Tag: jasmani

Kecemerlangan akademik atau siasah anak?

Kecemerlangan akademik atau siasah anak?

Kecemerlangan akademik atau siasah anak?

 

Zaman sekarang semakin modern. Manusia semakin bijak dan pandai. Semua orang mengejar ilmu pengetahuan dan kecemerlangan akademik. Tapi adakah kemerlangan akademik yang di kejar oleh kita sekarang ni seiring dengan siasah keperibadian yang baik. Ramai orang berlumba-lumba dan bangga bila anak skor A semua subjek, tapi adakah mereka melihat kerohanian dan sikap anak itu bagaimana.

Kecemerlangan akademik atau siasah anak?

Tidak dinafikan menghantar anak ke sekolah sebab kita mahu anak kita menjadi pandai dan bijak serta berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kelulusan cemerlang adalah sangat penting untuk memasuki ke pusat pengajian tinggi sekaligus berpeluang untuk menjawat jawatan tinggi untuk masa depan. Namun matlamat itu mesti selari dengan tuntutan agama. Berapakah bilangan ibu bapa yang juga memastikan anak itu struggle bersembahyang seperti mereka struggle dalam bidang akademik? Berapakah bilangan ibu bapa yang bawa anak-anak mereka pergi bersembahyang di masjid, mendengar kuliah agama dan pergi ke kelas-kelas pengajian al-quran?

Ibu bapa sekarang kurang memandang kepentingan ilmu agama dalam diri anak-anak. Kadang-kadang ada juga yang memandang rendah jika mendengar seorang menghantar anak ke sekolah aliran agama. Pernah seorang rakan menghantar anak ke sekolah pondok seawal usia 13 tahun mendapat reaksi negatif dari rakan-rakan sekerja yang lain. Antara soalan yang selalu berlegar di kepala mereka

1. nak kerja apa nanti anak kau tu?

2. ada masa depan ke bila dah habis belajar?

3. diiktiraf ke belajar kat sekolah pondok ni?

Bagaimana pula apabila selalu atau setiap hari kita dihidangkan di tv berita-berita di mahkamah berkaitan dengan kesalahan pecah amanah dan rasuah. Yang peliknya pelaku-pelaku adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi dan dari golongan profesional. Bukankah mereka itu semuanya cemerlang dalam akademik? Bukankah mereka mendapat banyak A semasa belajar dahulu? Mereka juga dibangga-banggakan kerana melonjakkan nama keluarga kerana kecerdikan mereka. Jadi kenapa mereka boleh melakukan kegiatan yang salah. Kenapa mereka terlibat dengan rasuah?

 

Kecemerlangan akademik atau siasah anak?

Disinilah ukurannya dapat dilihat seorang insan yang memiliki pengetahuan agama yang mendalam dengan orang yang tidak mengambil berat tentang agama. Tidak dinafikan ada juga kes-kes jenayah yang pelakunya dikalangan mereka yang berpendidikan agama, tetapi jumlahnya sangat kecil dan asing. Sangat jarang mendengar kes jenayah di kalangan ustaz dan ustazah tetapi terlalu banyak jenayah dilakukan dikalangan menteri, datok, tan sri dan lain-lain gelaran. Lihat sahaja bekas MB Selangor yang masih di dalam penjara.

 

Seharusnya sebagai ibu bapa, kita perlu menyeimbangkan anak dari semua segi. Jangan terlalu mementingkan sesuatu aspek tetapi mengabaikan aspek yang lain. Anak-anak tidak mahu pergi sekolah kita akan rotan. Ada yang bapa terlalu otai sampai makan penampar. Tapi agak-agaknya kita rotan tak anak kalau tak mau sembahyang. Kalau anak kita tak dapat skor A dalam peperiksaan kita akan marah dan sanggup pergi ke sekolah berjumpa dengan guru bertanya kenapa anak kita tak dapat A? Tapi kenapa kita tak pergi jumpa ustaz dan ustazah jika dapat laporan anak tidak sembahyang di sekolah?

 

Kita sebenarnya telah terlalu hanyut dengan nikmat dunia akhir zaman ni. Dengan pengaruh pemikiran barat yang dah masuk ke segenap pelosok saluran darah di badan kita ni, membuatkan kita tidak mampu berfikir berlandaskan kehendak Islam. Jadi moralnya disini, sentiasalah kita bersederhana mendidik anak. Berikan mereka semua aspek penting untuk seorang budak menjadi manusia berguna dengan menekankan kepentingan jasmani, emosi, kerohanian, intelektual dan sosial secara seimbang tanpa membelakangkan mana-mana aspek.

>