Tag: simpan duit

Cara simpan duit gaji

Cara simpan duit gaji

Tips dan idea simpan duit gaji

Tahun ni dikatakan tahun yang mencabar dari aspek kewangan. Samaada benar atau tidak bergantung kepada ekonomi global dan kebijaksanaan pemimpin negara. Namun bukan bermakna kita yang rakyat biasa ni tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk berhadapan dengan masalah ini. Apa yang kita semua boleh lakukan adalah berusaha menyimpan dan berjimat disamping bijak mengambil peluang untuk membuat pelaburan. Tak semua orang memiliki kelebihan kewangan atau keberanian untuk memulakan sebarang pelaburan. Tetapi yang pasti setiap orang mempunyai sumber pendapatan dari gaji atau upah.

Kali ni aku nak kongsikan idea atau cara simpan duit gaji yang aku terfikir dari pembacaan ataupun kreativiti sendiri. Sharing is caring.

Simpan duit gaji RM 1 setiap hari

Yang ni aku terfikir untuk buat lepas tengok hari-hari anak simpan seringgit dari belanja yang diberi. Aku terfikir… bukankah baik kalau aku pun simpan macam tu walaupun memang aku ada menyimpan sejumlah wang setiap bulan dari gaji. Aku perlu perbanyakkan cara simpan duit gaji walaupun pada jumlah yang sangat kecil iaitu RM1 sehari. Untuk khas tujuan tu, aku mintak kawan tolong buatkan aku sebuah tabung dari buluh mengikut idea aku sendiri. Kena pulak rumah beliau ada buluh besar.

cara simpan duit

Siap di cat warna hijau. Mintak satu… sekali dibuatnya 7. Tapi bukan untuk aku seorang je…di bagi kat rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah idea aku diterima pakai oleh mereka juga huhu…Dalam masa yang sama korang perlukan satu planner atau sebarang jenis buku nota kecil untuk catit setiap hari supaya tak terlupa masukkan RM1 ke dalam tabung tu. Walaupun jumlahnya kecil…tapi kalau maintain sehingga 2-3 tahun hampir RM1k boleh korang simpan.

Simpan duit gaji setiap hari Jumaat

Idea simpan duit ini aku dapat dari pembacaan kat sebuah buku yang dah terlupa apa tajuknya. Cara dia adalah dengan menyimpan setiap hari Jumaat(hari ni korang boleh pilih hari apepun) dan jumlah meningkat dengan tambahan RM1 setiap minggu. Sepatutnya dimulakan pada awal tahun 2018 ataupun minggu pertama.

Misalnya minggu ni pertama RM1. Minggu depan RM2. Minggu depan lagi RM3 dan berterusan begitu sehinggalah minggu terakhir tahun RM52 memandangkan 1 tahun ada 52 minggu. Dijangka setahun anda akan dapat RM1k++..Ditambah lagi dengan simpan RM1 setiap hari jumlah terkumpul sekitar RM17++ dalam masa setahun. Oklah tu sebab kita menyimpan pun santai-santai je bukan dalam jumlah yang besar. Cuma bermula bulan ke 8 dan keatas korang perlu merancang untuk spend jumlah yang lebih besar setiap minggu.

Apapun seperti cara simpan RM1 setiap hari, korang perlu juga buat catatan untuk memastikan tak terlepas untuk membuat tabungan simpanan. Cara ni juga pada aku boleh mendisplinkan diri untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan memandangkan dalan minda kita dah terset yang simpanan perlu dilakukan setiap hari dan setiap minggu.

Untuk tabung pula korang gunakan je tabung yang sama. Kalau ada tabung banyak boleh asing-asingkan. Tapi tabung buluh aku ni panjang pun dah 1 meter, so saiznya terlebih mencukupi.

Simpan semua duit syiling

Okey yang ni aku rasa hampir semua orang ada buat. Cara senang je… asal ada duit syiling je terus simpan. Lepas korang breakfast atau lunch atau selepas apa-apa pembelian asal ada syiling je terus masukkan dalam tabung. simpan elok-elok dan bila penuh sila dapatkan tabung baru jangan di tukar lagi. Yang terbaik adalah dapatkan sebuah tabung bersaiz besar dan tahan sebab wang syiling ni berat. Pastikan tabung korang tu boleh digunakan untuk simpan selama sekurang-kurangnya setahun. Insyallah setahun boleh dapat syiling terkumpul antara RM400-500.

Hujung tahun bawa pergi ke bank untuk tukar tetapi sebaik-baiknya tukar masuk ke akaun terus. Lagi banyak kita menyimpan lagi bagus. Sekurang-kurangnya ia boleh menampung keperluan jika kita sesak manalah tau kena berhenti kerja ka, sakit ka atau apa-apa lagilah yang perlukan duit.

Itulah 3 cara simpan duit gaji yang korang boleh cuba dan amalkan. Ketiga-tiga idea tu perlu dilakukan sekaligus barulah nampak lebih besar di akhir tahun. Tetapi tak semua orang mampu lakukan kerana ada sesetengah mempunyai komitmen yang tinggi. Jika tak mampu nak simpan dengan ke tiga-tiga cara tersebut boleh la pilih 1 atau 2 dan yang penting adalah konsisten menyimpan.

>