Tag: keburukan sewa rumah

Lebih baik beli atau sewa rumah

Lebih baik beli atau sewa rumah

​Blog ini pernah berkongsi satu artikel iaitu beli kereta baru atau terpakai. Kali ni nak share pula pendapat dan pandangan aku tentang yang mana lebih baik beli atau sewa rumah. Kebanyakan kita tahu semakin hari harga rumah semakin mahal. Semakin dekat lokasinya dengan kawasan yang sibuk dan maju maka semakin tinggilah harga rumah tersebut.

Atas sebab itu ramai orang yang terkejar-kejar dan berlumba membeli rumah untuk pelbagai tujuan samaada untuk tinggal sendiri atau untuk di sewakan. Di kawasan yang maju seperti lembah Klang agak sukar untuk mendapatkan rumah dengan harga yang murah. Tidak semua orang berkemampuan untuk membeli rumah, pilihan yang ada adalah mencari rumah untuk di sewa. Sungguhpun begitu bukanlah semestinya tindakan membeli rumah adalah satu tindakan yang bijak dan bukan pula bermakna menyewa adalah satu kesilapan.


Kelebihan beli rumah

Ada beberapa kelebihan beli rumah jika dibandingkan dengan menyewa. Jika kita memiliki sebuah rumah maka ianya adalah hak kita sepenuhnya.


lebih baik beli atau sewa rumah

Macam-macam perkara boleh dibuat.

Kita boleh tukar cat, paku sana sini, boleh renovate dan macam-macam lagi. Pendek kata rumah aku sukahati akulah!

Selain tu kita tak hadapi kenaikan kos bulanan. Kalau beli rumah ni ansuran bulanan biasanya adalah tetap selama mana perjanjian. Jika perjanjian RM1000 sebulan selama 30 tahun maka nilai RM1000 lah yang perlu dibayar sampai 30 tahun. Kalau ada kenaikan pun disebabkan kadar BLR yang berubah dan ianya jarang berlaku.

Kelebihan lain rumah yang kita beli tu juga boleh disewakan. Ada orang yang beli rumah memang tujuan untuk di sewakan macam aku. Setiap bulanan hasil sewa yang diterima mencukupi untuk membayar ansuran bulanan dan maintenance kos. Maknanya penyewa yang bayarkan ansuran bulanan bukan kita.


Keburukan beli rumah

​Kalau ada kelebihan, pasti ada keburukan dan kelemahan. Begitu jua dengan membeli rumah, ada beberapa keburukan yang ada antaranya aku alami sendiri.

lebih baik beli atau sewa rumah

Pertama misalnya adalah kos downpayment atau deposit. Beli guna loan kerajaan memang tanpa deposit. Tapi jika kita beli guna pinjaman dari bank deposit diperlukan dan kebiasaanya adalah 10% dari harga jualan.

Katakanlah sebuah unit semi D beharga RM 320k, maka deposit yang diperlukan adalah RM 32k. Bukan sikit nak kumpul duit sampai banyak tu. Jadi kita terpaksalah membuat simpanan yang banyak dari gaji bulanan. Namun ada beberapa kaedah lain untuk mendapatkan deposit salah satunya adalah membuat personal loan untuk deposit. Ramai orang buat begitu tetapi aku tak galakkan sebab nanti hutang korang akan bertambah. namun tidak dinafikan ianya adalah cara yang lebih pantas untuk dapatkan deposit..

Keburukan lain ialah penyenggaraan jika berlaku kerosakan rumah. Biasanya dialami oleh mereka yang menyewakan rumah kepada orang. Seperti yang aku lalui selepas penyewa keluar memang banyak kerosakan berlaku. Pernah sekali deposit pun tak boleh cover kos pembaikan. Kalau sewakan rumah fully furnish lagilah banyak masalah jika berlaku kerosakan pada aircond, tv, mesin basuh atau peti ais.

Satu lagi ialah masalah ketika hendak menjual rumah. bagi aku rumah bukanlah satu pelaburan yang kecairanya tinggi. Nak jual rumah atau aset seperti itu memakan masa yang lama. Mungkin berbulan-bulan. Belum lagi kos yuran yang tak silap antara 4%-6%. 

Kerugian boleh berlaku ​apabila sewa rumah adalah lebih rendah dari jumlah ansuran. Maknanya tuan rumah perlu tambah lagi kos untuk membayar ansuran.


Kelebihan sewa rumah

Sebelum ada rumah aku juga adalah penyewa. Dari pengalaman aku sebenarnya menyewa ni ada banyak kelebihan. Pertama ialah kita tak perlu pening jika perlu berpindah.

kelebihan sewa rumah

​Aku banyak kali berpindah rumah sewa dan tak jadi masalah sebab tak perlu fikir rumah yang ditinggalkan sebab bukan rumah aku hehehe..kalau orang yang kerjanya tidak tetap kat sesuatu kawasan memang menyewa adalah satu tindakan yang tepat.

Tak payah fikir nak bayar cukai. Cukai pintu, insurans itu semua tuan rumah yang perlu sediakan bukan penyewa. Apa yang kita perlu buat adalah menyediakan duit yang cukup untuk bayar sewa rumah setiap bulan. kalau tak bayar alamat kena halaulah...

Seterusnya kita tak perlu bertanggungjawab untuk buat pembaikan rumah jika berlaku kerosakan. Misalnya angin kuat tiba-tiba atap tercabut, pembaikan tu perlu dibuat oleh tuan rumah bukanya penyewa. Ataupun jika dinding rumah retak, tuan rumah perlu bertanggungjawab untuk membaiki keroskan tersebut.



Keburukan sewa rumah

Walaupun banyak kelebihan sewa rumah, tetapi ada beberapa keburukan yang anda perlu pertimbangkan untuk buat keputusan sama ada lebih baik beli atau sewa rumah. Pertama adalah penyewa perlu bersedia berhadapan dengan kenaikan kadar sewa. Adakalanya tuan rumah akan menaikkan sewa rumah setiap tahun walaupun dengan kadar kenaikan yang rendah. Ada juga tuan rumah yang menaikkan kadar sewa tinggi dan sesuka hati.

Kedua ialah kepayahan apabila tempoh sewaan semakin dekat. Anda perlu bersedia lebih awal untuk berpindah dan mencari rumha sewa baru. Kebiasaanya tuan rumah akan menaikkan kadar sewa jika kita ingin menyambung tempoh sewaan. Dan adakalanya juga tuan rumah akan menolak untuk lanjutkan sewaan apabila tidak berpuas hati dengan keadaan rumah.

Ketiga ialah anda tetap juga tidak mempunyai rumah sendiri. duit anda digunakan untuk membayar sewa rumah. Jika sebulan anda bayar sewa pada kadar Rm 700 dan anda telah diami selama 5 tahun bermakna anda telah bayar sewa sebanyak RM42000.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian untuk buat pilihan lebih baik beli atau sewa rumah. Sebab kalau nak beli banyak lagi perkara yang perlu dinilai. Lokasi, jumlah ansuran, permintaan dan beberapa aspek lain untuk elakkan dari kerugian.


olaoli

​Diharap pendapat dan pandangan admin ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang membuat pilihan samaada beli atau sewa rumah. Untuk beli rumah melibatkan loan sehingga beratus ribu. Jadi buatlah keputusan terbaik.


>