaan aku meniarap. Seorang doktor perempuan, info yang aku dapat baru 2 tahun berkhidmat. Kesakitan suntikan adalh biasa, tapi mula terasa masa doktor nak belah kulit. Sepertinya doktor berjimat inject bius sebab bila terasa sakit baru dia suntik bius lagi. Untuk pengetahuan korang aku kena 7 jahitan bermakna 7 cm pembedahan tu.

Aku Tewas

Selepas bertahan tepat 30 minit…akhirnya aku pitam masa pembedahan. Mungkin sebab banyak darah keluar(aku rasa darah meleleh kat bahu) dan kedudukan aku yang meniarap. Masa pitam tu pulak doktor tengah mengorek keluar sisa-sisa cyst tu. Nurse mengiring kan aku ke kanan, diberitahu itu adalah satu kaedah untuk recover cepat dari pitam. Sebab bila baring mengiring ke kanan, dia bagi peluang kat jantung kurang tekanan dan kembali normal pam darah sampai ke kepala (ini ilmu baru untuk aku).

pembedahan membuang sebaceous cyst

Prosedur last sekali doktor jahit luka pembedahan tu. Kat sinilah part yang paling sakit!..Mungkin ubat bius dah habis kat hospital tu kot..Tempoh jahit ni sekejap je, tapi rasa lama berjam..Herot merot muka aku menahan sakit. Akhirnya lebih kurang 45 minit selesailah jugak pembedahan tu.

Bersyukur pembedahan selesai

Punyalah aku bersyukur sebab berjaya jugak aku harungi pembedahan membuang sebaceous cyst ni. Dah hampir 3 tahun benda tu kat belakang aku, sekarang ni rasa macam pelik sikit, biasanya tangan aku duk pegang-pegang benda tu. Walaupun sakit dan tersiksa ketika pembedahan tu, aku tetap berterima kasih kepada doktor dan nurse-nurse yang membedah aku tu..tanpa mereka siapalah sebaceous cyst.. haha


olaoli

​Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Menjalani prosedur pembedahan pertama kalau dalam hidup. Harap selepas ni ok tak membesar semula kerana Sebaceous cyst ni boleh jadi semula.


>