Cuti hari pekerja peluang bawa keluarga berkelah
Esok 1 Mei bersamaan dengan hari isnin adalah hari cuti bersempena dengan hari pekerja/buruh. Dengan cutinya hari isnin maka dapatlah kami bercuti selama 3 hari. Sabtu, Ahad dan Isnin..Wah best..tahun ni ada plan bawa keluarga.
Plan cuti hari pekerja
Tahun lepas cuti hari pekerja kami tak kemana hanya rehat di rumah. Tahun ni dah pasang plan nak bawa anak-anak dan isteri berkelah di pantai mandi manda. Tapi taktau nak pergi pantai atau pergi ke air terjun. Kalau ikutkan undi anak-anak(yang dah boleh mengundi) majoriti nak ke air terjun. Tapi aku ni ada sikit rasa risau kalau mandi kat air terjun ni. Pertama takutkan penyakit kencing tikus, sebab penyakit ni banyak kes berlaku selepas balik dari mandi kat kawasan air terjun. Maklumlah kat tempat air terjun ni majoriti pengunjung macam tak tau sangat nak jaga kebersihan. Sisa makanan main campak je sana sini.
Satu lagi yang rasa sedikit phobia kat air terjun bila mengingatkan banyak sangat kes di tv pasal kepala air yang agak banyak meragut nyawa pengunjung air terjun. Walaupun hidup dan mati itu ketentuan Allah namun sebagai manusia biasa ni tetap ada kerisauan terutama bila ramai ahli keluarga.
So sebagai bapa, maka kuasa veto telah digunakan iaitu berkelah ke pantai. Sebab kat pantai ni senang sikit kawal. Syaratnya pasang siap-siap pelampung kat lengan masing-masing dan perlu dipantau oleh aku dan isteri.
Persediaan berkelah
Sebenarnya tak ada persediaan apa pun. Tapi anak-anak aku dah mula buat persediaan. Kelmarin dah kena paksa pergi supermarket pergi beli pelampung dan seluar renang. Yang anak pompuan aku 4 tahun dah pandai mintak bikini. Takpa la hang kecik lagi. Jangan isteri yang mintak bikini sudahlah. Macam-macam sebelum-sebelum ni isteri akan sediakan nasi, air dan perapan ayam. Aku ni kalau pegi piknik fesyen aku bakar-bakar ayam. Bawak portable kitchen, 2 tong gas dan pemanggan ajaib cukuplah. Kalau orang lain depa bakar ayam atas jaring besi dengan bara api. Tapi aku pakai pemanggang ajaib dengan dapur gas kecik je. Orang lain teruk berkipas nyalakan api, yang aku main pulas dan sekejap je masak.
Pergi picnic ni kena pergi awal pagi sebab kalau lewat orang ramai. Susah nak cari port yang best. Kena pulak time-time cuti hari pekerja lagilah bersusun orang bawa keluarga. Lagi pun kat laut ni kalau mandi dah pukul 11 ke atas, memang boleh hitam kulit sebab panas. Tapi kalau budak-budak bukan mereka peduli panas ka terbakar ka kulit. Asalkan dapat berkelah dan mandi manda.
Sebenarnya aktivit berkelah ni bukanlah favourate aku. Aku lebih suka outing ngan rakan-rakan pergi shoot gambar serangga ka, main slow shutter ka atau pun pergi memancing. Namun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk merancang sesuatu aktiviti bersama anak-anak supaya menguatkan lagi perasaan kasih sayang. Sebab hari isnin sampai jumaat dan sabtu sesekali dari pukul 7 ibu bapa dah keluar rumah pergi kerja, petang nanti pukul 5 lebih baru lah sampai rumah. Time malam jelah pun dapat melayan anak-anak. Kadang-kadang kalau dah letih sangat terpaksalah tidur awal.
Jadi dengan peluang cuti hari pekerja ni aku gunakan untuk bawa anak-anak berjalan dan layan aktiviti yang mereka suka. Tapi…nasiblah diorang suka berkelah, kalau suka shopping macam maknya boleh senget kepala aku.