Tag: menarik di diy

Poket di keringkan oleh DIY

Poket di keringkan oleh DIY

DIY. Selalu kita dengar word DIY. Mula-mula dulu tak berapa paham sangat sebab ingatkan nama kedai tu sesaje letak nama DIY. Rupa-rupanya ia adalah singkatan dari Do It Yourself. Kedai DIY ni kat mana-manapun memang ramai orang berkunjung untuk membeli barangan.  Awal-awal dulu bila teman tengok ramai orang kat DIY teman jadi pelik. 

Sebab dalam hati teman selalu terfikir, DI​Y ni bukanya shopping kompleks nak beli baju ke, ada makanan ke atau ada barang-barang elektrik yang menarik pun.​ 

Tapi kenape rami bebenor orang tak kira siang malam. Setanding dengan speedmart.

Poket di keringkan oleh DIY

​Teman jadi pelik dengan DIY

​First time masuk dengan isteri cume kawankan dia cari penyangkut untuk pakaian. Jadi teman pun jalan dari satu lorong ke satu lorong.

Teman terpikir "ape yang bestnye??".

Makin teman pelik sebab nampak banyak yang datang berkeluarga bawa anak-anak sekali. Setakat nak beli barang atau alatan tulis baik pergi kedai buku...lagi banyak pilihan.

Jadi first time tu, patah balik turun kebawah masuk kereta dan pesan kat isteri nanti dah habis nanti pergi kat kereta  terus. Bosan..

​Isteri teman pun paham cara teman...

teman tak suka pergi atau lama-lama kat tempat yang teman tak suka.

Antaranya pasar malam, konsert-konsert dan karnival-karnival.

Bukan nak kata langsung tak pergi, tapi memang tak suka... kalau pergi pun sekejap je. ​

yang teman suke ape cer kome teke?? teman suke pergi karaoke ke, kenduri kawin ke atau apa-apa jenis kenduri hahaha..

​Balik pada cerite DIY tadi, Pada mulanya teman rasa macam DIY ni hanya untuk orang bertukang je.

Ye le sebab naik je teman terus jumpe tempat tukul, skru, mesin grinder dan ape-ape ntah yang lain.

Teman lebih suka pergi cari barangan kesukaan teman di Homedecor. Tapi teman rasa macam teman sorang je suke pergi homedecor sebab kebanyakan orang lain lebih suka pergi ke DIY.

​Manusia sentiasa berubah

​Dasyat tak tajuk H2 teman kat atas tu. Manusia sentiasa berubah..huhu. tiba-tiba teman jadi tertarik dengan DIY.

Ceritenye bermula bila dapat gaji bulan 5 teman bagi sedikit peruntukan kat isteri untuk hias meja untuk teman main game dan berblogging. Isteri teman balik dan hias meja teman sehingga teman tertanya mana dapat benda-benda menarik tu.

Rupanya semua tu dibeli dari DIY dengan kos antara RM50-60 sahaja. ari tu la teman rasa ada 'sesuatu' yang best dengan DIY.  ​

Start dari 'tragedi' tu la mula teman berulang alik je ke DIY. Kadang-kadang macam hampir setiap hari. Beli sikit-sikit. 

Mula-mula beli barangan nak bukak handphone.

Kemudian alatan pertukangan dengan bekas sekali. Beli pulak barangan elektronik pulak macam pematri, penyedut patri, bekas untuk simpan komponen elektronik dan macam-macam lagi. sebab salah satu hobi teman adalah mengubahsuai kereta RC.

Kereta kawalan jauh biasanya teman beli yang bawah seratus je. Tapi teman akan beli motor tambahan yang lebih berkuasa dari motor asal. Motor tambahan biasanya teman beli dari shoppe.

Sebab tu teman banyak simpan barangan elektronik. Anak-anak teman pun dah pandai sikit-sikit drift RC.

​Isteri cemburu dengan DIY

​Lama-lama isteri teman pulak naik hairan sebab asyik je teman berulang ke DIY. Balik mesti je ade barang yang dibeli tapi jumlahnya sikit-sikit. Sampai isteri teman pulak cakap

"ada sesape ke kat DIY tu yang sampai hari-hari menyinggah"..

"manela tau kot-kot berkenan ke kat casher ke sape ke"

Aduhai bini ku sayang..abang memang la jatuh cinta..tapi dekat barang dalam DIY tu bukan dengan casher..

​Asal masuk je DIY mesti ada timbul idea hasil dari melihat barangan yang ada kat dalam tu. Pelik tapi benar. Idea lebih mudah muncul dan bercambah apabila melihat sesuatu barang tu secara life dari merancang kat atas kertas.

Satu lagi kelebihan DIY ialah barangannya lebih murah dan banyak pilihan. Kadang-kadang​ jumpa barangan dan alatan yang tak pernah terpikir wujud. Dari situlah macam-macam idea muncul untuk dibuat dan ditukang. Setakat ni ape yang dibeli memang digunakan sepenuhnya. Ade jugak yang dah tak digunakan dan dijual pada kawan-kawan atau jiran yang nak guna.

​Barangan yang pelbagai

Selain barangan dan alatan untuk pertukangan, di DIY ni macam-macam kategori barangan lain ada. Ada ruangan permainan, alat tulis/buku tulis, alatan accessories laptop/komputer, keperluan dalaman kereta, acessories meja dan macam-macam lagi. kalau nak list kat sini mau panjang 2000 patah perkataan nanti.

​Malah budak-budak sekolah sekarang ni dah berbeza dari zaman teman kecik-kecik dulu. Ada juga sembang-semabang dengan budak-budak yang teman jumpe, mereka beli barang nak buat meja la, nak hias bilik tidur la dan ada yang beli alatan untuk baiki phone dan laptop.

​Teman kagum..

Sebab teman sampai sekarang kalau laptop tak hidup memang taktau nak membaikinye.

Kene bawak kedai.

>