Tag: ibu bapa

Ibu bapa dahulu dengan ibu bapa sekarang

Ibu bapa dahulu dengan ibu bapa sekarang

Ibu bapa dahulu ibu bapa sekarang

Dah lebih seminggu aku tak posting apa-apa, sehingga la hari, apabila bila berlaku sesuatu siang tadi depan mata aku. Sesuatu tu bukanlah benda yang berat cuma mengingatkan aku yang zaman dah berubah dan semakin menghampiri kiamat. Manusia semakin lama sudah semakin berbeza sikap dan kecenderungannya. Perasaan kasih sayang tanggungjawab sesama manusia sudah semakin terhakis. begitu juga apabila sikap ibu bapa sekarang sudah tidak sama lagi dengan ibu bapa dahulu

 

Perbezaan Ibu bapa dahulu dengan sekarang

Masa aku kecik-kecik dulu, kami hidup dalam suasana kampung yang harmoni dan aman. Tak ada anasir-anasir kotor dari luar yang masuk  meresap dalam otak kami. Paling teruk pun Gaban dengan suria perkasa hitam aje. Sesekali kami terpengaruh dengan ultramen. Masa dulu, semua ibu bapa yang ada dikampung tu umpama mak bapa aku jugak. mak bapa aku adalah mak bapak kawan-kawan aku juga. Maksud di sini kami dijaga bukan oleh ibu bapa kami sahaja malah dijaga oleh semua ibu bapa di kampung tu. Tak kira kalau kami ada buat kesalahan dan ternampak oleh orang tua-tua, maka makan maki hamunlah kami dan silap gaya kena hambat dengan pelepah kelapa. Biasanya kami dapat lari, namun berita tu pasti akan sampai ke telinga orang tua kami. Akibatnya makan penampar la tak pun kena sebat dengan penyapu lidi.

Kalau bab makan pun tak sesusah mana. Kami pergi sekolah jalan kaki. Jarak ke sekolah paling jauh pun lingkungan 1 kilometer sebab kat kampung aku ada sekolah rendah. Kadang-kadang time nak balik sekolah hari hujan. Terpaksalah singgah kat rumah rakan yang terhampir. Masa tu memang confirm maknya akan jamu kami makan. Kat rumah sesiapa pun  mesti kami diberi makan. Tapi makan tu tak lah semewah budak-budak sekarang. Nasi dengan lauk-lauk kampung je la. Antaranya ikan puyu masak lemak, sayur pucuk ubi atau pucuk paku, ada masanya masak lemak umbut kelapa, ikan kering macam-macam jenis masakan dan air sirap panas..hehehe…kampung aku dulu mana ada elektrik so tak ada sesiapapun dikampung tu yang ada peti ais. So semua version minuman adalah suam atau panas.

Kalau kami ditimpa sakit yang teruk, pasti ramai orang datang melawat. Walaupun mereka datang melawat dengan tangan kosong aje, tapi itulah kehidupan normal orang tua dulu. Tak macam orang tua sekarang, kalau takda buah tangan memang tak akan sampai.  Zaman aku kecik-kecik dulu penyakit yang glamer adalah demam panas teruk yang sampai 3-4 hari baru pulih. Ada budak-budak yang sampai meracau dan ada juga yang terus mengalami kecacatan sehingga sekarang. Jangan memain dengan demam panas ni. Tambahan pula ibu bapa zaman dulu kurang pengetahuan, kalau anak demam depa bungkus dengan selimut dengan teori nak kasi peluh nanti cepat kebah demam. Ibu bapa zaman sekarang lebih  moden dengan ilmu pengetahuan perubatan.

Ibu bapa sekarang

Kes inilah membuatkan aku terpost ni. Orang tua sekarang pulak lain dah perangainya. Misalanya jika anak beliau ditegur atau dimarahi oleh orang lain kerana kenakalanya, maka bukan anaknya yang dimarah sebaliknya orang yang menegur tu pulak kena marah. Kalau orang tua dulu mendengar dan menggunakan ‘laporan’ orang kampung untuk mendisiplin dan mengajar anak, maka orang tua sekarang kebanyakannya langsung tidak memperdulikan teguran dan pandangan orang lain.

Ibu bapa sekarang ni jauh lebih sibuk berbanding ibu bapa dulu. Kerana pekerjaan dahulu hanya waktu tertentu misalanya bekerja di siang hari  kemudian berada di rumah sepanjang malam. Berbeza ibu bapa sekarang yang ada waktunya bekerja dan balik ke rumah hingga lewat malam. Jadi untuk memantau anak-anak kita memerlukan masa yang banyak dan oleh itu sangat diperlukan maklumat dari jiran-jiran tetangga.

Pesanan kepada aku sendiri

Aku dididik dengan cara orang tua aku yang sentiasa mengambil berat bukan sahaja kepada keluarga sendiri malah kepada orang lain. Jadi aku masih lagi dengan doktrin yang begitu, menyayangi dan mengambil tahu serta tidak mudah untuk berlepas tangan jika terjadi di depan aku kesalahan yang dilakukan oleh golongan anak-anak terutamanya.

>