Subscribe untuk menerima post terkini dari OlaOli.com

 

First name

 

E-mail address

 

Apa itu Sebaceous Cyst, risiko dan kaedah rawatan.

Apa itu Sebaceous cyst?

Korang pernah tak dengar benda ni? Namanya sebaceous cyst. Dikatakan sebaceous cyst ni terjadi akibat pengumpulan lemak. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh baca di sini. Sekarang ni aku ada satu bijik sebaceous cyst kat belakang badan. Saiz dalam 7 cm diameter. Ketebalan dijangka oleh doktor antara 3-4 cm. Benda ni sebenarnya dah ada kat belakang aku sejak 3 tahun lepas lagi. Cuma masa tu aku tak hirau sebab saiznya kecik je dan tak sakit pun. Berterusan lah sampai 3 tahun ni, saiz tetap dalam lingkungan 2 cm. Tapi minggu lepas anak perempuan aku buat satu aksi stunt kat belakang badan time aku tengah meniarap. Dia parking tepat kat cyst tu. Punya lah sakit.. sampai ke leher. Macam-macam aku sapu, minyak cap kapak, yoko-yoko, minyak panas tapi semua tak berkesan. 2 hari kemudian terus membesar sehingga saiz 7 cm. Nak tidur pun tak boleh, sebab sakit sangat bila tertindih kalau baring terlentang.

apa itu sebaceous cyst

Sebaceous cyst tidak berbahaya

Masa tu taktau lagi apa nama benda tu. Asalnya ingatkan ketumbuhan biasa je dan boleh hilang sendiri. Sebab dah bertahun benda tu kat belakang tak rasa sakit pun. Bila dah sakit macam ni aku pergi ke hospital untuk dapat rawatan. Time tu lah baru aku tau yang benda tu namanya sebaceous cyst. Mulanya aku buat muka pelik kat doktor, pasal setahu aku yang cyst ni dalam rahim perempuan je. Lepas dengar penjelasan doktor barulah aku faham dan dapat ilmu baru, cyst yang kat belakang aku ni adalah sebaceous cyst, jenis cyst yang tidak berbahaya.

Sebaceous cyst ni boleh tumbuh dimana saja. Ada orang yang mengalami di kulit kepala, tengkuk, dahi kelopak mata dan bahagian badan. Tapi tempat yang paling kerap dialami adalah dibahagian belakang badan. Menurut pengalaman doktor yang merawat aku, pernah ada pesakit yang menghidapi sebaceous cyst datang bertemu beliau dan didapati cyst nya sudah bersaiz sebesar sebiji bola tenis.

Kaedah membuang sebaceous cyst

Dari perbincangan dengan doktor, dinasihatkan menjalani pembedahan kecil untuk membuang cyst tersebut. Namun doktor bagi pilihan, kalau taknak jalani pembedahan ambil saja ubat seperti antibiotik untuk menghilangkan infection supaya saiz nya kembali normal. Diberitahu juga bahawa sekali sebaceous cyst dah terasa sakit, dia akan terus sakit walaupun tidak kuat. Pilihan yang terbaik adalah membuang terus cyst itu melalui pembedahan. Bila dengar perkataan ‘pembedahan’ sedikit sebanyak membuat kejantanan aku sedikit mengecut. Dari dulu sampai sekarang sekali je aku kena ‘bedah’ itu pun masa sunat.

Lepas wife bagi ceramah panjang, aku pun setuju untuk buat pembedahan kecil. Doktor dah tetap kan pembedahan akan dilakukan pada hari isnin depan.  Prosedur pembedahan ni dikatakan simple je. Kurang sejam dan tak perlu masuk wad.

apa itu sebaceous cyst

Ini lah sebaceous cyst kat belakang aku

Aku harap pembedahan next week ni boleh buang terus benda ni dari belakang aku. Selain atas faktor sakit, sekarang ni bila pakai baju fit boleh ternampak bentuk bulat kat belakang. Kalau di biarkan lagi takut makin membesar. Nanti aku akan update lepas pembedahan.

(Visited 1,557 times, 4 visits today)
share
1 Response
  • sbc
    November 28, 2016

    Ok, ni 1st time tau psl bnd ni, kalau dh 7 cm pn dh nmpk camtu, yg besar bola tenis tu cemana pulak? Huish… Agak menyeramkan…

    Agaknya ada sorg parent yg sll aku nampak tu ada benda ni la gaknya, nmpk mcm dia selitkan bola kat blkg badan dia… Kawan cam bro ni gak la rasenye…
    sbc recently posted…Menyesal seumur hidup kerana tak layan suamiMy Profile

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge