Tag: kenapa malayisa semakin ketinggalan

Negara ku Malaysia – kenapa kelihatan semakin tenat?

Negara ku Malaysia – kenapa kelihatan semakin tenat?

​​Malaysia baru

​Malaysia Baru... Slogan yang muncul apabila pemerintahan Malaysia bertukar tangan.  9 May 2018..Satu tarikh bersejarah buat pertama kali sejak Malaysia wujud.... Barisan nasional yang memerintah sekian lama tewas di tangan pembangkang ketika itu...Pakatan Harapan(PH). Melayu, Cina dan India semuanya bersyukur apabila pemerintahan Barisan Nasional yang sekian lama memerintah dapat ditamatkan untuk membuka lembaran baru ke arah Malaysia yang lebih ​baik. 

​Teman juga walaupun bukan seorang yang 'aktif' menyukai politik tapi tetap rasa teruja apabila melihat Tun Mahathir yang amat teman hormati dan yakini kembali memerintah negara ini. Zaman remaja teman adalah zaman Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.  Teman juga mengharapkan banyak perubahan yang lebih baik untuk rakyat di bawah kerajaan yang baru.

​​Ekonomi lebih baik?

​Teman tidak arif tentang ekonomi walaupun teman banyak belajar tentang ekonomi. Apa yang teman belajar belum dapat menjangkau reliti sebenar perkiraan ekonomi sesebuah negara. Namun melihatkan keadaan semasa, teman tak rasa ekonomi sekarang lebih baik dari sebelum ini. Menggantikan cukai GST dengan SST, pada teman bukanlah satu langkah yang bijak dan tepat.  Dicanangkan bahawa harga barang akan turun. Hakikatnya teman sebagai rakyat biasa ni, tidak melihat penurunan significant seperti yang diperkatakan oleh menteri berkenaan. jadi seperti tiada bezanya teman lihat jika dibandingkan menteri berkenaan dengan seorang menteri di zaman Barisan Nasional iaitu menteri yang mendapat CGPA 3.85.

Pada pendengara teman juga BRIM akan dimasuhkan secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Sepertinya tidak banyak yang kerajaan kini berikan kepada rakyat walaupun peruntukan budget 2019 adalah RM314.5 billion berbanding RM 280.5 billion untuk tahun 2018. Namun keutamaan diberikan kepada aspek pendidikan dan kesihatan. Dalam budget ini juga menunjukkan seperti tiada beza kerajaan terdahulu dengan yang kini dalam menyediakan peruntukan kepada keselamatan negara. Dengan peruntukan yang rendah dan perlu pula dikongsikan dengan KDN maka kecil kemungkinan ATM memperolehi  peralatan ketenteraan yang baru. Keselamatan negara tidak boleh dipandang remeh. Mungkin Malaysia mengharapkan bantuan percuma US  kot jika wilayah Malaysia dicerobohi PLA. 

​Harga Minyak, Tol, PTPTN....

Minyak merupakan satu isu yang dicanang habis habisan dalam kempen PRU 14. Ketika itu harga minyak diapungkan dan setiap hari Khamis kita akan mendapat harga yang baru. Seingat teman jika tidak silap apungan antara RM1.88 ke RM 2.30.  Menghdapi PRU 14, rakyat Malaysia dijanjikan akan menikmati minyak pada harga RM1.50...Alhamdulillah kerajaan baru dapat dibentuk. Bagaimana dengan sekarang...adakah kita menikmati harga minyak RM1.50? Macam teman tengok RM2.20. Kot2 mata teman salah ke?? dan terbaru.. kelihatannya harga minyak kembali seperti diapungkan setiap mimggu..

Tol satu isu yang sangat besar dibincang mungkin sejak dari PRU 10. Menghampiri PRU 14 Kerajaan terdahulu, Barisan Nasional telah menghapuskan beberapa tol disekitar lebah Klang. Pakatan Harapan ketika itu juga tidak ketinggalan untuk menjanjikan penghapusan tol di beberapa tempat. Kini...tiada satu pun tol yang dihapuskan seperti yang telah dijanjikan..Malah menteri Pendidkan kita juga tidak ketinggalan menjanjikan pemansuahn tol ditempatnya siap suruh penyokong/pengundi PH untuk tuntut janji jika mereka menang pilihanraya. Hakikatnya sekarang..senyap. Eh!! dah mati ke.

Penangguhan PTPTN dijanjikan iaitu apabila gaji telah mencapai tahap minima yang ditetapkan. masa tu sekalian peminjam PTPTN berasa 'happy'. Kos hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan yang rendah memang agak mencabar untuk membayar PTPTN bagi siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan. Tetapi kini lain pula.. bila gaji cecah RM1100 gaji akan dipotong. Bila dikomen oleh rakyat maka keluar kenyataan 'hutang kenalah bayar'.

​Perpaduan antara kaum?

Dikatakan Malaysia Baru adalah hasil penggembelingan tenaga antara semua kaum untuk menjatuhkan Barisan Nasional dari terus memerintah negara ini. Mungkin benar itu semua. Melayu, bumiputera sabah sarawak, Cina dan India mengundi Pakatan Harapan untuk membawa perubahan. Seolah-olah di era malaysia baru, tiada lagi perbezaan antara kaum. Semua orang akan terus menghormati perlembagaan dan hak masing-masing. 

perpaduan kaum

Realitinya...bermacam tuntutan tidak berasas terus dilakukan. Institusi raja dimaki hamun dan dihina. Ketika era Malaysia Baru ini dilihat kaum India dan Cina tanpa segan silunya dan berani mengejek, menghina YDPA secara terang-terangan di media sosial tanpa takut. Semasa kerajaan terdahulu perkara sebgini tidak begitu menonjol kerana biasanya yang bertindak sedemikian tidak lama..pasti akan ditangkap oleh pihak berkuasa. 

​Malahan mereka juga memohon untuk meratifikasi ICERD demi perpaduan kaum katanya... Kononya ia tidak akan mengusik mana-mana artikel 153 yang menetapkan YDPA akan melindungi hak-hak orang melayu dan islam. Tetapi Alhamdulillah, orang melayu telah bangkit berkaitan isu ini. Tambahan lagi majoriti yang menyokong ICERD adalah kaum non bumiputera. Kat situ kita boleh nampak, orang melayu tidak selamanya akan selamat dan selesa jika tidak bersatu hati. Akhirnya kini ICERD telah ditangguhkan.. cuma teman tak pasti, adakah kenyataan mereka itu boleh dipercayai memandangkan sudah banyak perkara yang dijanjikan telah diabaikan.

​Mempersoalkan amalan orang islam

​Semakin berani apabila puak-puak berkenaan mempersoalkan apa yang orang islam amal dan buat. Orang islam buat korban potong lembu dikatakan zalim dan juga tidak menjaga sensitiviti umat Hindu. Orang Islam laungkan azan menganggu.. 

Lebih teruk.. sunat bayi perempuan yang diamalkan oleh orang islam dikatakan melanggar hak asasi manusia!! Adakah menyucuk lidah dan badan serta pipi pada hari taipusam itu tidak melanggar hak asasi manusia?? Adakah orang islam masuk campur hal agama mereka? Tidak!!

​Jadi mahu terus bercakar sesama sendiri?

satu soalan kepada pembaca...       

Siapakah yang memecahbelahkan bangsa melayu dan islam selama ini? 

​JAWAPANYA :.........................................

​Jika jawapanya tepat mengikut skema permarkahan teman, orang tu akan dapat hadiah hehehe



>