Tinggal hanya beberapa hari je lagi semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri dan berakhirnya bulan mulia Ramadhan. Ramadhan yang banyak meninggal kenangan sepanjang hidup aku. Tahun ni macam tahun lepas jugak tak dapat balik beraya ke kampung. Oh sedih siot walaupun dah tua-tua begini. Selagi orang tua masih ada selagi itulah hati tu kuat rasanya nak balik kampung kerana masih ada yang menunggu kita. Bagaimanapun kasih sayang doa tak akan berhenti untuk ibu dan adik beradik serta anak-anak …
