Buat duit tanpa modal dengan menjual produk fizikal
Buat duit tanpa modal ?…anda pernah dengar tak ayat begitu. Betulkah boleh buat duit tanpa modal dengan menjual produk fizikal? Sebenarnya agak ramai orang berjaya menjana keuntungan dalam perniagaan online yang pada awalnya bermula tanpa sebarang kos. Mereka sangat bergantung kepada sumber-sumber percuma dan mudah didapati oleh semua orang. Namun kelebihan mereka adalah penggunaan kaedah dan pendekatan yang tepat.
Mereka tidak menyimpan produk, tidak membayar kos pengiklanan dan tidak membuat research untuk mencipta atau membina produk. Mereka hanya menggunakan sumber percuma dan fokus kepada pemasaran. Untuk kali ini saya akan menyenaraikan langkah-langkah dan sumber-sumber percuma yang biasa digunakan. Apa yang akan dibincangkan ini adalah berkaitan dengan kaedah online bukan offline.
Buat duit tanpa modal dengan Dropship
Kini bukan seperti 5-6 tahun lepas. Sekarang ni bermacam syarikat, individu dan online store yang menyediakan peluang untuk menjadi agen dropshipper. Untuk buat duit tanpa modal bukan sesuatu yang mustahil lagi. Kalau anda rajin bersiar-siar di facebook, anda pasti sesekali terjumpa dengan iklan sperti “agen droship diperlukan” atau “peluang jual produk XXXX tanpa modal”. Mereka semua adalah individu atau pengeluar produk yang ingin mencari agen untuk menjual produk mereka. Pengeluar juga mahu mengecilkan kos. Dengan bantuan agen, maka kos pemasaran mereka dapat dikurangkan. Disitulah kita akan mengambil peluang dengan menjadi agen dropship mereka. Sebagai agen dropship peranan anda adalah mempromosikan produk mereka dengan meletak harga lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan.
Harga produk – (kos produk + shipping cost) = Untung
Maknanya anda perlu markup sedikit harga untuk mendapatkan keuntungan. Kelebihan dropship ialah anda tidak menggunakan sebarang kos untuk membeli produk tersebut. Anda juga tak perlu fikir dan bersusah payah berkaitan dengan penghantaran produk. Yang lebih penting anda bebas risiko kerugian jika produk tidak berjaya dijual.
Affiliate produk fizikal
Antara online store terkenal yang menyediakan program affiliate di Malaysia adalah Lazada dan Zalora. Kedua-dua online store ini adalah tempat yang menjadi favourite orang ramai untuk shopping pelbagai jenis barangan fizikal. Di lazada ramai internet marketer mengambil peluang untuk memasar dan mempromosi produk dengan mendapat komisyen antara 6-10% setiap jualan. Untuk menjadi agen affiliate juga adalah percuma anda hanya perlu mendaftar di ruangan lazada affiliate program. Saya di fahamkan yang jika pengunjung klik link atau banner lazada di blog kita, maka cookies yang tersimpan adalah selama 30 hari. Ini bermakna jika seseorang pengunjung klik banner atau link lazada di blog anda tetapi tidak melakukan pembelian sekarang, namun beliau melakukan pembelian mungkin 2-3 minggu selepas itu, maka anda akan tetap mendapat komisyen.
Selain lazada, zalora juga menyediakan program affiliate. Namun zalora adalah online store yang menjual produk pakaian dan acessories lelaki/wanita. Bagaimanapun ia adalah online store yang terkenal untuk shopping fesyen.
Seterusnya ialah bagaimana nak mempromosi tanpa modal.
Pemasaran Facebook
Promosi dengan mengguna social media yang paling terkenal iaitu facebook. Setiap orang boleh membuka akaun facebook tanpa sebarang kos. Apabila memiliki facebook kita boleh membina seberapa banyak page yang kita mahu. Page adalah tempat terbaik untuk kita memasarkan produk. Bina page berdasarkan niche yang kita mahu. Misalnya jika anda mahu menjual produk pemutih kulit maka ia tergolong dalam niche kecantikan dan permintaan adalah dari golongan wanita. Sebagai contoh sehingga kini saya memiliki 5 page antaranya fotografi, olaoli, pertanian, buku/majalah dan preluv. Kesemuanya dengan niche yang berlainan.
Anda boleh mula meningkat dan menambah like dengan rajin mempromosi page. Semakin ramai like page anda maka semakin ramailah prospek untuk membeli produk yang dipromosi. Selain itu anda boleh gunakan page tersebut untuk promosi produk dalam niche yang sama.
Pemasaran Instagram
Instagram juga merupakan salah satu lagi social media yang sangat berkesan mempromosi produk. Semakin banyak follower maka semakin banyaklah orang yang akan melihat sesuatu yang kita promote. Promosi di instagram mungkin sedikit berbeza dari facebook. Anda perlu post gambar dan dalam masa yang sama tingkatkan follower anda. Kaedah bagaimana nak tambah follower akan saya bincangkan nanti di post akan datang.
Blog
Ya, ini salah satu lagi kaedah yang jadi pilihan internet marketer. Bagi sesetengah orang, mereka berpendapat membina blog satu perkara yang sukar dan memerlukan kos. Sebenarnya tidak begitu ya kawan-kawan. Kita boleh buat blog secara percuma dengan blogspot. Banyak kelebihan dengan blog kerana ia boleh menjadi platfom untuk kita buat review produk. Selain itu blog sangat membantu untuk nak mem’brand’ kan diri supaya ramai orang mengenali kita dan yakin dengan review yang kita tulis. Blog juga adalah sangat sesuai untuk kita letak banner promosi sesuatu produk.
Kesimpulan
Memang tidak mustahil untuk buat duit tanpa modal dan kos. Sudah ramai yang membuktikan bermula dengan percuma namun berjaya menjana hasil yang besar. Anda juga boleh bermula dengan percuma, kemudian selepas berjaya meraih keuntungan maka anda boleh mula berjinak untuk menghasilkan produk sendiri sekaligus menggunakan kaedah pengiklanan berbayar. Menggunakan servis berbayar pasti akan menghasilkan hasil dan keuntungan yang lebih besar.
[wdps id=”1″]