Pengalaman nyawa dihujung tanduk
Kali ni teman nak post teman ni berkisarkan tentang perkara paling penting kepada mana-mana makhluk Allah Taala di muka bumi ni iaitu nyawa. Semuanya ni berdasarkan pengalaman teman sendiri yang beberapa kali umpama nyawa dihujung tanduk. Dalam sejarah hidup teman sehingga kini, sudah 3 kali teman berdepan dengan situasi hidup dan mati. Tapi Allah sayangkan teman mahu teman teruskan hidup untuk berbuat kebaikan.
Ular Hitam
Teman nasihatkan kome supaya berhati-hati apabila berdepan dengan apa-apa jenis reptilia yang bernama ular.. Pengalaman ni berlaku pada tahun 1991 ketika teman berumur 9 tahun. Time tu keluarga teman akan berpindah rumah Jadi mak teman sibuk packing barang dan pindahkan barang ke ruang tamu rumah. Barang-barang tu akan di bawa dengan lori keesokan harinya ke rumah yang baru. Untuk malam tu tempat tidur teman berubah sebab katil semua dah dibuka dan disusun kat ruang tamu. Jadi teman ambik tilam dan baring kat ruang tamu dicelah-celah barang-barang rumah.
Masa terkebil-kebil nak tidur tu macam-macam la pulak berangannya... maklumlah budak. Duk pikir pindah rumah baru seronok sebab ada bilik sendiri. Tengah lali nak tidur tu terpandang seekor ular tedung hitam dibawah lehernya warna putih tengah panggungkan kepala betul-betul depan muke teman. Jarak mungkin lingkungan 3 jengkal begitu. Ular jenis ni kalau kat tempat teman ni dipanggil naga bore..ular ni jenis sembur. Time tu teman masih lagi terkebil-kebil dan tersedar hanya apabila ular tu bergerak-gerak.
Apa lagi teman melompat sambil menjerit ular. Terkejut satu rumah bangun. Mak teman cari ular tu tak jumpe. Kemudian mintak tolong jiran cari untuk bunuh... pun tak jumpe. Semua orang dah mula pikir yang teman ni mengigau. Teman pun hampir terpecaya yang teman ni mengigau. Tapi Allah Taala nak selamatkan nyawa kami ketika tulah ada pulak katak melompat-lompat(untuk pengetahuan kome rumah teman dulu kat tepi sungai setakat katak dalam rumah tu biase. rumah kampung..). Mase itu lah ular hitam tu tiba-tiba datang mengejar katak melompat. Barula mak teman nak percaya, akhirnya mati gak kena hentak dengan buluh. Sampai sekarang kome oi..walaupun dah 27 tahun berlalu bila ingatkan balik bulu roma teman jadi tegak
Lemas di Sungai Perak Teluk Rubiah
Kali kedua ni teman berdepan dengan situasi yang cemas bila lemas kat sungai. Tahun 1998 bulan Ramadhan masih segar kat ingatan walau dah 20 tahun berlalu. Kalau kome nak tau masa tu baru 4 bulan arwah ayah teman meninggal. Teman pergi memancing naik sampan dengan 2 orang kawan. Dari pagi sampai la ke petang. Dapat ikan duri ngan udang dengan jumlah yang memang banyak. Kalau udang dapat banyak kami jual tapi kalau sikit kami makan je. Ikan duri pulak kami jual sebab ada permintaan oleh orang cina.
Dengan duit tu dapatla tampung perbelanjaan keluarga. Macam teman bagi tau korang dalam post-post sebelum ni, sejak kecik teman bukan jenis orang yang duduk diam kat rumah. Jarang teman kat rumah. Rutin teman kerja atau buat apa-apa je untuk cari duit. Disebabkan bulan Ramadhan punyelah panas kat sungai tu. Jadi kawan-kawan teman dayung ke tebing. Bila sampai depa pun terjun mandi. Teman tak mandi sebab teman tak pandai berenang. Tapi bila tengok depa syok mandi teman jadi teringin. Teman beranikan diri untuk terjun. Mula-mula terapung lepas tu tenggelam huhu..
Kawan yang dekat dengan teman tak perasan, sebab dia mengadap ke arah lain. Tapi kawan yang jauh sikit tu nampak sebab kedudukannya mengadap ke arah teman. Bila die tengok teman hilang dia syak yang teman ni dah lemas. Teman bersyukur sebab lemas ketika bersama dengan budak kampung yang pandai berenang. Dia terus menyelam dan dapat dia tangkap tangan teman di tarik ke atas. Kalau kome nak tau, kat atas permukaan sungai nampak tenang dan aman, tapi kat bawah punyelah kuat arusnya.
Terus kena marah dengan kawan-kawan...ayatnya "tak sedar diri dah tau tak boleh berenang jangan la terjun". Kejadian tu terus dirahsiakan sehinggalah seorang daripada kawan teman ni membocorkan rahsia. habis semua mak2 bapak sedara marah teman. Tu belum mak lagi. Akibatnya diharamkan memancing..
Lemas di Pantai Kulambu
Kali ketiga ni jugak teman lemas. Tapi kali ni bukan di sungai tetapi di pantai. Korang pernah dengar tak Pantai Kelambu. Pantai ni di Sabah. Satu Pantai yang cantik tetapi berbahaya. Kejadian ni berlaku tahun 2008 first time aku jejak kaki ke Negeri Di bawah Bayu. Time tu cuti tahun baru Cina.
Jangan cakap teman masih tak ambil ikhtibar lemas 10 tahun sebelum tu. Malah teman masih berhati-hati dan ingat kejadian lemas masa teman sekolah menengah dulu. Kejadian kali ni diluar kawalan teman sendiri. Time tu kami berempat pergi berkelah. Kami bertiga lelaki dan sorang lagi tu isteri kepada salah seorang kawan teman tadi.
Kawan-kawan teman tu bolehlah ber3nang sikit-sikit jadi depa pergi mandi ketengah sikit tahap-tahap dada. Teman ni taktau berenang dan sentiasa beringat kejadian dulu tu. Jadi teman mandi kat kawasan tepi pantai kedalaman antara pinggan ke lutut. Time teman jalan-jalan tepi pantai tiba-tiba teman termasuk ke dalam lubang. Punyelah terkejut Allah je yang tau..Sampai kaki teman tersentuh pasir rasa kedalamanya mungkin 1.5 kali ganda. bila teman lonjak naik semula ke permukaan masa tu teman menjerit mintak tolong..kawan-kawan teman boleh gelak ingat teman main-main. Ye le sape nak sangka kat tepi paras tak sampai pinggang boleh lemas. Teman masa tu mampu mengapungkan diri lagi tapi tenggelam timbullah. Time tu terus depa percaya berenang datang sekali semua terkejut sebab tempat yang teman lemas tu memang dalam. Alhamdulillah depa dapat tarik teman ke tengah semula. Pelikan?? Kenapa kat tengah lagi cetek dari tepi?
Lepas tu kami naik ke pantai kawan-kawan teman duk urut kaki teman sebab krem habis. Bila dah tenang tu kami pun bercerite dengan orang yang kami jumpe kisah lemas tu pelik tu. Baru la kami faham rupa-rupanya tanpa disedari kawasan yang teman lemas tu adalah kawasan teluk dipantai tu. Air di situ berpusing dan menyebabkan pantai area teluk tu lebih dalam berbanding area lain. Tambahan lagi kawasan teluk tu jadi tempat orang mengebom ikan itulah sebab dikatakan tepi pantai kawasan teluk tu lebih dalam. Teman pun tak paham macam mana pulak bom ikan boleh sebabkan air makin dalam? tapi kami ia kan jela..
Renungan bersama
Ada himahnya bila Allah berikan ujian macam tu. Ia akan sentiasa menginatkan teman yang kita ni boleh mati dalam apa-apa cara sekalipun. Tak akan terlewat atau terlambat walau sesaat. Walaupun teman melalui saat yang sangat mencemaskan dan boleh dikatakan kemungkinan besar takda harapan, tapi Allah Taala kata belum masanya lagi maka tiada kuasa lain yang boleh menidakkan kehendak-Nya.