Amalkan Berocca di bulan Ramadhan
Dekat 4 bulan tak buat apa-apa post. Baru hari ni bukak balik tengok komen2 yang masuk. Ya sepertinya tahun ni memang aku sedikit trauma dengan pelbagai perkara yang berlaku akhir tahun 2017 hingga banyak perkara terbiar usang dan bersawang. Tapi sempena bulan Ramadhan ni rasa dah sedikit bersemangat dan berkeyakinan seperti seblum2 ni huhu..
Mukadimah kembalinya aku di blog ini adalah bermula dengan post inilah haha..ya Berocca.. Rasanya semua korang dah tau dan pernah dengar tentang satu jenis supplement yang mula terkenal selepas ternampak dalam gambar atas meja makan Perdana menteri kesayangan aku..Tun Doktor Mahathir Mohammad. Tapi post ni bukan nak bercerita tentang politik, tapi nak ambil alkisahnya viral tentang berocca. Untuk pengetahuan korang aku ni antara orang yang suka membaca tentang produk kesihatan. Almaklumlah dah tua-tua ni banyak penyakit, jadi kenalah ambil tau juga.
Berocca dari meja makan Tun Mahathir
Kelmarin bini aku beli berocca di watson. Banyak kali sembang dengan dia tentang berocca tapi aku tak suruh pun dia beli. Balik-balik je berocca atas meja aku. Dia kata kita makan time sahur sebab dikatakan boleh boost tenaga untuk bekerja. Bulan puasa kat tempat aku setakat ni belum pernah hujan lagi. Punyalah panas maklumlah dekat dengan pantai. So harapan pengambilan berocca ni boleh beri lebih tenaga untuk bekerja terutama nak kena turun naik tangga bangunan 3 tingkat. Letih oooii…
Kat sini aku senarai kan Active Ingredients berocca:
Vitamin B1 11.8 mg
Vitamin B2 15.0 mg
Vitamin B6 8.2 mg
Vitamin B12 10.0 ug
Nicotinamide 50.0 mg
Biotin 150 ug
Penthotenic Acid 23.0 mg
Vitamin C 500.0 ug
Folic Acid 400.0 ug
Calcium 100.0 mg
Magnesium 100.0 mg
Zinc 10.0 mg
Harga supplement Berocca
Kalau harga di Watson RM27.50. Tapi ada jugak aku search di online seperti lazada harganya cuma RM26.80 sahaja. So ratenya macam tak berapa jauh beza. Tapi itu untuk saiz yang paling kecil 15 tablet. Benda ni bekalkan vitamin so bila makan supplement ni rasa manis2 sikit.
Sebelum itu jangan ada yang salah sangka, aku tidak mempromosikan Berocca ni kepada anda pembaca. Ini hanyalah blog peribadi yang berkongsi pengelaman dan apae je yang aku nak tulis. Tetapi kalau korang nak try ape salahnya. Apapun aku sebagai owner OLAOLI.COM ingin mengucapkan
SELAMAT BERPUASA…
Selamat berpuasa bro.. nampak menarik supplement barocca ni..
teringin nak cuba..
cuba masih sangsi.
tenaga apa yang boleh ditambah oleh Berocca..
kalau tenaga yang itu bukan keperluan pulak untuk saya yang masih single ini..
hahahahaha
tak pasal2 berocca ni dapat publicity free sbb tun m yg amalkan
Tun Mahathir lebih famous dari mana-mana artis