Tag: ubat sakit gastrik

Sakit Gastrik Pengalaman Yang Menyeksakan

Sakit Gastrik Pengalaman Yang Menyeksakan

​Punca sakit gastrik

Satu ketika dulu, aku menghidap sakit gastrik yang sangat teruk. Ketika tu aku ​ni obesiti seperti yang aku pernah post sebelum ini iaitu diet nak kuruskan badan. ​Punca sakit gastrik kebiasaanya dari pengambilan pemakanan yang tidak seimbang, kurang makan, ​lewat makan dan makan sesuatu jenis makanan dengan terlalu ekstrem.

Misalannya suka makan makanan yang pedas dan masam. Bagi ​mereka yang bukan islam selalunya akibat dari pengambilan minuman keras seperti beer yang berlebihan. ​Tanda gastrik ni sebenarnya banyak dan berbeza antara pesakit.

Tanda-tanda sakit gastrik

​Tanda-tanda gastrik yang aku alami ni mungkin berbeza sedikit dengan orang lain. Aku tidak mengalami sebarang simtom kesakitan pada perut.

Sesetengah pesakit gastrik akan mengalami kesakitan pada perut sehingga ada yang perlu dirujuk ke hospital. Tetapi apa yang aku alami ialah simtom yang menyerupai pesakit jantung.

Antara simtom yang aku alami ialah badan berpeluh sejuk, nafas jadi pendek, dada rasa menyucuk-nyucuk, dada berdebar-debar, kaki jadi lemah, tekak rasa loya nak muntah dan perasaan jadi seperti cemas.​

​Bila google di internet memang sangat menyerupai simtom pesakit jantung. Masa tu perasaan aku hanya Allah sahaja yang tau bila mengenangkan muda-muda dah kena sakit jantung.

Apa yang aku ingat, ​mula rasa tanda-tanda gastrik ni sejak​ berumur 20 tahun semasa di Uitm. Tapi tidaklah seteruk sekarang.

Sakit gastrik yang teruk

​Satu malam aku kena sakit gastrik yang teruk sehingga nafas tinggal setengah je. 

Isteri bawa aku ke unit emergency di hospital. ​Doktor buat pemeriksaan jantung aku guna mesin ECG. Result pemeriksaan menunjukkan jantung aku 100% normal tiada sebarang masalah. 

Ye la duk ingat sebelum ni diri ni ada masalah jantung. Tapi alhamdulillah jantung dalam keadaan sihat.

Kemudian doktor bagi minum sejenis ubat yang macam gaviscon tu. Selang 10 minit aku mula bersendawa panjang berkali-kali.

Selepas sendawa tu lah aku mula berasa pulih dan hilang rasa sesak nafas. Doktor confirmkan yang aku menghidap gastrik dan badan aku terlalu banyak asid sehingga tubuh terasa lemah dan sangat lesu walaupun tak buat apa-apa aktiviti berat.

Nasihat doktor jangan makan makanan dalam kuantiti yang banyak dan lewat makan.Tapi heran tak ada pulak doktor sebut jangan makan masam dan pedas.

Apapun rasa lega kerana dalam otak masa tu duk pikir sakit jantung je.

sakit gastrik

Sejak itu aku mula memakan ubat gaviscon setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Tapi nak menghilangkan sakit gastrik bukan semudah itu.

Sampai satu tahap gaviscon dah tak memberi kesan lagi. Dan dari situ lah aku mula berdiet dengan dibantu oleh isteri tersayang.

Untuk mengatasi sakit gastrik mestilah dimulai dengan mengambil diet yang baik dan seimbang. Dalam tempoh berdiet hampir setiap malam aku terbaring lemah sebab gastrik biasanya kena waktu pagi dan malam.

Tetapi selepas lingkungan pukul 9-10 malam kebiasanya aku akan termuntah, kemudian barulah aku kembali lega.

Muntah aku tu cuma cecair putih yang sangat masam.

Itulah rutin aku selama 2 bulan. siksa...

​Rawatan gastrik secara tradisional

Selain berdiet, aku berikhtiar dengan mengambil ubatan lain yang sesuai untuk mengubati gastrik aku.

Ubatan aku prefer lebih kepada tradisional memandangkan ubat yang doktor bagi dah tak berkesan. Ubatan tradisional ​yang aku ambil adalah perubatan cina yang banyak menggunakan gabungan akar kayu, itupun atas nasihat seorang blogger yang pernah berkongsi masalah beliau dalam satu post​.(tapi aku tak ingat blogger yang mana sebab dah lama)

Untuk minuman aku amalkan minum susu kambing dari produk purenet setiap pagi. Minum air kosong je kebanyakan masa.

​Makanan pulak aku hanya makan berlaukkan masakan rebusan je. Ayam rebus. Ikan rebus. 

Alhamdulillah diet seimbang selang seli juga dengan herbalife, ubatan tradisional dan susu kambing, berjaya mengurangkan sakit gastrik aku sehingga 95%..

pandai pulak aku main peratus ni..

Tapi rasanya banyak lagi ubat gastrik di luar sana yang bagus dan berkesan. Cuma ditakdirkan aku tak jumpa dan kalau korang ada pengalaman ubat gastrik yang bagus silalah kongsi diblog ni.

​Pada pendapat aku, sakit gastrik sukar untuk diubati dengan perubatan hospital. Ia perlu diubati dengan kaedah perubatan tradisional dan pemakanan diet yang seimbang.

Kesan sakit gastrik

Sakit gastrik ni memberi kesan yang sangat teruk.

Kerapkali aku terpaksa mengambil cuti sakit untuk berehat di rumah. Jarang-jarang aku dapat melayani anak-anak belajar terutama waktu malam.

Kalau kena outstation memang aku kena minta tolong kawan replace, sebab tak confident nak gerak jauh sorang-sorang.

Kadang-kadang tengah drive gastrik aku datang terpaksa lah aku parking tepi jalan baring dulu dalam kereta tunggu sampai lega.

Kalau tidak, nak tekan pedal pun kaki menggeletar. Mungkin orang yang tidak mengalami masalah gastrik anggap ia satu penyakit yang ​mengada-ngada, tapi bagi orang yang pernah mengalaminya, kesan sakit gastrik ni memang bukan biasa-biasa. 

Boleh sampai tahap tak bergerak dibuatnye.

​Makanan sesuai untuk pesakit gastrik

Walaupun kini aku dah sihat dan boleh bekerja dengan baik, tetapi penyakit gastrik ini tidak lah pulih 100%.

Sesekali kalau aku extreme makan makanan yang pedas, memang terasa badan lain macam. Makanan masam memang aku dah tak sentuh dan takmau lagi sentuh.

Bukan setakat makanan yang masam, air yang masam pun aku dah tak minum. Tak banyak makanan untuk gastrik.

Bila dah kena gastrik pemakanan ​wajib dijaga dengan betul. Terutama ketika hari raya sebab ketika tu makanan banyak yang berlemak dan berkarbonat.

Pada korang yang ada gastrik, lebih baik berubat segera, kalau dibiarkan takut jadi ulcer gastrik dalam perut.

Kalau itu berlaku korang kena la dapatkan rawatan endoscopy yang masukkan kamera dalam perut. Seorang rakan aku cerita prosedur endoscopy ni sekejap dalam lingkungan 8 minit sahaja, tetapi sakitnya hanya Allah yang tau.

Jadi marilah kita sama-sama menjaga kesihatan kita agar sentiasa sihat dari segala jenis penyakit dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.


olaoli

​Admin menasihatkan pembaca yang memang menghidapi gastrik supaya mengutamakan pemakanan yang sesuai dan elakkan makanan berminyak, bergas, pedas, masam serta jangan makan dengan kuantiti yang besar.  Tidak perlu ambil apa-apa supplement cukup sekadar mengamalkan diet yang seimbang.


>